Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 27, 2012

Pas dijangka beri kerusi kepada calon Melayu DAP di kawasan majoriti pengundi Melayu

Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

 

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

 

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.

 

Beliau berkata, sebagai bukti meskipun pelbagai dasar telah diperkenalkan sebelum ini antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), nasib kaum lain masih tidak pernah dipinggirkan.

 

"Ini hakikat dan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Manfaat DEB bukan sahaja dinikmati oleh orang Melayu malah manfaatnya turut dirasai kaum-kaum lain,'' ujarnya.

 

Ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi orang Melayu jika DAP memerintah, beliau berkata, rakyat semestinya dapat membuat penilaian berhubung perkara tersebut.

 

"Dalam era keterbukaan ini saya yakin rakyat dapat membuat penilaian yang lebih adil iaitu pihak manakah yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,'' ujarnya. UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment