Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 28, 2011

PRK Kerdau - Serangan awal terhadap Barisan Nasional

Calon Barisan Nasional bagi PRK Kerdau dipaksa memulakan kempen  dengan membersihkan nama baik beliau akibat fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang. Beliau dituduh gagal menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.


"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur,"

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya semasa hari penamaan calon di Termerloh.

Sebelum itu Menteri Besar Pahang juga menafikan pembohongan yang dilempar dan beranggapan fitnah sedemikian memang menjadi budaya Pas yang suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kebolehan pihak lain terutama BN.


 
 
Perdana menteri juga tidak terlepas menjadi sasaran pembangkang apabila tuduhan melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas seperti yang dilaporkan oleh National Review Online dikecam hebat oleh oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
Namun begitu, Perdana Menteri menafikan dakwaan itu. “Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25.
 
“Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama.
 
PRK Kedau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Syeb Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas

Najib Razak bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad selepas majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini. — Foto Bernama

TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.


Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik “tuduhan liar” yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak.
“Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

“(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir,” kata Nasharudin.

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”

“Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi,” kata Najib dipetik laman web itu.

Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema “penglibatan dan bukan penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir.

Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

“Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama.

Friday, February 25, 2011

Tahniah kepada Blogger 'Out Syed The Box'

Saya secara peribadi dan mewakili Kelab Chedet mengucapkan TAHNIAH kepada rakan blogger Syed Akhbar Ali diatas perlantikan sebagai anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah oleh SPRM. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada blogger.


Sembilan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) dan 12 anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan mereka dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya hari ini.

Mereka termasuk bekas pengurus besar Bernama, Datuk Seri Azman Ujang yang dilantik semula menganggotai PPPR dan
penulis blog 'Outsyed The Box' Syed Akbar Ali yang merupakan muka baru panel tersebut. - Malaysiakini -

Artikel terbaru dari beliau - Appointed To The MACC
 

Rusuhan di UPM - Perbualan Twitter Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Perbualan twitter antara Menteri & Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang menarik minat pembangkang menerusi HarakahDaily. Apa pula pandangan anda tentang perbualan ini ?


Rusuhan di UPM - Minister and deputy's Twitter exchanges point to friction - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Feb 24: Recent exchanges over Twitter between Higher Education minister Khaled Nordin and his deputy Saifuddin Abdullah have pointed to a friction between the two with regards to the government's approach to anti-establishment students.

Saifuddin, who has been praised by a section of students unions for his less antagonistic stand, had responded to Khaled's remarks chiding 'opposition politics' for being based on "cheats, lies and fabrication".

“A struggle becomes despicable when it is based on cheats, lies and fabrication. It’s akin to opposition politics,” said Khalid in a Twitter post yesterday, not naming his target of anger.

Saifuddin had then asked his boss to who he had referred to.

“Dato, who’s despicable?” Saifuddin twitted.

"Some people just loved chaos, thinking they could emerge as heroes," came Khaled's reply.

Saifuddin had earlier expressed regret over a scuffle at Universiti Putra Malaysia following the University's decision to annul the election victory there of 11 candidates alligned to the anti-establishment minded group, Pro-Mahasiswa (Pro-M), leaving six students injured and some damages.

“If TNC HEP (Deputy Vice Chancellor) had met the students, the incident could be avoided,” he said.

UPM's deputy vice chancellor Dr Mohd Fauzi Ramlan said he would not press charges against the students but rubbished demands for him to issue an apology.

“I did no wrong, why should I apologise?” he asked.- Harakahdaily/en


RockY-MY - Tiada komen buat masa ini.

Tuduhan Nik Aziz amat serius - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beliau merupakan satu tuduhan yang amat serius seolah-olah menidakkan keislamannya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berpendapat tindakan Nik Abdul Aziz membandingkan teguran yang dibuatnya dengan teguran malaikat kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak boleh diterima.

"Beliau membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur nabi. Saya bukan nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

"Lagipun teguran Nik Aziz menidakkan keislaman saya, satu teguran yang amat serius.


"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc/.

Entri terbaru Dr. Mahathir itu bagi menjawab kenyataan Nik Abdul Aziz dalam Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu yang meminta bukti bahawa beliau pernah mengkafirkan orang UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menjawab dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa beliau menganggap agama Islam hanya berkaitan sembahyang, puasa, nikah kahwin dan tengok anak bulan semata-mata.

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap 'sokong Pas' baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Nik Abdul Aziz dan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP sebelum ini juga adalah bukti menunjukkan bahawa parti itu telah dipengaruhi oleh DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadab terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli Pas, berguling-guling atas jalan menghalang kereta raja. Sebelum berbaik dengan DAP, ahli Pas lebih berpegang kepada budaya Melayu.

"Kerana mahu sokong DAP, ahli Pas mengetepikan kemelayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya.

Beliau berkata, apabila Lee Kuan Yew menyarankan supaya orang Islam di Singapura melonggarkan pegangan agama mereka, Nik Abdul Aziz tidak menolaknya kerana menganggap cadangan itu tidak seburuk nasionalisme orang Islam dalam UMNO.

"Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan beliau mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dia memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

"Jadi kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka," tegasnya lagi.

Niat sebenar Tony Pua terhadap ATM didedah

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong hari ini mendedahkan niat sebenar Tony Pua melemparkan fitnah berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah bagi memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mata dunia.

Katanya, tindakan wakil rakyat DAP itu yang berselindung di sebalik perjuangan rakyat, adalah untuk memastikan ATM selaku angkatan bersenjata yang begitu berjasa dalam mempertahankan keamanan, tidak lagi dipercayai oleh semua pihak khususnya rakyat negara ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan jahat Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu adalah bertujuan memaksa Kementerian Pertahanan dan ATM mendedahkan butir-butir kekuatan pertahanan negara, demi keuntungan politik pihak asing.

Sehubungan itu, Lum Yong yang juga salah seorang pengasas PKR menggesa kerajaan bertindak segera dengan memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut, agar ia menjadi pengajaran kepada semua ahli politik supaya jangan mempolitikkan isu pertahanan negara.

"Saya sudah berpuluh tahun dalam pembangkang. Pembangkang melalui Tony Pua mahu memburukkan imej ATM supaya semua pihak tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada organisasi ini biarpun jasa ATM dalam menjaga keamanan tidak ternilai. Dia mahu jadi hero dengan merosakkan imej ATM.

"Dia juga ada niat lain meskipun sedar bahawa banyak maklumat berkait dengan ATM adalah sulit. Semuanya kerana kepentingan politik sempit pembangkang walaupun tuduhan yang mereka lempar langsung tidak disokong dengan bukti," katanya kepada pemberita di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan Tony Pua kononnya keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membeli enam buah kapal LCS untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah 870 peratus lebih mahal berbanding harga yang dibayar negara lain termasuk oleh Amerika Syarikat.

Tuduhan wakil rakyat DAP itu kemudiannya menjadi senjata makan tuan apabila pelbagai pihak tampil menafikan dan mengkritik beliau sebagai cetek pengetahuan berhubung ilmu ketenteraan termasuk Panglima TLDM sendiri, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Menyedari dirinya sudah terjerat dalam perangkap ciptaan sendiri, Tony Pua secara tiba-tiba 'bersembunyi', termasuk tidak menyahut cabaran supaya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar pembelian kapal itu diselubungi rasuah.

Mengulas lanjut isu itu, Lum Yong memberi tempoh seminggu kepada Tony Pua untuk mendedahkan bukti tuduhannya kepada SPRM atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Kata Lum Yong, sebagai seorang wakil rakyat, Tony Pua mesti bertanggungjawab terhadap segala tuduhan dan kenyataan yang dibuatnya.

"Jangan jadi penakut dan bertindak seperti 'baling batu sembunyi tangan'. Jika benar dia berjuang atas nama rakyat, Tony Pua perlu dedahkan segala bukti kepada SPRM kerana agensi ini sedang menunggu bukti.

"Lagi pun ini bukan kali pertama Tony Pua menunjukkan standard yang cukup rendah bagi seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

"Dia membuat kenyataan dan tuduhan berulang kali tanpa sebarang bukti. Budaya mempolitikkan semua perkara tidak patut wujud di negara ini," tegas Lum Yong lagi.- Utusan Malaysia - 

Artikel berkaitan :

'Perang Twitter' Dzirhan Mahadzir dengan Tony Pua, YB DAP Kurang Ajar!

PRK Merlimau - PERKASA menjadi sasaran fitnah, laporan Polis dibuat

Risalah berbaur hasutan perkauman yang menggunakan lambang PERKASA didapati disebarkan sekitar Merlimau menjelang penamaan calon PRK Merlimau Sabtu ini. Laporan Polis telah dibuat semalam (24 Februari 2011)  oleh YDP PERKASA Melaka, Abd. Rahim Osman di Balai Polis Merlimau.


"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA."

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Sebelum ini, PERKASA juga menjadi sasaran fitnah di PRK Tenang apabila risalah-risalah yang boleh membangkitkan kebencian orang cina terhadap PERKASA dan parti pemerintah disebarkan menggunakan kepala surat PERKASA Johor.

Ada kemungkinan tinggi bahawa kerja fitnah ini dilakukan oleh pihak-pihak yang sememangnya tidak senang dengan pengaruh PERKASA dan agenda  penyatuan orang Melayu.


PERKASA adalah NGO yang mendapat tempat dihati orang Melayu dalam tempoh singkat apabila pertubuhan itu lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain di Malaysia.


Thursday, February 24, 2011

DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji



BUKIT MERTAJAM 23 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang supaya segera mengotakan janji untuk menyediakan tapak perniagaan sementara kepada para peniaga yang terlibat dalam operasi meroboh gerai di Taman Pelangi, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan negeri sebelum ini memberi jaminan akan memberi tapak gerai sementara bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.

