Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 31, 2012

UMNO GOMBAK terima 92 keahlian Masyarakat Bawean

Walaupun baru kehilangan pemimpin UMNO Gombak iaitu Bendaharinya Allahyarham saudara Ramli Yeup yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat Gombak, jentera UMNO Gombak tetap meneruskan perjuangan dengan aktiviti kemasyarakatan.

 

Untuk kali ini telah diadakan Majlis Takaruf & Penyerahan Borang Keahlian UMNO Masyarakat Bawean di Kg Changkat telah diadakan pada 28 Jan 2012 lalu . Turut serta bagi menjayakan program ini ialah Haji Rahim Kamarudin selaku Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Gombak telah menerima 92 borang ahli baru UMNO dari Tn Hj Marwi bin Marhom, Ketua Masyarakat Bawean di Kampung Changkat dengan disaksikan oleh Tn Hj Abas, Pengerusi JKKKP Kg Changkat.

 

Sebelum itu Tn Hj Yuszahari Mohd Yusoff dan Sdra Ismail Ahmad telah memberikan ceramah isu-isu semasa kepada masyarakat Bawean di Kampung Changkat. Program ini diadakan di tengah-tengah kawasan perumahan penduduk Bawean di Kamping Changkat.

 

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan Barisan Nasional Gombak dan penduduk Kg Changkat.

Terkini: Kepala Babi dalam Masjid di Rawang. DAP ambil kisah, PAS buat bodo ?

Lagi ada pihak yang mahu bermain api apabila KEPALA BABI dijumpai DALAM MASJID di Rawang.

Menurut sumber berita Mkini, nampaknya ADUN dan PEMIMPIN DAP & PKR benar-benar serius mengutuk kejadian ini. Macam tidak percaya Ronnie Liu yang juga Exco Kerajaan Negeri sendiri turun padang !!!

Mana pemimpin PAS ? Mana Khalid ? Kalau gereja kene, dia paling laju bertindak, tapi bila Masjid ada kepala babi, dia paling lembab !!! Haaak Tuihhh !!! Masih tido dan lembab ? Atau PAS dah benar-benar menjadi Parti Adat & Sukan?

Saya secara peribadi kagum dengan YB Gan dan YB Ronnie Liu yang nampaknya prihatin dan sensitif dalam hal ini.

Adakah 'DAP GANTI PAS' jadi kenyataan?

Adakah DAP akan REDHA dengan orang Melayu dan umat Islam jika memerintah?

Ini adalah persoalan yang ditujukan kepada kaum Melayu yang merupakan majoriti dalam komposisi kaum di Malaysia. DAP dengan bantuan sosialis PKR terus meracuni pemikiran rakyat dengan pendedahan kelemahan pentadbiran kerajaan parti pemerintah bersama sokongan portal media pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. DAP nampaknya berjaya meyakinkan pemimpin dan penyokong PAS bahawa pakatan pembangkang mampu mentadbir kerajaan pusat.

 

Persoalannya, adakah DAP redha dan sanggup berkongsi kuasa dengan pemimpin Melayu dan Islam ?

 

Malang bagi PAS sejak membentuk pakatan pembangkang pada PRU 12 2008, tempat mereka sekadar melukut di tepi gantang.

 

Adakah kita lupa bahawa apabila kerajaan campuran pembangkang ditubuhkan di Perak, nama Nizar Jamaludin sebagai MB pada mulanya di TOLAK oleh DAP sehinggakan DAP Perak mahu boikot upacara angkat sumpah. Tetapi apa yang ebrlaku sekarang ? DAP sedar bahawa PAS boleh dilembukan sebagai budak suruhan dan ini benar-benar berlaku.

 

Di Pulau Pinang, DAP langsung tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS. Satu-satunya YB PAS yang menang pun langsung TIDAK diberikan tempat sebagai EXCO Hal Ehwal Islam dan tugas itu diberikan kepada PKR !!! Itu pun PAS masih terhegeh-hegeh angkat KM Pulau Pinang setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz. Bodonyaaa !!!

 

Di Selangor lebih dasyat lagi berlaku. Dr. Hasan Ali ketika menjadi Exco dianggap sebagai sampah dan sering diboikot oleh rakan - rakan mereka dari DAP dan PKR. Botol-botol arak yang dirampas oleh JAIS diarahkan pulang kembali setelah campurtangan DAP. Isu murtad di DUMC membangkitkan kemarahan DAP & PKR kerana pendedahan dan campurtangan Dr. Hasan Ali. Akhirnya beliau disingkirkan oleh PAS sendiri, mungkin tekanan dari DAP & PKR.

 

Kembali kepada persoalan asal, adakah DAP akan redha dengan orang Melayu dan umat Islam ? Kerajaan campuran di Selangor telah membuat kejutan apabila pengganti Dr. Hasan Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri hanya diberi tanggungjawab sebagai budak suruhan jaga Adat Resam, Belia dan Sukan. Manakala Hal Ehwal Islam sehingga majoriti rakyat melabelkan PAS sebagai Parti Adat & Sukan.

 

Sebab itu kita sentiasa tanya kepada rakyat terutamanya orang Melayu yang begitu membenci kerajaan dan terus memberi sokongan kepada DAP & PKR, adakah golongan chauvinis DAP dan sosialis PKR benar-benar mahu berkongsi kuasa dengan PAS ?

 

Adakah kerajaan BN adalah ZALIM sangat dan menindas rakyat ? Sedangkan kemajuan dan kemakmuran hidup di Malaysia adalah hasil kuat pemimpin BN terdahulu bersama-sama rakyat.

 

Dan apakah sumbangan DAP & PKR selama ini kepada RAKYAT ?

 

Yang paling malang sekali apabila DAP & PKR mengangkat Buku Jingga sebagai kitab suci panduan hidup mereka melebihi apa yang diperintah oleh Allah dalam Al-Quran.

 

Takkan orang Melayu Islam tak sedar lagi ?

Monday, January 30, 2012

PEMUDA PAS PATUT SEDAR USAHA PKR & DAP MAHU SINGKIRKAN AZIZAN RAZAK

Nampaknya kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi tentang serangan bertubi-tubi keatas MB Kedah dari PKR & DAP mungkin wujud kesedaran mereka untuk mempertahankan pemimpin tinggi PAS selepas penyingkiran Dr. Hasan Ali tanpa ruang pembelaan.

