Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 24, 2011

Mahasiswa Pro-M UPM merusuh, harta kerajaan musnah lagi

Siri keganasan mahasiawa Pro-M yang condong kepada Pakatan Rakyat semakin tidak dapat dikawal oleh pihak Universiti. Terbaru, pintu kaca bangunan pentadbiran UPM yang menempatkan pejabat TNC HEP UPM pecah dirempuh perusuh dari kumpulan mahasiawa Pro-M, menurut sumber berita Malaysiakini.


Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.

Lebih parah apabila ada yang tercedera akibat rusuhan ini termasuk pengawal keselamatan. Kita bersyukur tiada kematian dilaporkan walaupun darah kelihatan diatas lantai.

Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.



Nampaknya semakin hari mahasiswa kita semakin hilang arah akibat hasutan dan politik sonsang yang disemai oleh pembangkang. Kumpulan ini lebih berminat untuk membuat kekecohan dan rusuhan dari memikirkan kepentingan utama menimba ilmu serta menamatkan pengajian di Universiti. Lebih ramai anak muda diluar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti. Mungkin sudah sampai masa kerajaan menilai kembali tindakan drastik yang perlu diambil.

Lebih dikesalkan lagi apabila pihak universiti tidak dapat mengawal keadaan sehingga menyebabkan kerosakan harta kerajaan dan kecederaan kepada petugas keselamatan.

TNC HEP UPM sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan melibatkan pihak polis apabila beliau sendiri GAGAL mengawal keadaan. Adakah semua kerosakan ini akan ditanggung dari duit poket beliau sendiri?


Kerosakan telah berlaku dipremis kerajaan sehingga mendatangkan kecederaan. Adakah kerajaan mahu tunggu kemusnahan lebih besar atau kehilangan jiwa berlaku kemudian baru bertindak ?

Jangan biarkan pemberontakan kumpulan mahasiswa Pro-M ini berterusan. Ianya perlu berakhir segera.

Menteri Pengajian Tinggi masih tidur lagi ZZZZzzzzz.?

Artikel berkaitan

Kecekapan TNC HEP UM dipersoal, Rusuhan mahasiswa merosakkan harta Kerajaan

Wakil Pro-M cuba MENCURI di pejabat TNC HEP UPM

11 comments:

  1. jangan biarkan puak puak tu meracuni minda pelajar IPT...jangan bagi muka lagi..!

    ReplyDelete
  2. minda anak2 pelajar kita telah begitu teruk diracun olh sesetengah manusia yg tidak bertanggungjawab, kejadian rusuhan di benua arab dan afrika dijadikan contoh teladan kpd mereka, jeas menunjukan arab itu bukan islam dan islam itu bukan arab tp kedengkelan pemikiran menjadikan anak2 ini 'berjihad' tak tentu hala..sedarlah wahai pelajar, bakatmu bukan sekadar pecah cermin dan mengalir darah..malu lah pd bangsa apa yg nak kamu tunjukan skrg..habiskan belajar dulu..naikan taraf U malaysia..isikan kekosongan yg mana khususnya pelajar melayu islam tercicir..masa depan dunia bukan di tangan anda sahaja..(sadis aku la bro rocky, sampaikan meleleh air hidung he he)

    ReplyDelete
  3. kalau dah bapak borek, anak pun rintik. bapanya anwar, anaknya mahasiswa pro m. ni bukan mahasiswa ni. Ni MAWAS SISWA.
    ajar sgt berdemo, dah berdemo merosakkan harta benda. dorg bukan nak ganti rugi.

    ReplyDelete
  4. mohon linkkan blog saya dan follow.
    saya sudah link da follow anda. tq

    http://ketanggalangit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. apa susah, suruh depa ganti balik harta benda rakyat yg depa bagi pecah. Kalau nak selesaikan kes ini dgn cepat senang saja. Singkirkan mereka. Tapi ingat student IPG dalam hindraf yg merusuh zmn Plah tempohari perlu disingkirkan juga.

    ReplyDelete
  6. pegi tengok sendiri di UPM, jgn main tulis jer..

    ReplyDelete
  7. Tak berani nak ke UPM buat masa ini. Kumpulan pro-M semakin mengganas ...

    ReplyDelete
  8. kalau macam tu, macam mana nak dikatakan TELUS? Kritikan membina tak terima. Depan cakap lain, belakang cakap lain.. ermmm..

    ReplyDelete
  9. buang je bnyk lagi yang nak masuk Universiti tak pun suruh je masuk U private wat apa masuk U Kerajaan tenaga pengajar dibelakangpun kalo dah terror pegilah ajar dekat ipts..kan awak tu bijak

    ReplyDelete
  10. http://en.harakah.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2339:twitter-exchanges-between-minister-and-deputy-point-to-friction&catid=34:primary&Itemid=56

    Rocky-My ada ulasan apa tentang hal ni? :-)

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas link yang diberikan ... nampak ramai rakan blogger saya membelasah saifuddin cuma saya seorang kot yg belasah khaled nordin, buat masa ini :)

    ReplyDelete