''Kita minta kerajaan negeri kotakan janji secepat mungkin kerana peniaga terbabit hilang punca pendapatan sudah hampir sebulan lalu malahan kita diberitahu ada peniaga yang dibelenggu hutang.

''Mereka terbabit juga meminta supaya diberi pampasan sewajarnya kerana rata-rata tidak dapat berniaga lagi selepas barangan perniagaan rosak atau dirampas ketika operasi itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 peniaga di kawasan itu hari ini.

Pada majlis itu, peniaga terbabit menerima bantuan sebanyak RM300 setiap seorang hasil sumbangan UMNO Pulau Pinang bagi mengurangkan beban selepas hilang punca pendapatan ekoran operasi tersebut.


Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memulakan operasi besar-besaran merobohkan lebih 1,000 gerai haram di sekitar taman itu awal bulan ini yang mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam dan tidak bertanggungjawab.

Ekoran bantahan yang semakin memuncak sehingga berlaku beberapa insiden pergaduhan antara peniaga dengan penguat kuasa MPSP, kerajaan negeri akhirnya akur dan menangguhkan pelaksanaan operasi tersebut baru-baru ini

Azmin Ali mengamuk bila kantoi KPI. Choo Keong kata PKR tak telus

"Laporan KPI mengarut" itulah reaksi Azmin ALi apabila lama portal berita Free Malaysia Today mendedahkan bahawa beliau antara wakil rakyat yang GAGAL melaksanakan tugas. Malah Azmin Ali mencabar laman portal itu membuktikan dakwaan. Sedangkan umum mengetahui Azmin Ali hanya pandai bercakap sahaja malah ada dakwaan cubaan Azmin Ali mensabotaj kerajaan PR Selangor yg dipimpin TS Khalid Ibrahim. 

Dalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin (kanan) adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.

Ahli parlimen lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya). -Malaysiakini-




Lebih dari itu, wakil rakyat Wangsa Maju yang bertanding atas tiket PKR membuat pendedahan tentang KPI PKR yang tidak telus dan boleh berubah mengikut kehendak Anwar Ibrahim. Sudah tentu Azmin Ali yang merupakan anak emas Anwar Ibrahim akan terus mendapat perlindungan dan sokongan dari Ketua Umum PKR itu.

Tanya Zaid Ibrahim dan YB Gobalakrishnan tentang pengaruh Azmin Ali sewaktu pemilihan PKR tahun lepas. Banyak pendedahan tentang kepincangan PKR yang dibuat oleh bekas pemimpin dan YB-YB yang bertindak keluar dari PKR.

Azmin Ali pun pandai main wayang dan ikut jejak langkah Drama King Anwar Ibrahim

KPI PKR tidak telus - Choo Keong

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersifat tidak telus dan penuh kerahsiaan hingga satu peringkat keputusannya boleh berubah mengikut kehendak Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan laporan awal oleh sebuah portal berita yang menyatakan Timbalan Presiden, Azmin Ali serta enam Wakil Rakyat PKR gagal mencapai KPI sewenang-wenangnya, dinafikan oleh parti berkenaan.

Beliau berkata, sebagai parti milik peribadi Anwar dan konco-konconya boleh melakukan apa sahaja bagi tujuan mengaburi mata rakyat walaupun Penasihat PKR itu sering melaung-laungkan kepentingan mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti.

“Bila kerajaan adakan KPI, PKR juga mahu adakan KPI. Kerajaan laksanakan KPI secara terbuka bagi semua rakyat tahu tetapi PKR lain.

‘‘KPI mereka dibuat secara rahsia, tersembunyi dan tidak telus. Mereka hanya buat untuk politik, untuk mengaburi mata rakyat.

“Kata mereka KPI ini hanya untuk pengetahuan pucuk pimpinan. Kalau mereka benar-benar telus umumkan laporan awal mengenai KPI yang dibuat oleh PKR yang mana Azmin telah didapati gagal mencapai KPI ditetapkan,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini - Utusan Malaysia-
Artikel berkaitan

Kelab Chedet terus menyokong UTUSAN MALAYSIA, Setiausaha KCD


hehe...antara yang banyak berjuang utk pastikan rakyat mendapat info yang tepat dan yang paling lantang perjuangkan hak melayu adalah akhbar Utusan Malaysia...!!!

hehe...kerana peranan nya yang bgitu lantang pertahan kan hak melayu..maka Utusan telah dicop rasist bukan saja oleh golongan anti melayu...malah oleh org melayu sendiri...!!!

hehe demi ..agar Utusan Malaysia terus mampu bersuara dengan lantang...kita semua patut sokong Utusan... !!

hehe...sebagai tanda sokongan...sempat baca atau tidak ..aku akan beli Utusan..!!! bagi aku..sokongan kepada Utusan..seperti juga kita sokong perjuangan melayu!!
        
          hehe hidup Melayu!!!

http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4032#58348

Bukti Mengkafir UMNO - Entri blog terbaru Tun Mahathir

 
 
 
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.
4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
Artikel berkaitan
 

Mahasiswa Pro-M UPM merusuh, harta kerajaan musnah lagi

Siri keganasan mahasiawa Pro-M yang condong kepada Pakatan Rakyat semakin tidak dapat dikawal oleh pihak Universiti. Terbaru, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat TNC HEP UPM pecah dirempuh perusuh dari kumpulan mahasiawa Pro-M, menurut sumber berita Malaysiakini.


Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.

Lebih parah apabila ada yang tercedera akibat rusuhan ini termasuk pengawal keselamatan. Kita bersyukur tiada kematian dilaporkan walaupun darah kelihatan diatas lantai.

Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.



Nampaknya semakin hari mahasiswa kita semakin hilang arah akibat hasutan dan politik sonsang yang disemai oleh pembangkang. Kumpulan ini lebih berminat untuk membuat kekecohan dan rusuhan dari memikirkan kepentingan utama menimba ilmu serta menamatkan pengajian di Universiti. Lebih ramai anak muda diluar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti. Mungkin sudah sampai masa kerajaan menilai kembali tindakan drastik yang perlu diambil.

Lebih dikesalkan lagi apabila pihak universiti tidak dapat mengawal keadaan sehingga menyebabkan kerosakan harta kerajaan dan kecederaan kepada petugas keselamatan.

TNC HEP UPM sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan melibatkan pihak polis apabila beliau sendiri GAGAL mengawal keadaan. Adakah semua kerosakan ini akan ditanggung dari duit poket beliau sendiri?


Kerosakan telah berlaku dipremis kerajaan sehingga mendatangkan kecederaan. Adakah kerajaan mahu tunggu kemusnahan lebih besar atau kehilangan jiwa berlaku kemudian baru bertindak ?

Jangan biarkan pemberontakan kumpulan mahasiswa Pro-M ini berterusan. Ianya perlu berakhir segera.

Menteri Pengajian Tinggi masih tidur lagi ZZZZzzzzz.?

Artikel berkaitan

Kecekapan TNC HEP UM dipersoal, Rusuhan mahasiswa merosakkan harta Kerajaan

Wakil Pro-M cuba MENCURI di pejabat TNC HEP UPM

Wednesday, February 23, 2011

Tahniah ! Barua Melayu pertama diangkat sebagai pembantu Khalifah DAP

DAP appoints first Malay aide to sec-gen

Chinese-dominated DAP today made history of sorts by appointing a Malay as the political secretary to the party's top leader.

NONEThe aappointment of entrepreneur Zairil Khir Johari (left), son of Umno stalwart Mohd Khir Johari, to the post was announced today by secretary-general Lim Guan Eng.

This is the first time DAP has held a press conference to announce such an appointment and it is believed to be part of an effort to help the party shed its “anti-Malay or anti-Islam” tag given by Umno and its mouthpiece Utusan Malaysia.

Zairil, 28, holds a masters' degree in international studies and diplomacy from University of London and runs his own chocolate business.

“I am confident that with his wide experience, Zairil will bring a lot of positive contributions to the party,” Lim told the press conference at the party headquarters today.
Lim said that Zairil was appointed due to his “idealist and reformist” principles.

“When we talk about reforms, we talk about practical idealism. We also need to be pragmatic and practical to ensure that our duties are fulfilled.

“He is a very learned man and might be able to teach me things I do not know,” said Lim.
'Not because he is Malay'

Lim however denied Zairil's appointment was a gimmick designed to attract Malay support for the party.

“We did not appoint him because he is a Malay but because he is qualified. I look at his qualifications first. It is a coincidence that he is a Malay,” said Lim.
Lim said that DAP does not seek support from Malays alone but from all levels of society.

He said that Zairil had been observing DAP's activities and principles long before officially joining the party.

He adds that DAP will be increasingly looking at problems faced by the Malay community, particularly in the area of eradicating hardcore poverty.

“The Malay community must be the main recipient (of poverty eradication efforts) not because of ethnicity but because of needs,” he said.

Zairil told reporters that he has been given “many tasks” by Lim and will begin work today.

“There is no easy tasks when working for Lim. He is a hardworking boss who works 24 hours a day. As his subordinate, we need to work even harder - 25 hours a day,” he quipped. - Malaysiakini

Wakil Pro-M cuba MENCURI di pejabat TNC HEP UPM

Baru jadi wakil mahasiswa Pro-M di UPM, dah pandai nak mencuri di Pejabat TNC HEP.  Kalau dah ada jawatan, aku ingat mamat ini ada bakat jadi penyamun.

Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Bukan sahaja mempunyai bakat sebagai pencuri, wakil Mahasiswa Pro-M yang menyokong Pakatan Rakyat ini didapati PECAH AMANAH. Diberi kepercayaan untuk melihat bukti-bukti oleh pihak berkuasa tetapi pecah amanah dengan cubaan melarikan dokumen terbabit.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu. Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit. Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.
Sudah la MENCURI dan PECAH AMANAH, wakil mahasiswa Pro-M yang condong menyokong Pakatan Rakyat ini  memberi alasan bodoh apabila ditanya tentang justifikasi tindakan beliau.
Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman.
Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu.
Adakah ini pemimpin masa depan yang mahu dididik oleh Pakatan Rakyat? Bertindak mengikut nafsu dan pengaruh politik yang tidak tentu hala.

Tengok muka ada kelayakan untuk jadi coffee boy Anwar. Memang jambu siottt!

Anwar tentu sukaaa :)

Jangan terlalu yakin akan kemenangan di PRK Kerdau, Peringatan berguna TPM

Peringatan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri supaya jentera BN tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan pembangkang wajar diberi perhatian. Kenyakinan yang tinggi bukan sahaja boleh memberi kesan positif tetapi juga kesan negatif jika lalai dan leka ketika menghadapi PRK di Kerdau.


Calon BN PRK Kerdau

Harus dingatkan bahawa dalam setiap pertempuran, strategi yang terbaik dan tersusun juga memainkan peranan penting selain dari kekuatan yang sedia ada. Musuh jangan dipandang remeh kerana mereka juga tidak pernah lena dan putus asa dalam mencari peluang membelasah calon dan jentera.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari sirah Rasullulah semasa peperangan Uhud yang mana tentera Islam leka dan tidak mengikut arahan. Dan membawa kepada kemusnahan dalam pertempuran.

Jangan ada cubaan sabotaj dari dalam yang bakal merosakkan perjuangan dan tidak perlu kita mencanang pengorbanan telah yang dilakukan.

Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.


TEMERLOH 22 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) supaya jangan terlalu yakin akan menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, jentera BN tidak boleh memandang rendah keupayaan parti lawan yang mungkin mampu menewaskan BN pada pilihan raya kecil itu.

''Dari segi perkiraan kasar, kira-kira 40 peratus pengundi di Kerdau merupakan ahli UMNO dan jika semua ahli parti keluar mengundi, BN sudah boleh menang.

''Jangan terlalu yakin untuk mencapai kemenangan walaupun mempunyai faktor yang boleh membawa kemenangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Seri Ketumbit, Kerdau di sini hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan para pemimpin parti komponen BN.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung pada 12 Februari lalu.

Zaharuddin meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau.

Pada pilihan raya umum lalu, Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Allahyarham memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, meskipun kepimpinan Perdana Menteri semakin diterima, BN tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa terhadap rakyat.

"Pengundi ialah 'raja' jadi kita perlu layan kehendak mereka dengan sebaik-baiknya," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan oleh parti pembangkang terutama Pas.

Pembangkang jelasnya, tidak mempunyai sebarang agenda pembangunan sebaliknya hanya memutarbelitkan fakta sehingga menyebabkan rakyat terkeliru. - Utusan Malaysia-

Negara Islam: Ramai tunggu Nik Aziz jawab 5 soalan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjawab lima soalan yang dikemukakan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum membuat pelbagai tuduhan ke atas UMNO berkaitan agama Islam di negara ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai yang ternanti-nantikan jawapan Menteri Besar Kelantan itu terutama mengenai penubuhan negara Islam.






"Kalau Nik Abdul Aziz kata akan lakukan apa yang dikehendakinya berhubung agama Islam, macam mana pula beliau mahu berdepan dengan pemimpin DAP yang kata mahu mayatnya di langkah terlebih dahulu?


"Kita pun mahu tengok juga caranya. Tapi, setahu saya ada pemimpin Pas dalam satu forum kata mereka tidak akan tubuh negara Islam. Mungkin itu yang DAP mahukan agaknya," katanya.


Jamil Khir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, hari ini.


Turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.


Beliau mengulas tuduhan Nik Abdul Aziz dalam wawancaranya bersama Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa UMNO menolak Islam dan gagal memperkenalkannya kepada MCA dan DAP.


Sebaliknya, kata Nik Abdul Aziz, kerjasama Pas dan DAP merupakan rahmat kepada Cina Malaysia kerana Pas berjaya berbuat demikian sehingga serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.


Jamil Khir menambah, berbanding tentangan diterima oleh Pas daripada DAP untuk mewujudkan negara Islam, MCA dan MIC serta parti komponen lain menerima baik konsep Islam yang dibawa UMNO sejak sekian lama.


"Kalau pemerintahan Pas selama 20 tahun di Kelantan menjadi ukuran, kita jelas lebih jauh ke hadapan.


"Apatah lagi kalau berbincang mengenai pembinaan masjid, surau, penegakkan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah. Memang kita mendahului," katanya.

Artikel berkaitan

PAS semakin hilang arah dalam Pakatan Rakyat

PAS mahu jadi parti rasis dan ganti UMNO ?

 

Difitnah Hindraf: Perkasa buat laporan polis

Laporan Polis telah dibuat oleh Presiden Perkasa sendiri apabila pertubuhan pelampau Hindraf menyebarkan kenyataan berbaur hasutan. Kenyataan tersebut telah dipadam dari laman Human Right Party selepas Perkasa membuat laporan polis semalam. Nyata ini tindakan pengecut pelampau Hindraf yang hanya berani berkokok dan tidak menghormati pejuang kemerdekaan Malaysia apabila gambar Mahatma Gandhi dan Barrack Obama dijadikan sumber inspirasi kepada perjuangan mereka.

Urgent Request to make Representations to the Government of Malaysia on the Crackdown and possible violence by UMNO sponsored underworld “3 Line”, Pekida and Extremist Perkasa on Human Rights Advocates organising Solidarity March against UMNO racism in Malaysia on 27th February 2011.

Ternyata Hindraf hanya pandai bercakap dan membuat tuduhan tanpa bukti bahawa orang Melayu akan membuat kekecohan. Pihak berkuasa wajar bertindak segera !!!

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.

Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.

Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.

“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya


JMM tuntut Nik Aziz jelaskan cara Islamkan ahli DAP

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat.



Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Omar Saleh berkata, dalam hal ini timbul persoalan sama ada Nik Aziz sudah mempunyai pelan atau cara yang akan digunakannya bagi mencapai tujuan tersebut.

”Menteri Besar Kelantan itu perlu memberikan penjelasan cara-cara yang akan digunakan untuk mengislamkan DAP."

”Ini termasuk bagaimana Nik Aziz akan meyakinkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pada satu ketika dahulu pernah menyatakan bahawa jika Pas mahu menubuhkan negara Islam, Pas terlebih dahulu perlu bertempur dengannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia Khamis lalu menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan hubungan dengan DAP membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada parti itu kerana perkara tersebut gagal dilakukan oleh UMNO.

Jawapan itu diberikan Mursyidul Am Pas itu berhubung kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum itu yang membangkitkan hubungan Pas dengan DAP.

Tambah Omar, pihaknya bersetuju dengan cadangan Nik Aziz yang mahu memperkenalkan Islam kepada penganut agama lain dan sebagai pemimpin, JMM yakin beliau telah mempunyai pelan dan cara pelaksanaannya nanti.

itu, katanya, Mursyidul Am Pas itu harus berkongsi dengan umat Islam cara yang beliau akan gunakan di dalam memastikan apa yang diucapkan dan dijanjikan beliau pada Khamis lalu benar-benar akan menjadi kenyataan.

”JMM berkeyakinan Nik Aziz sebagai pemimpin sudah pasti telah menyelidik dan mengkaji sedalam- dalamnya mengenai janji-janji beliau ini.

”Asas dan teras seorang pemimpin wajib memegang nilai jujur dan amanah terhadap diri sendiri serta pengikut-pengikutnya,” jelasnya. -Utusan Malaysia-

Artikel berkaitan


Komen melampau berbaur hasutan tentang Melayu dan Islam

 

Tuesday, February 22, 2011

Wahid Omar - Kenyataan Tengku Zafrul adalah peribadi

Heran aku kenapa Melayu Liberal macam nie langsung tiada tindakan. Imej Kerajaan, Felda dan Maybank sudah tercalar kerana manusia bernama Zafrul. Takkan ini pun kerajaan duk diam.

Letih la macam nih! haaak tuiiih!




KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.

Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..

Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.
Sementara itu, sumber mengesahkan Mohd. Isa sudahpun menerima surat permohonan maaf berkenaan. - Utusan Malaysia-

Artikel berkaitan :

Selepas Forum Ideas: Wajarkah Zafrul kekal CEO Maybank Invesment - mykmu.net

Siapa Tengku Zafrul yang mahu persoalkan perlantikan Isa Samad di Felda ?

Kelab Chedet - KRISIS NEGARA ARAB-APAKAH HARGA MINYAK M'SIA NAIK???

1. Pandangan Setiausaha Kelab Chedet (KCD) tentang isu berkaitan.

2. Rakan-rakan boleh memberikan pandangan di portal KCD.




hehe..apakah harga minyak akan naik lagi?? melihat kepada isu yang melanda negara2 arab...kemungkinan besar harga minyak akan naik walau pun sebelum ini kjaan telah memberi jaminan bahawa harga minyak terutama utk RON95 tidak akan dinaikan...!! mampukah kjaan berpegang kepada janji tersebut??

hehe dalam dalam tempuh 2-3 hari ini harga minyak dah naik hingga RM 315 setong...!!!

hehe..jika kjaan terus kekalkan harga asal ..nampak nya kjaan terpaksa tambahkan lagi subsidi minyak yang telah berjumlah RM6.3 bilion untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion subsidi petrol RON95.

hehe....persoalan nya sekarang..apakah kjaan mampu serap kenaikan itu?? itu yg selalu disoal oleh grassroot bila kita luangkan masa berborak dengan mereka di kedai2 kopi ..!!!

hehe... rintihan dan keluhan mereka setiap kali harga minyak perlu diberi perhatian khusus oleh kjaan...kerana mereka ini kebanyakan nya adalah penyokong kjaan yang cuma sekali sekala merunggut bila harga minyak naik yang mnyebabkan tekanan hidup mereka makin meningkat!!

hehe.. ada yg kata kenaikkan boleh diserap...dan ada yang kata kjaan perlu ikut trend golablisasi... perlu naikan minyak mengikut pasaran...!!