Majoriti RAKYAT syak bahawa penyingkiran Hasan Ali memang ada kaitan dengan desakan PKR dan DAP yang secara terbuka menyerang bertubi-tubi. Modus Operandi yang sama dilihat digunakan dalam menyerang MB Azizan Razak.

Beberapa NGO tajaan PKR seperti SAMM dan SMM diperkudakan untuk menyerang Azizan Razak sehingga sanggup melabelkan Azizan Razak sebagai BEBAL dan SOMBONG seolah2 Azizan Razak dibawah TAPAK KAKI PKR.

Terbaru Aziz Bari juga bertindak menyerang Azizan Razak secara terbuka sehingga melaungkan cadangan supaya MB PAS itu masuk BN. Ramai kalangan ahli PAS sendiri merasa terhina dgn kenyataan barua Anwar Ibrahim itu.

Pemimpin dan para penyokong PAS wajar menilai tindakan sosialis PKR dan chauvinis DAP yang selama ini memang mahu membunuh pengaruh PAS secara perlahan-perlahan dalam pakatan pemabngkang.

Jangan biarkan misi "DAP & PKR GANTI PAS" menjadi kenyataan.

Dr M: Anwar a Jewish sympathiser -TMI-

Dr Mahathir is vocal is his support for the Palestinians. — File pic

Tun Dr Mahathir Mohamad today accused arch rival Datuk Seri Anwar Ibrahim of being a Jewish sympathiser and a leader who disregarded the plight of the Palestinians.

"He (Anwar) never mentioned about the plight of the Palestinians... his sympathy is towards the struggles of the Jews," Dr Mahathir told reporters here after attending a function.

The former prime minister was responding to Anwar's recent interview with the Wall Street Journal, in which the latter expressed support for "all efforts to protect the security of the state of Israel."

But the opposition leader has since clarified his remarks by saying he was referring to a "two-state solution", and that his support was also contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Today, Dr Mahathir claimed that his former protégé had close ties with many US elected representatives who were Jews, and that he was their "friend."

"Anwar is not confused, he is close to Israel. When he got out of prison in 2004, he met with (Paul) Wolfowitz in Munich, Germany, for three hours," claimed Dr Mahathir.

Wolfowitz, a former US Secretary of Defense and World Bank president, is of Jewish descent.

Anwar came under heavy fire from Umno and its media after his statement was published by the Wall Street Journal on Thursday.

The opposition leader was forced to defend himself by stressing that his remarks in the newspaper meant that he supported a two-state solution, which he said was mentioned by Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman when the latter addressed the United Nations general assembly in September last year.

But Anifah responded by saying Anwar's interview "clearly shows full support for all actions taken by Israel to protect its security, unless he is accusing the Wall Street Journal of making a mistake."

Muslim-majority Malaysia is a staunch supporter of Palestine and has no diplomatic ties with Israel.

Muslim politicians have long vied for support from Malays by denouncing what they say are inhumane acts of aggression by Israel towards its neighbour.

Anwar has previously been attacked as a supporter of the Zionist movement due to his interaction with prominent Jewish figures in the West.

But the opposition leader turned the tables on Umno and Barisan Nasional in 2010 when he claimed public relations firm APCO Worldwide, then contracted by Putrajaya, was responsible for both the 1 Malaysia and 1 Israel campaigns. -TMI-

SOKONG ISRAEL: ANWAR IBRAHIM BUKTIKAN DIRINYA PEMBOHONG DAN LIDAH BERCABANG

Ini Ketua Umum PKR, jawatan yang diwujudkan untuk Anwar Ibrahim terus berkuasa tanpa bertanding sudah banyak kali BERBOHONG dan PUTAR BELIT.

 

Dalam isu sokongan terhadap Israel, tak dak siapa FITNAH dia. Dia sendiri keluar kenyataan dalam The Wall Street Journal. Skang nak PUTAR BELIT cakap Utusan yang fitnah dia la. Pastu cakap Pemuda UMNO fitnah dia la.
 
Kenapa Anwar Ibrahim TIDAK NAFIKAN berita yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal ? Pegi la saman Fitnah TWJ ?

 

Anwar Ibrahim memang pemimpin talam dua muka, kaki putar belit dan pembohong !!!

 

Adakah manusia ini LAYAK menjadi Perdana Menteri dan pemimpin rakyat Malaysia ???

Kenapa tidak dakwa The Wall Street Journal silap? ANWAR IBRAHIM SOKONG ISRAEL !

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.

 

Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

 

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.

 

"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.

 

Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

 

"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

 

"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya. –UTUSAN ONLINE-

Sunday, January 29, 2012

MELAYU CELUP DAP MABUK! KATA UMNO MUDARATKAN MELAYU.

Zairil Khir Johari yang langsung TIADA DNA MELAYU dan DNA Allayarham TS Khir Johari nampaknya cuba nak bermain api ka?

Kita nak tanya DAP, berapa ramai orang Melayu sudah berjaya hari ini atas dasar-dasar kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional?

Dan kita nak tahu apa pula sumbangan DAP kepada orang Melayu selain dari caci maki DAP ketika 13 MAY ?

RAKYAT Malaysia telah merasai sikap RASIS dan CHAUVINIS DAP. Kami akan terus pertahankan bumi Malaysia dari DAP dan sekutu mereka !

DAP GANTI PAS !!!

Tun Mahathir: Banyak perkara mendukacitakan berlaku di negeri pembangkang

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.
    
"Mereka sudahpun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.  
    
"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di Bangkok.
    
Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.
    
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon BN yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.
    
Beliau berkata anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.
    
Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.
    
"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.
    
"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya.- Bernama

Saturday, January 28, 2012

Buku Jingga BUKAN Al-Quran - Azizan Razak



Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar)menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu. –TMI-

 h

Anwar Ibrahim DAH GILA: Jamin akan Lindungi Keselamatan ISRAEL



AIDCNews – 27/10/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.
Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.
Lapor portal itu lagi, walaupun Ketua Umum PKR itu menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwarjuga berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.
“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya.

BODOH dr RANI OSMAN. BN hanya UMNO yang LAYAK JAGA HAL ISLAM. TAK KAN NAK BAGI MCA/MIC/GERAKAN

Memang bahasanya kasar tetapi kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor yang GAGAL dan TIDAK LAYAK jd EXCO menunjukkan kebodohan dan kebebalan dengan membandingkan MB UMNO yang jaga Hal Ehwal ISLAM dengan apa yang berlaku di Selangor.

Meh sini blogger picisan macam saya jawab kenyataan BODOH dan memalukan Dr. RANI. Punya la kuat Dr. Rani Osman nak membodek dan menjilat TS Khalid Ibrahim dan PKR.

Ambil contoh, di N9 hanya UMNO yang LAYAK pegang Hal ISLAM sebab rakan-rakan kompenen seperti MCA dan MIC TAK BOLEH pegang. Takkan itu pon TAK FAHAM.

Sama juga dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang dikuasai BN.

Tapi di Selangor, memang PAS yang diberi tugas EXCO Hal Ehwal Islam melalui DR. Hasan Ali sebab PAS kononnya perjuangkan ISLAM. Tapi selepas Hasan Ali dipecat, RAKYAT nak tahu kenapa EXCO PAS tak jaga lagi Hal Ehwal ISLAM tetapi serahkab kepada PKR?

Mungkin sebab sosialis PKR pon tahu perjuangan ISLAM dalam PAS sekadar PLASTIK dan TIN KOSONG.

Nasib baik Dr. Rani Osman yang kononnya calon favourite jadi EXCO tidak terpilih. Mungkin PKR dan DAP Selangor pon tahu keBODOHan Dr. Rani Osman.

Memang benar la situasi di Selangor menggambarkan DAP dan PKR ganti PAS dan PAS kini lebih dikenali sebagai Parti Adat & Sukan !!!

Friday, January 27, 2012

MISI TAWAN SELANGOR: JANGAN IKUT WARLORD, IKUT PARTI - TheChulan

Orang berpengaruh dan peramal Politik buat ramalan UMNO/BN akan tawan Selagor dan beberapa negeri.

Andaian ini bukan kosong atau war war gebang macam Anwar.

Anwar buat war war dan kecoh akan tawan Putrajaya atas sebab tahu akan tewas dengan teruk hasil laporan dan risikan risikan negara jiran.

Itu sebab kena up-kan Bersih 3.0 supaya pre-empt yang konon kekalahan nanti atas sebab ada penipuan dan kepincangan.

Taktik yang sudah di guna kan oleh Yahudi sekian lama setelah orang Jerman bernama Goebbels menguna tipu helah kewartawanan dan penghebahan sebelum berlaku nya peristiwa Holocaust.

Berbalik kepada andaian di atas, memang UMNO mendapat sambutan rakyat sejak kebelakangan ini.

Rakyat seolah olah sedar yang UMNO parti bekerja dan parti yang tak janji "gunung dan bintang" tapi dapat deliver yakni melakaksana dan kota kan janji nya.

Dengan tercetus nya perang saudara di dalam PAs antara Hassan Ali yang Islam dan pemimpin PAs lain yang sekular , maka di kabar kan UMNO mendapat limpahan rahmat tanpa di minta dan di harap.

Pergeseran antara tokoh PAS ini mahu tak mahu merugi kan Pakatan dan bukan nya PAS sahaja.

Kalau dulu Pakatan mendapat limpah undi dari rakyat atas pagar dan tambahan Undi Protes orang UMNO kepada Pak Lah dan Khairy maka kini undi itu sudah kembali. "Vote returned".

Dijangkakan jumlah undi atas sebab Hassan Ali ini ada lah dalam lengkungan 15%. Majoriti nya dari atas pagar.

Orang PAS lain tetap tegar tak berganjak tetap dengan PAs waima Mak sendiri di jual pun.

Maka mari kita darab, 15% dari atas pagar, 15% dari orang UMNO yang lari time Pak lah dan Khairy, maka 30% in-hand , dalam gengaman.
Plus current vote. Ok Selangor UMNO punya.

Saya pernah tulis jika Hassan Ali nak masuk UMNO kena mintak maaf dari Tun M, wah ramai hentam saya kata saya gangu undi yang bakal Hasan ali bawak.

Ia lah orang conggak undi punya pemikiran lain tak sama dengan saya, walau saya kata nak masuk UMNO tak de masalah cuma minta maaf sahaja , salah ker?

Opss ada satu masalah. Lupa nak kabar kan.

Ni kes rimau rebut bukit. Warlords yang ada pengikut dan mahu nama di naik kan.

Bayangkan kalau rimau rebut bukit ni kena buang dari bukit.

Kita ambil contoh rimau kat Gombak misal nya.

Ada 2 bukit tapi ada 3 rimau.

Salah satu pasti kena tendang.
Kalau yang kena tendang tu merajuk dan ambil jalan balas dendam nak bukti kan calon yang di pilih selain dia tu tak "winable",maka jawap nya hancur lah jugak parti.

Tak guna lah jugak undi yang si Hassan Ali ni bawak.

Back to square one.

Dalam Selangor ni lah masalah nya. In fact kat mana mana jugak lah.

Kes Khir Toyo pun sampai ada orang kata sebab rimau rebut bukit. Cuma bukit nya besar sikit, ia itu negeri Selangor.

Maka rimau tertentu tak mahu Khir ada di luar , slow kan progress diri mahu naik ke atas.
Maka di anggap lagi elok Khir berada di"dalam" dari di luar.

Maka kes yang tak seberapa kes pun di ungkit kan . Tu yang nampak kelakar sikit kes Khir Toyo tu.
Macam kes di ada ada kan sahaja.

Apa pun ni lah contoh rimau rebut bukit ia itu perangai warlord dalam UMNO.
Masing masing ada pengaruh, masing masing tak sabar nak naik dan ada pulak yang tak mau undur.

UMNO bukan sahaja bakal lawan musuh yang memang musuh tapi "potential enemy" dari kalangan nya sendiri.

Pihak atasan UMNO kena cepat kasi mesej siapa bertanding siapa yang tidak.
Supaya kalau pihak paling tadah dan balas dendam ini ingin buat karenah "damage control" awal boleh di siap kan dan kerosakan minimal sahaja akan terjadi.
Ia lebih senang di tangani dari menghadapi "coleteral damage" .

Ini saat terbaik UMNO rampas kerusi Pakatan.

Pakatan tak sedar kemenangan nya dulu bukan sebab bagus, tapi sebab undi protes, tapi atas sebab "perasan" maka mula takabur.

Tapi akhir nya sedar undi akan lari semula , rakyat sudah pulang ke pangkuan parti yang selayak memerintah ia itu UMNO, maka itu sbb di ujud kan himpunan Bersih , supaya kalau kalah ada alasan untuk berdemo dan buat kacau.
War war kan kemenangan dan akan menang walau sedar akan kalah, supaya kalau kalah jadi macam tak eprcaya dan ada unsur penipuan.

Cuma badut PKR dan PAS malu malu nak jawap SPR mana yang menang kan Anwar , nik Aziz dan Haji Hadi, Azmin semua? SPR yang tipu ke?
SPR berbelang ker? sana menang kan Pakatan sini menang kan BN. Gitu ker?

Yang setahu rakyat , itu sahaja SPR yang ada dan yang ujud.

Akhir kata ayuh UMNO bangkit dan jangan leka.

Kemenangan dalam tangan usah berpcah.

Jangan ikut warlord, ikut parti.

PENULIS : The Chulan
Sumber : www.kelabchedet.com

Notakaki: Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai forumer portal Kelab Chedet. Sesiapa nak komen, sila ke forum www.kelabchedet.com - rockyKCD

AL-FATIHAH - BENDAHARI UMNO GOMBAK, SAUDARA RAMLI YEUP PULANG KE RAHMATULLAH

Berita yang mengejutkan warga Gombak terutamanya penduduk sekitar Hulu Kelang apabila saudara Ramli Yeup meninggal dunia sekitar jam 10 pagi semalam di Hospital Damai Taman Melawati akibat 'stroke'.

Saya juga terkejut menerima berita ini kerana baru sahaja bertemu beliau pada hari Rabu minggu lepas dalam program Sambutan Hari Raya Cina di Kuala Ampang.

Dari Allah kita datang. Kepada Allah kita kembali.

Saya percaya RAKYAT Gombak khususnya UMNO Gombak pimpinan Haji Rahim Kamarudin pasti merasai kehilangan beliau.

Al-FATIHAH kepada pemimpin masyarakat yang banyak membantu rakyat. Semoga segala kebaikan yang dilakukan di dunia akan menerima balasan Syurga nanti, hasil doa-doa dari umat Islam yang banyak beliau bantu.

Kita yang masih hidup di dunia WAJIB teruskan perjuangan saudara Ramli Yeup yang belum selesai.

Pas dijangka beri kerusi kepada calon Melayu DAP di kawasan majoriti pengundi Melayu

Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

 

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

 

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.

 

Beliau berkata, sebagai bukti meskipun pelbagai dasar telah diperkenalkan sebelum ini antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), nasib kaum lain masih tidak pernah dipinggirkan.

 

"Ini hakikat dan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Manfaat DEB bukan sahaja dinikmati oleh orang Melayu malah manfaatnya turut dirasai kaum-kaum lain,'' ujarnya.

 

Ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi orang Melayu jika DAP memerintah, beliau berkata, rakyat semestinya dapat membuat penilaian berhubung perkara tersebut.

 

"Dalam era keterbukaan ini saya yakin rakyat dapat membuat penilaian yang lebih adil iaitu pihak manakah yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,'' ujarnya. UTUSAN ONLINE

Thursday, January 26, 2012

JINGGA 13 LAPOR SPRM tanpa BUKTI untuk FITNAH ROSMAH

JINGGA 13, NGO tajaan PKR memang takde kerja lain selain dari memburukkan pimpinan negara dan keluarga mereka. Yang terbaru kumpulan NGO syok sendiri ini membuat laporan yang bersandarkan laporan Malaysiakini yang memetik cerita sensasi wartawan GAY Australia.

Kan bodoh dan sia-sia namanya. Kita nak tahu jugak, macam mana SPRM nak jalankan siasatan tanpa membawa bukti seperti resit pembelian. Lain kali nak buat laporan Polis atau SPRM, tengok la dulu mana sumber maklumat dan bahan bukti yang ada. Jangan hanya sekadar mengambil bahan berita dari sumber yang diragui.

Blogger PISAU dan Unit Media Baru (UMB) sudah dedahkan bahawa wartawan GAY telah disahkan wartawan yang paling teruk di Australia tetapi Jingga 13 sengaja mahu mencari publisiti murahan untuk memfitnah DS Rosmah.

Persoalan perlunya DS Rosmah perlu saman akhbar Australia, RAKYAT pon nak tanya bila Anwar Ibrahim nak saman Datuk Eskay? Takut nak saman sebab memang betul la Anwar Ibrahim yang berZINA dengan china doll dalam video seks itu? Jingga 13 boleh jawab tak?

Cukup la jangan memperbodohkan diri sendiri dengan membuat keje giler dan sia-sia semata-mata untuk memfitnah DS Rosmah demi keuntungan politik.

Patutnya Jingga 13 minta bukti dulu dari Malaysiakini sebelom buat laporan. Bukankah bodoh namanya tindakan Jingga 13?

JAHATnya AZMIN ALI! FITNAH HASAN ALI PARASIT

Sape tak kenal Azmin Ali sampai ada yang cakap dia sanggup gadai anak bini demi Anwar Ibrahim. Ntah apa dendam kesumat Azmin terhadap Hasan Ali sampai sanggup panggil bekas pemimpin PAS itu diLEMBUkan.

Manusia tak kenang budi mcm Azmin nie yang sebenarnya PARASIT. Tun Mahathir yang bantu dia sejak dia hidup susah sehingga hidup senang lenang pon dibalasnya dengan makian dan kata-kata kesat. Sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim dan kuasanya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Malah ramai kalangan reformis dan ahli PKR sendiri tidak puas hati dengan perangai buruk Azmin Ali. Masa pemilihan dulu, betapa banyaknya penipuan yang dilakukan oleh Azmin Ali dan konco-konconya sehingga beberapa orang kuat PKR seperti YB Gobala yang berjuang bersama PKR mati-matian pon tinggalkan parti.

FITNAH Azmin terhadap Hasan Ali menampakkan lagi kejahatan atau the Darkside of Azmin Ali. Jangan tertipu dengan kata-kata lemah lembut Azmin.

Tanya Azmin tentang kekayaan yang diperolehi sekarang hasil dari mana ? Brapa banyak pasir dirembatnya sejak Selangor jatuh ketangan PKR?

Yang bodoh dan makan asap adalah pencacai setia Azmin di Gombak. Sokong buta tuli.

Kalau nak bandingkan kebaikan Hasan Ali dengan Azmin Ali, jauh panggang dari api.

Yang malangnya, PAS Gombak rela diLEMBUkan oleh Azmin Ali manusia tak kenang budi !!!

TAHNIAH! MALAYSIA LAYAK ke FINAL di WEMBLEY. AirAsia dan MAS bila lagi ?

Pasukan Cardiff City yang dipengerusikan Datuk Chan Tian Ghee berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila pasukannya yang menyarung jersi terpampang nama MALAYSIA bakal beraksi di Final League Cup di STADIUM WEMBLEY menentang pasukan Liverpool.

Rupa-rupanya idea meletak nama Malaysia ini diilhamkan oleh Pemilik Berjaya group iaitu TS Vincent Tan demi mempromosikan nama MALAYSIA di mata dunia.

Yang aku duk heran, manusia bernama Anwar Ibrahim dan para pencacainya dok burukkan Malaysia kat luar negara.

Lagi satu, bila lagi pasukan tajaan AirAsia dan MAS nak berjaya? Terbaru depa dok PECAT jurulatih dan gantikan dgn lagenda bolasepak Manchester United, Mark Huges.

Jom sokong Cardiff City nanti. Oh ya! Pasukan Liverpool baru hilang tajaan ADIDAS akibat prestasi buruk. Buat apa nak sokong lagi ?

GUNA wartawan GAY FITNAH ROSMAH, TAKTIK TERDESAK PEMBANGKANG

Saya setuju dengan pandangan rakan blogger PISAU tentang persoalan moral yang timbul iaitu "Kenapa GAY dan HOMOSEKSUAL cukup rapat kaitannya dengan Pakatan Pembangkang?"

Bayangkan punya banyak puluhan ribu NGO di Filipina tetapi ProGAY Filipina, kumpulan yang menyokong kebebasan GAY dan HOMOSEKSUAL yang paling berpengaruh juga lah yang menyatakan kegembiraan secara terbuka apabila Anwar Ibrahim dibebaskan perbuatan LIWAT tempoh hari.

Membaca komen-komen di Malaysiakini membuat kita berfikir beberapa persoalan lain, antaranya:

Yang pertama, penerimaan penyokong pembangkang terhadap golongan GAY dan kegiatan HOMOSEKSUAL.

Yang kedua, mensensasikan cerita tabloid luar negara yang TIADA BUKTI JELAS dan membawa kepada FITNAH.

Yang ketiga, tahap kebencian politik melampau pembangkang yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

Yang keempat, tahap sekularisme penyokong PAS yang semakin menjauhi amalan hidup Islam dan semakin mendekati amalan hidup BEBAS dan SOSIALIS.

Dan yang pastinya! RAKYAT sudah mendengar dan melihat sendiri betapa TERDESAKNYA pembangkang membuat serangan berbentuk FITNAH terhadap DS Rosmah sedangkan beliau sendiri menafikan cerita karut wartawan GAY tidak punyai KREDIBILITI di negara sendiri.

RAKYAT percaya bahawa wartawan GAY itu sendiri merancang membuat cerita BOHONG dan FITNAH terhadap DS Rosmah untuk meraih populariti disamping membantu Anwar Ibrahim dan pembangkang menumbangkan parti pemerintah.

POLITIK FITNAH dan KOTOR amalan pembangkang WAJIB ditolak !!! Serangan FITNAH ini akan berterusan sehingga PRU 13.

DS Rosmah telah menafikannya. Apa lagi fitnah terhadap beliau lagi ?

"Undi Anwar tempah Bilik Neraka". PAS is now burning away - ENGLISH EDITION

This is not slander. This is the fact that PAS is quite apparent in their official media HARAKAH. This statement is made as a warning to PAS once. But PAS is still violating the specified warning.

 

Let us see what happens? Nik Aziz is getting senile to defend Anwar Ibrahim. Of PAS who had been the main pillar of the opposition side are now just 'Melukut di tepi gantang'. While everyone knows the strength of the most powerful engine of PAS are committed members of their party.

 

Dr. Hasan Ali tried to warn the PAS and the leadership of Anwar Ibrahim. But what happened? He dismissed immediately without the space justice. This is a communist-style autocratic action by the leadership of PAS. The question is for what reason? The reason is infallible standard of Anwar Ibrahim Mahdi? And because Nik Aziz is infallible standard of the Prophet?

 

Anyone who criticized Anwar Ibrahim will be considered enemies of Islam. Anyone who criticized Anwar Ibrahim is considered contempt of PAS leader Nik Aziz's good. This is exactly what has happened. This is the true story of the PEOPLE need to know. The stories that have damaged the unity of Muslims in Malaysia

 

Anwar Ibrahim is not infallible. He is a LIAR. I am not talk or TURMOIL. Please ask his close friends. How many have been cheated Anwar Ibrahim on 16 September to Putrajaya promises that his own counsel, who is also Chairman of the DAP to apply for Anwar Ibrahim REPENTANCE!

 

Raja Petra Kamarudin (RPK) owner of the Malaysia-Today is breeding information, the opposition also confirmed that Anwar Ibrahim is a LIAR. Cheating PEOPLE that he did not know that Datuk  Eskay who publish Anwar's sex video out, but RPK himself confirmed that Anwar Ibrahim introduced Datuk Eskay to him. RPK himself bears witness to the FRAUD AND LIES of ANWAR IBRAHIM.

 

Now we are seeing PAS lick their own spit (Jilat Ludah Sendiri). The warning 'UNDI ANWAR YEMPA BILIK NERAKA "which has ignored really make PAS EAT THEMSELVES. PAS is increasingly weak and not able to be a major force in the opposition. This is an embarrassing when PAS is one of the earliest established parties against the DAP and PKR

 

Until when PAS members and leaders want to continue to believe Anwar Ibrahim, who strongly supported by Nik Aziz? PAS should stop support for Anwar Ibrahim and a return to Islamic struggle

 

 

RockyKCD - Hehe I use Google Translator to translate the previous article in the English edition. Got nothing better to do atm :)

Wednesday, January 25, 2012

UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NERAKA kini makan diri PAS

Ini bukan fitnah. Ini adalah kenyataan PAS yang terpampang jelas di lidah rasmi mereka iatu HARAKAH satu ketika dahulu. Kenyataan ini dibuat sebagai amaran kepada PAS suatu ketika dahulu. Tetapi PAS tetap langgar amaran yang telah ditetapkan.

