Risalah berbaur hasutan perkauman yang menggunakan lambang PERKASA didapati disebarkan sekitar Merlimau menjelang penamaan calon PRK Merlimau Sabtu ini. Laporan Polis telah dibuat semalam (24 Februari 2011) oleh YDP PERKASA Melaka, Abd. Rahim Osman di Balai Polis Merlimau.
"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA."
"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.
"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.
Sebelum ini, PERKASA juga menjadi sasaran fitnah di PRK Tenang apabila risalah-risalah yang boleh membangkitkan kebencian orang cina terhadap PERKASA dan parti pemerintah disebarkan menggunakan kepala surat PERKASA Johor.
Ada kemungkinan tinggi bahawa kerja fitnah ini dilakukan oleh pihak-pihak yang sememangnya tidak senang dengan pengaruh PERKASA dan agenda penyatuan orang Melayu.
PERKASA adalah NGO yang mendapat tempat dihati orang Melayu dalam tempoh singkat apabila pertubuhan itu lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain di Malaysia.
No comments:
Post a Comment