Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, February 22, 2011

PAS mahu jadi parti rasis dan ganti UMNO ?

PAS terpaksa tukar tune setelah mereka gagal menggunakan Islam untuk mendapat sokongan politik dari orang Melayu kerana tindakan itu tidak disenangi oleh rakan pakatan mereka DAP dan PKR. Sekarang PAS mahu pulak merampas perjuangan UMNO yang berjuang untuk mempertabat dan mempertahankan hak orang Melayu di bumi Malaysia ini. PAS telah gagal menggunakan agenda Islam dalam perjuangan politik mereka kerana parti sekular seperti DAP dan PKR itu tidak pernah mengutamakan mana-mana agama dan bangsa untuk dijadikan platform perjuangan pakatan politik mereka. DAP dan PKR berpegang kepada prinsip keadilan rakyat iaitu tidak ada mana-mana bangsa dan agama perlu diutamakan termasuk orang Melayu yang beragama Islam yang penduduk majoriti di negara ini.

DAP dan PKR tidak boleh menerima Islam sama sekali dalam agenda politik mereka (kecuali untuk tujuan kosmatik) kerana mendahulukan Islam bermakna mereka mendahulukan kepentingan agama orang Melayu, mendahulukan kepentingan agama orang Melayu itu bermakna mereka juga mendahulukan kepentingan dan Hak keistimewaan orang Melayu, mendahulukan kepentingan dan Hak keistimewaan orang Melayu bermakna mereka juga mengiktiraf hak orang Melayu sebagai kaum pribumi, mengiktiraf orang Melayu sebagai kaum pribumi pula bermakna mereka mengaku bahawa mereka itu akan kekal sebagai bangsa pendatang.


Ini sudah tentu akan dibantah oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak pernah memperakui hak keistimewaan orang Melayu di negara ini, malah DAP berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebaik saja mereka berpeluang menjadi pemerintah di Malaysia nanti. Sebagai bangsa pendatang pula, sudah tentu mereka mahu terus mengekalkan identiti asal usul kaum mereka dengan menolak segala yang berkaitan dengan Melayu dan Islam semata kerana mereka mahu terus mempertahankan HAK kaum mereka untuk menolak daripada diasimilasikan sebagai orang tempatan yang berciri budaya Melayu dan Islam itu.

Malangnya tindakan PAS menyokong DAP selama ini tidak ubah seperti PAS menyokong DAP menghapuskan hak dan kedudukan agama orang Melayu di negara ini. DAP hanya memperkuda dan memperlembukan PAS supaya mereka dapat menjadi pemerintah sebenar negara ini walau pun PAS diberi tempat nanti tetapi tempat itu hanya sebagai penyokong DAP saja, dan tidak lebih daripada itu

No comments:

Post a Comment