Calon Barisan Nasional bagi PRK Kerdau dipaksa memulakan kempen dengan membersihkan nama baik beliau akibat fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang. Beliau dituduh gagal menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur,"
"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya semasa hari penamaan calon di Termerloh.
Sebelum itu Menteri Besar Pahang juga menafikan pembohongan yang dilempar dan beranggapan fitnah sedemikian memang menjadi budaya Pas yang suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kebolehan pihak lain terutama BN.
Perdana menteri juga tidak terlepas menjadi sasaran pembangkang apabila tuduhan melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas seperti yang dilaporkan oleh National Review Online dikecam hebat oleh oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Namun begitu, Perdana Menteri menafikan dakwaan itu. “Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25.
“Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama.
PRK Kedau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Syeb Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.
rasanya tak nampak pun ketakburan kalau membersihkan nama dari fitnah yg dibuat oleh org2 yg tak bertanggungjawab....
ReplyDeletecakap apa pun rocky dia org tetap kata BN ni tak betul, tak telus, zalim dan sama waktu dgnnya..tp yg tak masuk akalnya apa pun cakap pemimpin pakatan haram ni bulat2 penyokong mrk terima dan lg hebat serta ajaibnya juak2 PAS dan PKR ni percaya LGE kalipah ntah apa2 ntah..yg nik ajis wali kutub, yg nuar pemimpin terpilih adussssss bengapnya mrk hu hu
ReplyDelete