hehe..kalau kjaan nak juga naik harga minyak mengikut harga pasaran... suka aku bertanya... mana pergi keuntungan bagi kenaikan minyak yang kjaan perolehi hasil dari keluaran minyak negara berjumpah 448,000 tong sehari itu???

hehe tidak boleh ke kenaikan itu diserapkan dengan naik nya... juga jumlah keuntungan hasil minyak kjaaan??

hehe mmg betul... angka subsidi minyak akan naik..tetapi hakikat nya.. itu pada angka sahaja..kerana setiap kali harga minya naik..keuntungan minyak kjaan juga ikut naik...!!!

hehe apa pun kita tunggu laa... apakah harga minyak akan naik atau tidak??

hehe..apa pun yg akan kjaan putuskan...harapnya tidak akan menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah !!!

hehe hidup rendah!!!

HINDRAP semakin biaDAP. Perkasa akan buat laporan Polis


Hindraf makin melampau. Kali ini sangat melampau. Presiden minta semua ADT Perkasa yang berkesempatan dapat bersama Presiden ke Ibupejabat Polis Daerah dang Wangi sebelah Kompleks Campbell jam 2.30 petang hari ini. 

Presiden sendiri akan buat laporan laporan Polis.

Terima Kasih. SUA Perkasa

Urgent Request to make Representations to the Government of Malaysia on the Crackdown and possible violence by UMNO sponsored underworld “3 Line”, Pekida and Extremist Perkasa on Human Rights Advocates organising Solidarity March against UMNO racism in Malaysia on 27th February 2011.
Mahatma Gandhi ? Barack Obama ? adakah mereka pejuang Kemerdekaan Malaysia ?


MEDIA STATEMENT

HINDRAF to organize People’s march for SOLIDARITY AGAINST UMNO/BN RACISM”.
Despite various repeated attempts by the Malaysian Indian community, the UMNO/BN government refuse to remove the “INTERLOK” novel as a compulsory read for the Form Fivers.
Where countries are moving and building nationhood by abolishing racism, the UMNO government aided and abetted by their allies are encouraging racism further to extend their political hegemony through the artificial Malay supremacy agenda.
The absence of national affinity and shared destiny for all citizens of Malaysia is clearly obvious as we can see by arrogance of UMNO and its mandores in sidestepping the concern of the Malaysian Indian in regards to this controversial novel that promotes caste epithets, ethnic slurs, racial prejudices, and communal stereotyping in the mind of the young.
“Interlok” is nothing but an engineered plan by UMNO to further plant the seed of racism and segregation in schools and in the mind of the youths similar to the programs that is run by the BTN (Biro Tata Negara).
Tolerance and co-existence has been abused and misused, patience has been taken for granted endlessly. It is time to bury racism in Malaysia and it is the time to take the bull by the horn.
UMNO has to go. RACISM has to go.
Please join us in our march to show solidarity against racism perpetrated by UMNO and its allies.
W.Sambulingam
HINDRAF National Co-ordinator

Harapan BN tawan Kedah terkubur jika dicantas

"BAGI mereka yang arif mengenai politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama yang dimainkan oleh pucuk kepimpinannya, bukan sesuatu mengejutkan apabila seorang lagi wakil rakyatnya keluar daripada parti itu 29 Januari lalu.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan membuat keputusan meninggalkan PKR kerana beliau mendapati parti berkenaan semakin rosak malah tersasar jauh daripada asas perjuangannya kerana dikuasai pemimpin tertentu.

Dalam konteks di Kedah, Gobalakrishnan merupakan wakil rakyat keempat yang bertindak meninggalkan PKR selepas Mohd. Radzi Salleh (Lunas); Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).

Pengurangan seorang demi seorang pemimpin PKR yang sebelum ini bersekutu dengan Pas dan DAP apabila bertindak keluar parti, tidak seharusnya mendatangkan keselesaan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya di Kedah mengenai situasi yang berlaku.

Apa pun yang terjadi kepada pihak pembangkang, hasrat BN untuk menawan semula Kedah sukar dicapai jika tiada perubahan yang dimulakan dari dalam kepimpinan parti itu sendiri.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah menghapuskan sikap cantas-mencantas di kalangan pemimpin BN seperti yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu percaya Kedah mampu ditawan kembali oleh BN pada pilihan raya umum akan datang jika sikap buruk berkenaan dapat diatasi.

Perkara itu turut diakui oleh Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang memberi amaran bahawa negeri jelapang padi itu sukar ditawan seandainya calon yang dipilih mewakili lambang dacing tidak disokong oleh semua pihak.

Katanya, sikap cantas-mencantas menyebabkan calon yang berupaya untuk menang boleh tersungkur.

"Mengapa perlu ada sikap jatuh menjatuhkan kawan dalam parti? Mengapa tidak boleh menerima dengan hati terbuka calon yang dipilih.

"Musuh kita adalah calon parti lawan yang harus dikalahkan, bukannya mensabotaj calon daripada parti kita sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tegasnya, sikap 'biar padan muka' wajib dibuang daripada setiap jiwa pemimpin BN.

