Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, February 23, 2011

Difitnah Hindraf: Perkasa buat laporan polis

Laporan Polis telah dibuat oleh Presiden Perkasa sendiri apabila pertubuhan pelampau Hindraf menyebarkan kenyataan berbaur hasutan. Kenyataan tersebut telah dipadam dari laman Human Right Party selepas Perkasa membuat laporan polis semalam. Nyata ini tindakan pengecut pelampau Hindraf yang hanya berani berkokok dan tidak menghormati pejuang kemerdekaan Malaysia apabila gambar Mahatma Gandhi dan Barrack Obama dijadikan sumber inspirasi kepada perjuangan mereka.

Urgent Request to make Representations to the Government of Malaysia on the Crackdown and possible violence by UMNO sponsored underworld “3 Line”, Pekida and Extremist Perkasa on Human Rights Advocates organising Solidarity March against UMNO racism in Malaysia on 27th February 2011.

Ternyata Hindraf hanya pandai bercakap dan membuat tuduhan tanpa bukti bahawa orang Melayu akan membuat kekecohan. Pihak berkuasa wajar bertindak segera !!!

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.

Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.

Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.

“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya


No comments:

Post a Comment