Letih la macam nih! haaak tuiiih!
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.
Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.
Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..
Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.
Sementara itu, sumber mengesahkan Mohd. Isa sudahpun menerima surat permohonan maaf berkenaan. - Utusan Malaysia-
Artikel berkaitan :
Selepas Forum Ideas: Wajarkah Zafrul kekal CEO Maybank Invesment - mykmu.net
Siapa Tengku Zafrul yang mahu persoalkan perlantikan Isa Samad di Felda ?
Memang betul pun apa yang di katakan oleh Datuk Zafrul. Lihat keadaan ekonomi kita dengan negara yang dulu nya di bawah negara Malaysia. Aku sokong mana-mana kerajaan buat yang terbaik untuk rakyat tapi kalau tak betul, kita patut bantah. Jangan angguk sahaja. Sama juga di PP, kalau tak betul apa yang dia buat, rakyat perlu tukar kerajaan. Tapi bila lihat Jabatan Audit Negara dan Jabatan Perangkaan Negara, negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang di puji kerana mengukuhkan ekonomi negeri masing-masing. Sama juga dengan ekonomi di Johor, ekonomi nya kukuh.
ReplyDeletedah memang rasuah memang la orang takut.. apa daaa..politik wang tu ape?rasuah laa..perasuah!! ptuih..x malu pegi letak muka dalam jamban la muka pengerusi felda memang sesuai sangat habitat kak situ..
ReplyDelete