 
Cuba kita lihat apa yang berlaku ? Nik Aziz semakin nyanyuk membela Anwar Ibrahim. Kekuatan PAS yang pernah menjadi tonggak utama pakatan pembangkang kini sekadar melukut ditepi gantang. Sedangkan semua orang tahu kekuatan jentera PAS yang paling hebat dari segi komitmen ahli parti mereka.
 
Dr. Hasan Ali cuba peringatkan kepada PAS dan pimpinannya tentang Anwar Ibrahim. tetapi apa yang berlaku? Beliau dipecat serta merta tanpa wujudnya ruang keadilan. Satu tindakan autokratik ala komunis oleh pimpinan PAS. Sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim itu maksum taraf Imam Mahdi ?. Sebab Nik Aziz itu maksum taraf Nabi ?
 
Sesiapa sahaja yang kritik Anwar Ibrahim akan dianggap musuh Islam. Sesiapa yang menegur Anwar Ibrahim dianggap menghina pemimpin suci PAS iaitu Nik Aziz. Ini lah perkara sebenar yang berlaku. Ini lah kisah benar yang RAKYAT perlu tahu.
 
Anwar Ibrahim bukan maksum. Dia adalah PENIPU. Bukan saya cakap atau FITNAH. Tanya sama rakan-rakan rapatnya. Berapa ramai yang sudah ditipu Anwar Ibrahim tentang janji 16 September ke Putrajaya sehinggakan peguambelanya sendiri yang juga Pengerusi DAP menuntut Anwar Ibrahim BERTAUBAT !!!
 
Raja Petra Kamarudin (RPK) pemilik portal Malaysia-Today yang menjadi sarang maklumat pembangkang juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah PENIPU. Menipu RAKYAT bahawa dia tidak kenal Datuk Eskay yang keluarkan video seksnya tetapi RPK sendiri sahkan Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Datuk Eskay kepada beliau. Nah! RPK sendiri menjadi saksi kepada PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM.
 
Sekarang sudah lihat PAS menjilat ludah mereka sendiri. Peringatan 'UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NEREKA' yang tidak diendahkan sudah MAKAN DIRI kepada PAS.
 
Sampai bila ahli dan pimpinan PAS mahu terus percayakan Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh Nik Aziz?

PAS: Parti Adat & Sukan, hanya LAYAK kutip sampah selepas ceramah DAP & PKR

Mahu berguling saya tergelak apabila ramai kalangan RAKYAT sudah menggelarkan PAS sebagai Parti Adat & Sukan selepas isu perlantikan EXCO Kerajaan negeri Selangor YB Dr. Yunus Hairi yang dilantik hanya menjaga Adat Resam, Belia dan Sukan. Sedangkan mantan Exco yang digantinya iaitu YB Dr. Hasan Ali memegang portfolio penting seperti Hal Ehwal Islam dan Infrastuktur Awam.

 

Isu ini menjadi tamparan hebat kepada PAS yang kononnya parti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang tetapi TIDAK LAYAK memegang portfolio Hal-Ehwal Islam di Pualau Pinang dan Selangor.

 

Sebagai Parti Adat & Sukan yang baru, PAS dijangka memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang. Unit Amal PAS yang terkenal dengan disiplinnya dan terdiri dri kalangan belia mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh DAP dan PKR.

 

Mungkin  Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik ini bakal memperkenalkan beberapa sukan yang popular dalam PAS seperti acara MENJAGA LALULINTAS  sebelum ceramah, KUTIP DUIT semasa ceramah dan KUTIP SAMPAH selepas ceramah DAP & PKR. Semua ini dianggap acara sukan terpenting dalam PAS untuk sihat tubuh badan.

 

Ini tugas penting YB Dr. Yunus Hairi kerana ceramah-ceramah anjuran pakatan pembangkang memang banyak. Sebab itu dia diberi tanggungjawab besar menjaga Belia dan Sukan di Selangor kerana Hal Ehwal Islam bukan lagi agenda perjuangan PAS. Ianya kini dipikul oleh PKR dan DAP.

 

Antara acara sukan lain yang boleh diperkenalkan ialah acara maki-hamun individu dan berkumpulan, nyanyian berkumpulan Muslimah PAS ikut rentak gospel gereja tertutup dan terbuka dan yang pasti mendapat sambutan ramai ialah acara baring atas jalan raya bersama lembu.

 

Benar la kata Khalid Samad. Langkah PKR mengambil alih Hal Ehwal Islam dari PAS adalah bijak. Sebab sudah lama PAS SESAT dengan pelbagai fatwa mengarut seperti Undi PAS masuk Syurga, PAS berkawan dengan SYaitan, Tuhan itu Samseng dan Mencarut. Dan ini semua telah merosakkan akidah ahli PAS.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada PKR yang sudah mengganti PAS dalam Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi adakah umat Islam Malaysia mahu ini terus berlaku ?

 

Padah jika pihak sosialis kuasai perjuangan Islam. Budaya homoseksual pon akan menjadi HALAL nanti !!!

Chauvinis DAP terus menyerang UMNO & DS @NAJIBRAZAK

Tony Pua sememangnya pemimpin muda DAP yang mendapat perhatian tetapi malangnya dia bukan dalam kartel LIM. Dia akan ambil kesempatan keatas apa-apa isu yang boleh menyerang pemimpin UMNO bagi melindungi parti chauvinis DAP yang RASIS.

Tetapi RAKYAT sedar sapa sebenarnya DAP dan apa matlamat perjuangan mereka. Malah ramai kalangan ahli PAS yang saya temui tahu perancangan licik DAP dalam politilk bersama Pakatan Pembangkang.

DAP tidak akan senang dengan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. DAP tidak akan redha dengan pemerintah orang Islam dan mahukan kerajaan Malaysia menjadi sebuah republik seperti Singapura.

Ini RAKYAT tahu dan sedar tetapi kenapa masih ada mereka yang menjadi si KITOL dan taat setia menyokong DAP?

Ini bukan persoalan UMNO atau DS Najib Razak lagi. Perancangan DAP melampaui imaginasi penyokong PAS yang merasakan bahawa DAP boleh dijadikan kawan.

Serangan demi serangan DAP kepada UMNO dan pemimpinnya terutamanya dalam isu MELAYU dan ISLAM sedikit sebanyak melemahkan kekuatan Islam itu sendiri.

