Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 23, 2011

Jangan terlalu yakin akan kemenangan di PRK Kerdau, Peringatan berguna TPM

Peringatan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri supaya jentera BN tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan pembangkang wajar diberi perhatian. Kenyakinan yang tinggi bukan sahaja boleh memberi kesan positif tetapi juga kesan negatif jika lalai dan leka ketika menghadapi PRK di Kerdau.


Calon BN PRK Kerdau

Harus dingatkan bahawa dalam setiap pertempuran, strategi yang terbaik dan tersusun juga memainkan peranan penting selain dari kekuatan yang sedia ada. Musuh jangan dipandang remeh kerana mereka juga tidak pernah lena dan putus asa dalam mencari peluang membelasah calon dan jentera.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari sirah Rasullulah semasa peperangan Uhud yang mana tentera Islam leka dan tidak mengikut arahan. Dan membawa kepada kemusnahan dalam pertempuran.

Jangan ada cubaan sabotaj dari dalam yang bakal merosakkan perjuangan dan tidak perlu kita mencanang pengorbanan telah yang dilakukan.

Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.


TEMERLOH 22 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) supaya jangan terlalu yakin akan menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, jentera BN tidak boleh memandang rendah keupayaan parti lawan yang mungkin mampu menewaskan BN pada pilihan raya kecil itu.

''Dari segi perkiraan kasar, kira-kira 40 peratus pengundi di Kerdau merupakan ahli UMNO dan jika semua ahli parti keluar mengundi, BN sudah boleh menang.

''Jangan terlalu yakin untuk mencapai kemenangan walaupun mempunyai faktor yang boleh membawa kemenangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN di Dataran Seri Ketumbit, Kerdau di sini hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan para pemimpin parti komponen BN.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung pada 12 Februari lalu.

Zaharuddin meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau.

Pada pilihan raya umum lalu, Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Allahyarham memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, meskipun kepimpinan Perdana Menteri semakin diterima, BN tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa terhadap rakyat.

"Pengundi ialah 'raja' jadi kita perlu layan kehendak mereka dengan sebaik-baiknya," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan kepada pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan oleh parti pembangkang terutama Pas.

Pembangkang jelasnya, tidak mempunyai sebarang agenda pembangunan sebaliknya hanya memutarbelitkan fakta sehingga menyebabkan rakyat terkeliru. - Utusan Malaysia-

2 comments:

  1. errrr bukan ke bercerai kita kahwin lain bro rocky..ermmm

    ReplyDelete
  2. nak bercerai cam kalau bujang mcm RockY :)

    ReplyDelete