"Marilah kita mengambil sikap tanggungjawab bahawa apabila parti kalah, ia adalah kekalahan kita semua dan kekalahan itu memalukan semua yang sayangkan parti," ujar beliau.

Seorang bekas wakil rakyat BN turut berkongsi pengalamannya 'dicantas' oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan beliau kalah dengan majoriti kecil Pada Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya berkata, antara perkara yang dialaminya adalah penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penyokong BN agar tidak keluar mengundi sehingga mengakibatkan ramai ahli UMNO di kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya berbuat demikian.

Selain itu, dakwanya, para penyokong BN dipengaruhi agar tidak menyokong beliau.

"Jumlah undi rosak adalah dua kali ganda daripada undi majoriti yang diperolehi oleh lawan saya. Jadi apakah kesimpulan yang boleh kita buat, saya kalah kerana sabotaj dalaman parti sendiri," katanya.

Dalam pada itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat memantau masyarakat dan suasana politik di negeri ini, Warga Prihatin Kedah (Wardah) juga berkongsi nada sama bahawa kemenangan mampu dicapai BN dengan syarat calon yang diketengahkan diterima pengundi dan para pemimpin lain.

Presidennya, Mohd. Nizam Madowan berkata, tabiat cantas-mencantas mengakibatkan calon-calon berpotensi, berkelayakan dan mempunyai daya kerja yang cukup baik menjauhkan diri kerana kecewa dengan sikap sebilangan ahli politik yang mengamalkan politik menekan mereka.


Katanya, tabiat cantas-mencantas termasuk menggunakan jentera parti bagi menggagalkan aktiviti yang dijalankan pihak lain, melobi pihak atasan parti supaya tidak menyokong pihak tertentu serta memburukkan orang lain dengan menggunakan media termasuk media baru.

Menurut beliau, pihaknya tidak menolak fakta bahawa calon yang popular di kalangan pengundi kebiasaannya merupakan calon yang tidak popular di kalangan kepimpinan parti di kawasan berkenaan.

"Yang paling penting calon yang hendak diketengahkan perlu dilihat mampu menjalankan tugas untuk rakyat," katanya.

Sehubungan itu, jangan dileburkan harapan menggunung penyokong BN untuk menawan semula Kedah hanya kerana sikap dendam beberapa pemimpin sahaja. - Utusan Malaysia

PAS mahu jadi parti rasis dan ganti UMNO ?

PAS terpaksa tukar tune setelah mereka gagal menggunakan Islam untuk mendapat sokongan politik dari orang Melayu kerana tindakan itu tidak disenangi oleh rakan pakatan mereka DAP dan PKR. Sekarang PAS mahu pulak merampas perjuangan UMNO yang berjuang untuk mempertabat dan mempertahankan hak orang Melayu di bumi Malaysia ini. PAS telah gagal menggunakan agenda Islam dalam perjuangan politik mereka kerana parti sekular seperti DAP dan PKR itu tidak pernah mengutamakan mana-mana agama dan bangsa untuk dijadikan platform perjuangan pakatan politik mereka. DAP dan PKR berpegang kepada prinsip keadilan rakyat iaitu tidak ada mana-mana bangsa dan agama perlu diutamakan termasuk orang Melayu yang beragama Islam yang penduduk majoriti di negara ini.

DAP dan PKR tidak boleh menerima Islam sama sekali dalam agenda politik mereka (kecuali untuk tujuan kosmatik) kerana mendahulukan Islam bermakna mereka mendahulukan kepentingan agama orang Melayu, mendahulukan kepentingan agama orang Melayu itu bermakna mereka juga mendahulukan kepentingan dan Hak keistimewaan orang Melayu, mendahulukan kepentingan dan Hak keistimewaan orang Melayu bermakna mereka juga mengiktiraf hak orang Melayu sebagai kaum pribumi, mengiktiraf orang Melayu sebagai kaum pribumi pula bermakna mereka mengaku bahawa mereka itu akan kekal sebagai bangsa pendatang.


Ini sudah tentu akan dibantah oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak pernah memperakui hak keistimewaan orang Melayu di negara ini, malah DAP berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebaik saja mereka berpeluang menjadi pemerintah di Malaysia nanti. Sebagai bangsa pendatang pula, sudah tentu mereka mahu terus mengekalkan identiti asal usul kaum mereka dengan menolak segala yang berkaitan dengan Melayu dan Islam semata kerana mereka mahu terus mempertahankan HAK kaum mereka untuk menolak daripada diasimilasikan sebagai orang tempatan yang berciri budaya Melayu dan Islam itu.

Malangnya tindakan PAS menyokong DAP selama ini tidak ubah seperti PAS menyokong DAP menghapuskan hak dan kedudukan agama orang Melayu di negara ini. DAP hanya memperkuda dan memperlembukan PAS supaya mereka dapat menjadi pemerintah sebenar negara ini walau pun PAS diberi tempat nanti tetapi tempat itu hanya sebagai penyokong DAP saja, dan tidak lebih daripada itu