Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 24, 2011

DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji



BUKIT MERTAJAM 23 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang supaya segera mengotakan janji untuk menyediakan tapak perniagaan sementara kepada para peniaga yang terlibat dalam operasi meroboh gerai di Taman Pelangi, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan negeri sebelum ini memberi jaminan akan memberi tapak gerai sementara bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.

''Kita minta kerajaan negeri kotakan janji secepat mungkin kerana peniaga terbabit hilang punca pendapatan sudah hampir sebulan lalu malahan kita diberitahu ada peniaga yang dibelenggu hutang.

''Mereka terbabit juga meminta supaya diberi pampasan sewajarnya kerana rata-rata tidak dapat berniaga lagi selepas barangan perniagaan rosak atau dirampas ketika operasi itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 peniaga di kawasan itu hari ini.

Pada majlis itu, peniaga terbabit menerima bantuan sebanyak RM300 setiap seorang hasil sumbangan UMNO Pulau Pinang bagi mengurangkan beban selepas hilang punca pendapatan ekoran operasi tersebut.


Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memulakan operasi besar-besaran merobohkan lebih 1,000 gerai haram di sekitar taman itu awal bulan ini yang mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam dan tidak bertanggungjawab.

Ekoran bantahan yang semakin memuncak sehingga berlaku beberapa insiden pergaduhan antara peniaga dengan penguat kuasa MPSP, kerajaan negeri akhirnya akur dan menangguhkan pelaksanaan operasi tersebut baru-baru ini

1 comment:

  1. org bukan islam tak perlu berpegang pd janji..so LKS tu bukan islam pun tp dia kata nak jd mcm khalifah apa ntah lupa la plak aku he he..yg bestnya LKS berjaya meng'gaduh'kan melayu tp ada gak melayu yg jd hulubalang khalifah ni..errrr yg penting bg mereka apa ya..????? bukan khalifah ni tp khilaf..

    ReplyDelete