Dalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin (kanan) adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.
Ahli parlimen lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya). -Malaysiakini-
Lebih dari itu, wakil rakyat Wangsa Maju yang bertanding atas tiket PKR membuat pendedahan tentang KPI PKR yang tidak telus dan boleh berubah mengikut kehendak Anwar Ibrahim. Sudah tentu Azmin Ali yang merupakan anak emas Anwar Ibrahim akan terus mendapat perlindungan dan sokongan dari Ketua Umum PKR itu.
Tanya Zaid Ibrahim dan YB Gobalakrishnan tentang pengaruh Azmin Ali sewaktu pemilihan PKR tahun lepas. Banyak pendedahan tentang kepincangan PKR yang dibuat oleh bekas pemimpin dan YB-YB yang bertindak keluar dari PKR.
Azmin Ali pun pandai main wayang dan ikut jejak langkah Drama King Anwar Ibrahim
KPI PKR tidak telus - Choo KeongArtikel berkaitan
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersifat tidak telus dan penuh kerahsiaan hingga satu peringkat keputusannya boleh berubah mengikut kehendak Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan laporan awal oleh sebuah portal berita yang menyatakan Timbalan Presiden, Azmin Ali serta enam Wakil Rakyat PKR gagal mencapai KPI sewenang-wenangnya, dinafikan oleh parti berkenaan.
Beliau berkata, sebagai parti milik peribadi Anwar dan konco-konconya boleh melakukan apa sahaja bagi tujuan mengaburi mata rakyat walaupun Penasihat PKR itu sering melaung-laungkan kepentingan mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti.
“Bila kerajaan adakan KPI, PKR juga mahu adakan KPI. Kerajaan laksanakan KPI secara terbuka bagi semua rakyat tahu tetapi PKR lain.
‘‘KPI mereka dibuat secara rahsia, tersembunyi dan tidak telus. Mereka hanya buat untuk politik, untuk mengaburi mata rakyat.
“Kata mereka KPI ini hanya untuk pengetahuan pucuk pimpinan. Kalau mereka benar-benar telus umumkan laporan awal mengenai KPI yang dibuat oleh PKR yang mana Azmin telah didapati gagal mencapai KPI ditetapkan,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini - Utusan Malaysia-
RockY-MY kan tinggal di Taman Melawati? Tengok sendiri macam mana YB Azmin buat kerja.
ReplyDeletememang duduk melawati ... banyak dgr citer buruk pasal Azmin Ali lebih2 dari geng PKR sendiri :)
ReplyDeletebagus la macam tu. Tapi jangan menidakkan keburukan yang Che Det buat.. kan? bukan semua dia aje yang betul :-p
ReplyDeleteTun Mahathir pun manusia biasa jugak ... kalau ikuti blognya, banyak kali juga dia minta maaf atas kesilapannya. kesilapan melantun ANwar dan juga Dollah badawi. kesilapan tidak dapat membangunkan kg baru. at least dia akui kesilapan :)
ReplyDelete