PERKASA menjadi sasaran fitnah dalam pilihanraya DUN Tenang apabila satu risalah menggunakan kepala surat PERKASA JOHOR disebarkan. Saya menerima sms kenyataan media dari Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hasan Syed Ali berhubung sebaran fitnah ini.
Persoalannya, ini kerja siapa ?
Kenyataan Media S/U Agung PERKASA mengenai isu penyebaran risalah mengunakan nama PERKASA Johor.
Perkasa KUTUK dan KECAM perbuatan JAHAT dan KEJI puak desperado yang mengeluar dan mencetak risalah menguna kepala kepala surat PERKASA JOHOR konon mengugut pengundi-pengundi cina Dun Tenang.
Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal PERKASA JOHOR boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini. Individu dan puak yang buat ini sengaja mahu burukkan nama PERKASA atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum cina dengan menguna PERKASA sebagai alasan. Ianya perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal. PERKASA yakin pengundi kaum cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah ini.Perkara seumpama ini pernah berlaku di PRK Hulu Selangor sebelum ini.
PERKASA Johor dan Pusat akan buat laporan Polis supaya disiasat siapakah melakukan kerja durjana ini.
Terima kasih
Syed Hasan Syed Ali
S/U Agung PERKASA
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha juga ada membuat kenyataan di blognya.
Provokasi Bodoh Surat Layang
Salam Sahabat2 Yang Saya hormati,
Saya Baru Mendapat Panggilan Telefon Mengenai Isu ini, Provokasi Mengunakan Surat PERKASA Bagi Provokasi PRK Di DUN Tenang Yg Disebarkan di Blog2 dan FACEBOOK.
Disini Ingin Saya Mewakili WIRA PERKASA MALAYSIA Secara Tegaskan Setelah Memeriksa Dan Menghubungi PERKASA Johor Mengenai Surat Layang Ini Dan Dapati Ianya Sebuah Surat Palsu. Satu laporan Polis Akan Dibuat Oleh Pihak PERKASA Johor Mengenai Surat Provokasi Tersebut.
Pada Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab dan Berfikiran Sempit, Sudah-Sudah Lar. Ni Provokasi Yang Saya Anggap Mcm Politik Tidak Matang dan Kebudak-budakkan..Ish2
Dah Takder Modal Ker, Utk Hadapi PRK Tenang ni, Saya Tidak Mahu Menuduh Mana2 Parti Yang Saya lihat Cam Sudah kehilangan Strategi Sehingga Mengunakan Provokasi yg Bodoh Ni..
PARTI MANA YG BODOH, KITA SEMUA TAU..JIKA INI CONTOH SURATNYA DAN KANDUNGANNYA NYATA BUKAN DRPD BARISAN NASIONAL, JADI PARTI MANA YG BODOH DAN TIDAK MATANG NI..
BUAT KATA NABIL " LU PIKIR LAR SENDIRI"
apa daa diorg nie....dh sah2 dun tenang milik BN...tue pun nk wat masalah...
ReplyDelete