Renung kembali kisah pegawai JAIS dipaksa menyusun kembali tin minuman BEER selepas rampasan dibuat ke kedai 7E atas arahan EXCO DAP.

PAS sepatutnya menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Pembangkang lebih banyak tunduk kepada DAP dan sosialis PKR. Pemimpin PAS yang tidak tunduk kepada DAP & PKR seperti Hasan Ali dan MB Azizan Razak teruk diserang sehinggakan hilang jawatan dan dimalukan.

Bangkitlah dari lamunan dan politik kebencian. Bukan semua perkara dlm UMNO dan kerajaan betul dan bukan semua perkaranya SALAH.

Cuma yang BENAR adalah perjuangan DAP yang RASIS dan mahu jatuhkan MELAYU & ISLAM di Malaysia !!!

Tuesday, January 24, 2012

Khalid Samad kata tindakan PKR jaga ISLAM di Selangor sebagai BIJAK? Mabuk ka?

MP Shah Alam yang bertanding atas tiket PAS ini sebenarnya tiada beza samada dia MP PKR atau DAP disebabkan pendirian dan pendekatannya langsung tidak mencerminkan parti yang diwakilinya.

Dari isu kalimah Allah sehingga kepada isu Murtad DUMC, Khalid Samad sentiasa menonglah arus dan duduk bersama sosialis PKR dan DAP.

Yang terbaru, Khalid Samad merendahkan keupayaan EXCO kerajaan negeri Selangor yang dilantik Dr. Yunus sebagai 'tidak bersedia' atau mentah atau baru setahun jagung untuk menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor. Tambahan pula, sikap Khalid Samad ini terus memperlekehkan PAS yang tidak mampu memperjuang dan mempertahankan Islam di Selangor.

RAKYAT harus sedar bahawa PAS tidak berguna lagi. DAP sudah ada calon Melayu. PKR sudah kuasai peranan PAS sebagai EXCO Hal Ehwal Islam. MB PAS Kedah diserang hebat oleh PKR dengan gelaran BEBAL dan SOMBONG.

Apa tunggu lagi? Ramai pemimpin PAS sudah lupa diri. Al-Quran bukan lagi pegangan dalam perjuangan PAS. Sebaliknya Buku Jingga sudah menjadi kitab PAS dalam menentukan perjuangan parti.

DAP & PKR sudah ganti PAS !!!

BAUCHAR BUKU 1MALAYSIA: JOM KE MPH tawarkan diskaun tambahan.

Nampaknya setiap Kedai Buku MPH penuh dengan adik-adik pelajar IPTA/IPTS yang sibuk membeli buku rujukan selepas kerajaan BN menunaikan janji Bauchar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan pemberian bernilai RM200.

Walaupun diperlekehkan oleh pakatan pembangkang, ramai kalangan ibu bapa dilihat bersyukur dengan BB1M. Sedikit sebanyak dapat la mengurangkan beban mereka.

Jika masih ada BB1M, jangan lupa singgah di mana-mana cawangan MPH Bookstore berhampiran kerana ada tawaran diskaun tambahan. Hehe apa dia? Dengan setiap pembelian RM100 guna BB1M bagi RM5 voucher PERCUMA. Makna nya kalau pakai abes RM200 BB1M, dapat ler RM10 voucher PERCUMA. Kan itu kira pembelian bijak.

Jadi kepada adik-adik dan ibubapa, JOM ke MPH !!! Sokong perniagaan orang Melayu !!!

SELEPAS HASAN ALI, KINI PKR MENYERANG AZIZAN RAZAK sebagai BEBAL & SOMBONG

Politik licik sosialis PKR dalam usaha mengurangkan pengaruh nampak jelas. Setiap polisi pakatan pembangkang WAJIB ikut kehendak Anwar Ibrahim dan PKR. Oleh sebab itu, Al-Quran dan Hadis bukan lagi sumber Ilmu petunjuk kepada perjuangan PAS tetapi Buku Jingga!

Lebih malang lagi, negeri Kedah yang dikuasai majoriti PAS ini diserang hebat hanya kerana KUIN dibawah kerajaan negeri menguatkuasa undang-undang yang sedia ada.

Bagi sosialis PKR, semuanya mahu dilakukan atas nama Kebebasan termasuk pemimpin Agung mereka mahu melupuskan undang-undang LIWAT yang dianggap LAPOK.

Kenapa ini berlaku? Jawapan nya mudah kerana sosialis PKR mahukan para homoseksual diberikan kebebasan sebagai hak asasi manusia.

Bagi RAKYAT, satu sahaja mesej kepada sosialis PKR, "KEPALA OTAK KAMU wahai penyokong kaum Nabi Luth!!!"

Berbalik kepada AUKU, bagi sosialis PKR, Mahasiswa TIDAK PERLU undang-undang. Mahasiswa boleh lakukan apa saja yang mereka mahukan TERMASUK amalan homoseksual. Sedangkan AUKU bukan sekadar yang berkaitan himpunan haram tetapi garis panduan kepada melahirkan Mahasiswa yang BERDISPLIN.

Sosialis PKR kali ini menggunakan NGO yang kononnya BEBAS tetapi ditaja oleh mereka untuk menghentam Menteri Besar Kedah dengan melabelkan YAB dengan sikap BEBAL dan SOMBONG.

RAKYAT sentiasa berdiri teguh atas dasar kebenaran dan keadilan. Bukan sekadar kebebasan dan hak asasi manusia yang TIDAK berasaskan nilai-nilai hidup yang diperintahkan oleh Islam dan ajaran agama lain.

Malangnya ini tidak diendahkan oleh sosialis PKR melalui NGO tajaan mereka yang berpaksikan kepada Agama baru mereka iaitu KEBEBASAN INDIVIDU. Ini lah agama baru puak sosialis ini yang akan merosakkan umat Islam khusunya dan rakyat Malaysia amnya JIKA mereka diberi peluang memerintah.

RAKYAT perlu sedar bahaya perjuangan puak sosialis ini. Penyokong PAS harus sedar POLITIK JAHAT puak sosialis PKR. Bagi puak sosialis ini, ISLAM adalah penghalang utama kepada perjuangan mereka. Sebab itu juga, agama PLURALISME disebarkan walaupun bertentangan dengan perintah Allah dalam Al-Quran!

