Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 24, 2011

Bukti Mengkafir UMNO - Entri blog terbaru Tun Mahathir

 
 
 
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.
4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
Artikel berkaitan
 

9 comments:

  1. Nothing is islamic about porknik,the way he speaks,his mentality n his attitude,he is just a half past six politician n bangkrupt of positive ideas n high time for him to be out of the nation political scenario,the faster the better for the good of the people n nation.

    ReplyDelete
  2. kalau zaman arab dulu ada orang macam Nik Aziz tentu dia tidak dilantik jadi pemimpin tapi sebagai khadam jer

    ReplyDelete
  3. Sian kat korang ni. Ingat akhirat same, jgn pasal makan duit umno, kena jilat ponggong sampai mampos! Korang tu khadam UMNGOK jer.. hehe

    ReplyDelete
  4. Akhirat adalah untuk semua umat bukan untuk orang UMNO sahaja, menyokong PAS tidak menjanjikan kebahagian diakhirat.

    ReplyDelete
  5. tahniah! komen yg BERNAS :-)

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Untuk mencari pemimpin yang berkualiti, bukan dilihat pada tingginya serban yang dipakai, tetapi pada tingginya tahap pemikiran yang dimiliki.

    Cuba kita renungkan, mana ada Allah bangkitkan Nabi daripada manusia yang tidak mahu menggunakan akal lagi rendah tahap mentalitinya? Mana mungkin Nabi Nuh mampu membina bahtera jika pemikirannya rendah dan tiada daya kreatitviti?

    ReplyDelete
  7. tuan guru tu apa jasanye pada negara...cakap banyak!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum!
    PAS- PARTI YANG SYIRIK DAN KUFUR
    Para penyokong PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga mereka tidak menyedari bahawa :

    1. Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

    a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;
    b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;
    c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;
    d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dubuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.

    2. Para pengikut PAS yang mengamalkan agama demokrasi, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhai agama demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah orang-orang kafir kerana :

    a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;
    b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;
    c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
    d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia.

    Para pemimpin PAS dan para pengikut PAS adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka mentaati dan memathuinya dan mereka menyetujui dan meredhainya yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
    Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui Metod Demokrasi kerana ianya adalah metod yang syirik dan kufur (Fatir:10). Metod perjuangan Islam adalah daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.

    Sekian, Terima Kasih.

    Wan Fatimah al-Halbani
    Temerloh, PAHANG DM

    ReplyDelete