Minda Hijrah Headline Animator

Friday, May 24, 2013

Polis ada asas kukuh tahan pembangkang - Zahid Hamidi


Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis berhubung siasatan terhadap cubaan untuk menumbangkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan. 
 
Zahid menegaskan tindakan itu bebas daripada sebarang campurtangan politik dan polis tentunya mempunyai perkiraan sendiri daripada aspek keselamatan dalam menahan Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim. 
 
"Sebagaimana yang saya jelaskan di hari pertama saya berada di KDN, segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.
 
"Dan saya tidak langsung campurtangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada lawatannya ke Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
 
Ahli Parlimen Batu, Tian, aktivis pertubuhan bukan kerajaan 'Asalkan Bukan Umno (ABU)', Haris dan bekas ahli Parlimen Batu Berendam yang juga ahli PAS Tamrin ditahan dalam operasi berasingan.
 
Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall.

Thursday, May 23, 2013

Polis tahan Tian Chua, Haris dan Tamrin


Polis hari ini menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis pertubuhan bukan kerajaa Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan bekas ahli parlimen Batu Berendam yang juga ahli PAS Tamrin Ghafar dalam tiga operasi berasingan.
Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
 
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
 
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
 
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

"Sokong Adam (Adli) Masuk Syurga" - Akitivis Syiah PAS Khalid Ismeth


Inilah yang berlaku apabila 'Matlamat menghalalkan Cara'. Hukum Hakam Islam dijadikan mainan bagi menarik minat rakyat untuk menyokong perjuangan songsang mereka.

Siapakah yang mahu dipersalahkan lagi jika PAS terus memberi ruang kepada golongan pro Syiah menjadi pemimpin dan aktivis mereka.


Siapakah yang benar-benar sesat ? Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kebenaran !

Wednesday, May 22, 2013

Dewan Pemuda PAS tolak politik ganas, himpunan jalanan


Dewan Pemuda PAS menolak sekeras-kerasnya perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis pro-pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
 
Ketuanya, Nasrudin Hassan menegaskan, pihaknya menolak keganasan serta suasana huru-hara dan kacau-bilau di dalam negara ini.
 
Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS mengambil pendirian itu kerana mereka menyayangi negara dan seluruh rakyat.
 
"Kami berjuang untuk masa depan agama, negara dan rakyat.
 
"Kami tidak akan turun ke jalan raya untuk mencetus keganasan dan keresahan rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz semalam," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Monday, May 20, 2013

The Chulan : "Semua Ok Datuk Semua Ok" - Masih Ada lagi Ke Makhluk Ni Dalam UMNO? @NajibRazak



Antara sebab Selangor bungkus walau pun Taiko besar nya ada lah DS Najib sendiri ada lah permainan politik belakang tabir di mana mustahil orang sebuk macam DS Najib boleh tahu segala nya.Dengan kesebukan kerja tentu sekali DS Najib bergantung pada laporan yang di beri sahaja.Dan jika laporan kata ok semua beres semua , maka tentu sekali tiada apa yang lebih menekan yang harus di lakukan oleh DS Najib..

Pada tahun 2009 PRU10 di Pekan Pahang, DS Najib sentiasa di beri laporan positif oleh pembantu keliling nya, "semua Ok Datuk, semua beres" tidak ada yang tidak ok semua ok saje. Akhir nya Najib hampir tidak jadi Perdana Menteri hari ini. Menang dengan majoriti 241 undi sahaja.

Kenapa ini semua terjadi? kerana orang yang kelilingi nya tidak jujur akibat terlalu ghairah mahu membodek dan ampu. Kaki kipas akan takut untuk berkata benar. Kaki kipas yang mahu habuan akan hanya mahu kabaran baik sahaja di sampai kan,

Mereka tidak faham , pemimpin bukan mahu berita gembira , pemimpin mahu berita benar supaya boleh buat penilaian dan tindakan susulan demi perbaiki kedudukan.

Enggan Terima Keputusan #PRU13, Anwar Ibrahim Mungkir Janji



Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.

Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).

"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.

Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti. 

Gaduh berebut kuasa di Selangor, DAP tuntut 4 kerusi exco yang telah dipersetujui



DAP Selangor mempersoalkan pembahagian kerusi exco negeri yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
 
Timbalan Pengerusi DAP negeri Tony Pua berkata parti itu seharusnya mendapat empat kerusi exco negeri, bukan tiga sepertimana yang diumumkan oleh Khalid.
 
Tony menegaskan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat Selangor telah bersetuju dalam mesyuarat pada Khamis bahawa DAP akan mendapat empat kerusi exco, manakala PAS akan mendapat tiga.
 
Khalid pada majlis di Pelabuhan Klang semalam memaklumkan pakatan pembangkang Selangor menggunapakai 'formula 3:3:4' iaitu PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi, manakala PAS empat kerusi. Manakala jawatan Speaker akan dipilih di kalangan DAP.
 
"Malam tadi, kita dapati senarai nama berlainan," kata Tony kepada pemberita.
 
"Kita mahu tahu kenapa, hari Khamis tiada masalah," beliau menambah.
 
Tony berkata, beliau hanya mendapat tahu tentang peruntukan kerusi exco melalui mesej Twitter oleh Khalid malam tadi.
 
"Kami terkejut dengan Tan Sri (Khalid)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.