Bangkitlah ! Bangkitlah RAKYAT MALAYSIA !!! Bangkitlah ! Bangkitlah umat Islam!!! Puak Sosialis sedang membawa rakyat ke jalan yang SESAT !!!

Monday, January 23, 2012

Tolak Politik Fitnah! FITNAH dan RASIS WAJIB DITOLAK

Seperti pentas opera, pemimpin NGO tajaan Anwar Ibrahim dan PKR telah menghidu peluang untuk mewujudkan ketegangan kaum. HINDRAP yang terkenal sebagai puak pelampau di Malaysia dengan tuduhan dan FITNAH terhadap UMNO dilembukan.

Skrip sudah dibuat dan pelakon sudah ada. Cuma tempat dan waktu yang diperlukan.

Jalan Kebun dilihat sesuai kerana ianya sebuah perkampungan Melayu. Disitu skrip menghina dan memaki hamun orang Melayu akan dipentas. Para pelakonnya tidak lain tidak bukan ialah puak pelampau HINDRAP.

Dan apabila pentas mahu bermula, pelbagai hasutan dijalankan seolah-olah UMNO telah menindas kaum India di Malaysia.

Sekumpulan orang Melayu terasa dicabar kerana ada puak pelampau yang mahu bangkitkan ucapan perkauman. Malangnya, kumpulan orang Melayu ini sebenarnya sudah masuk kedalam perangkap yang memang dipasang oleh NGO yang kononnya BEBAS tetapi dibiayai dan dianggotai oleh ahli PKR.

Dan apabila tercetusnya sedikit perselisihan akibat dari propaganda berbaur perkauman dari puak pelampau dan NGO tajaan PKR, terus pembangkang menunding jari dan menabur fitnah bahawa 'INI KERJA UMNO' UMNO kene bertanggungjawab"

Rakyat mahu bertanya, adakah tuduhan dan FITNAH yang dilemparkan kepada UMNO ini seolah-olah kamu penguasa undang-undang yang tentu segala-galanya?

Adakah kamu ingat ini negeri MAK BAPAK kamu punya sesuka hati MAK BAPAK kamu tuduh pihak lain bertanggungjawab?

Ini lah politik kotor sosialis PKR! FITNAH dibuat sebagai jalan meraih kuasa dan harta dunia yang dijanjikan!

Apa jasa puak pelampau dan NGO tajaan Anwar Ibrahim kepada RAKYAT dan NEGARA selain dari menabur FITNAH?

RAKYAT akan hukum mereka dalam PRU 13 dan politik FITNAH WAJIB DITOLAK!!!

Nasrudin Tantawi TABUR FITNAH terhadap DS ROSMAH di PAGI RAYA CINA

Apa keje PAS sekarang setelah parti kononnya perjuangankan Islam langsung tidak mendapat tempat oleh DAP dan PKR untuk menjaga Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang dan Selangor?

Nampaknya PAS lebih cenderung sebagai jentera melancarkan FITNAH terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Semalam telah didedahkan bagaimana Muslimah PAS bertindak menabur FITNAH tentang kaum India tidak selamat dikawasan UMNO seolah-olah UMNO zalim sejak merdeka, hari ini Dewan Pemuda PAS pula memulakan hari pertama tahun Naga dengan menabur FITNAH kepada DS Rosmah.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Tantawi dlm kenyataan twitternya pagi ini mengungkit 'Tabung Cincin' yang tidak pernah wujud pun dengan niat untuk orang ramai mempercayai kewujudannya dengan terus memFITNAH DS Rosmah berbelanja boros HANYA bersandarkan laporan akhbar di Australia.

Sedangkan sebelom ini, akhbar Australia bertindak memohon maaf kepada DS Rosmah kerana salah lapor berkaitan beliau dan anaknya berbelanja besar. Isu itu juga dimainkan oleh pembangkang dengan tujuan mahu mewujudkan persepsi buruk kepada keluarga PM DS Najib Tun Razak walaupon laporan akhbar itu TIDAK BENAR.

Cukup lah wahai PAS. Hentikan permainan politik KOTOR dan FITNAH. Rakan sebantal kamu dari DAP dan PKR sendiri TIDAK mempercayai peranan kamu dalam Hal Ehwal Islam. Dan kamu fikir RAKYAT mahu percaya tohmahan dan FITNAH JAHAT kamu ka ?

Yang pelik, segala FITNAH ini hadir dari pimpinan Tertinggi sayap Muslimah dan Pemuda. Mungkin PAS mahu buktikan kepada DAP dan PKR bahawa PAS juga mampu menjadi JUARA FITNAH!

PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan ISLAM. PAS adalah Parti Adat & Sukan. Takbir !!!

Sunday, January 22, 2012

FITNAH Dr. Mariah Mahmud terhadap UMNO MELAMPAU dan RASIS

Muslimat PAS yang terjerit-jerit menyanyi lagu rentak gospel gereja ketika menyambut Anwar Ibrahim di Mahkamah tempohari kini mencetuskan kontraversi baru apabila pemimpin mereka DR. Mariah Mahmud membuat FITNAH berbaur perkauman terhadap UMNO.

Ahli Parlimen Kota Raja dalam twitternya dengan niat jahat menyatakan orang India tidak selamat di Malaysia seolah-olah UMNO berlaku zalim terhadap kaum India di Malaysia.

Ini lah pemikiran sekular dan kurang ajar Muslimat PAS yang tidak pakai otak bila mengeluarkan FITNAH?

Kita nak tanya Dr. Mariah, berapa ribu org India DIBUNUH oleh UMNO sehingga dia kata org India tak selamat di kawasan UMNO?

Ini kenyataan HASUTAN dan berbaur PERKAUMAN !!! Sangat berbahaya kepada keharmonian kaum yang dipupuk sejak merdeka.

KeSUNDALAN kata-kata Dr.Mariah tidak mencerminkan dia seorang penganut ajaran Islam. Dilihat lebih kepada ajaran Nik Aziz yang sanggup berkawan dengan SYAITAN untuk tumbangkan UMNO.

Ini adalah provokasi jahat ala YAHUDI yang dirancang dan dilakukan oleh Dr. Mariah Mahmud terhadap UMNO.

Kaum India kene tolak politik KOTOR dan JAHAT PAS.

Oh ya! Terlupa kita yang PKR dan DAP ganti PAS dalm soal ISLAM.