Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 30, 2012

PEMUDA PAS PATUT SEDAR USAHA PKR & DAP MAHU SINGKIRKAN AZIZAN RAZAK

Nampaknya kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi tentang serangan bertubi-tubi keatas MB Kedah dari PKR & DAP mungkin wujud kesedaran mereka untuk mempertahankan pemimpin tinggi PAS selepas penyingkiran Dr. Hasan Ali tanpa ruang pembelaan.

Majoriti RAKYAT syak bahawa penyingkiran Hasan Ali memang ada kaitan dengan desakan PKR dan DAP yang secara terbuka menyerang bertubi-tubi. Modus Operandi yang sama dilihat digunakan dalam menyerang MB Azizan Razak.

Beberapa NGO tajaan PKR seperti SAMM dan SMM diperkudakan untuk menyerang Azizan Razak sehingga sanggup melabelkan Azizan Razak sebagai BEBAL dan SOMBONG seolah2 Azizan Razak dibawah TAPAK KAKI PKR.

Terbaru Aziz Bari juga bertindak menyerang Azizan Razak secara terbuka sehingga melaungkan cadangan supaya MB PAS itu masuk BN. Ramai kalangan ahli PAS sendiri merasa terhina dgn kenyataan barua Anwar Ibrahim itu.

Pemimpin dan para penyokong PAS wajar menilai tindakan sosialis PKR dan chauvinis DAP yang selama ini memang mahu membunuh pengaruh PAS secara perlahan-perlahan dalam pakatan pemabngkang.

Jangan biarkan misi "DAP & PKR GANTI PAS" menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment