Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 24, 2012

SELEPAS HASAN ALI, KINI PKR MENYERANG AZIZAN RAZAK sebagai BEBAL & SOMBONG

Politik licik sosialis PKR dalam usaha mengurangkan pengaruh nampak jelas. Setiap polisi pakatan pembangkang WAJIB ikut kehendak Anwar Ibrahim dan PKR. Oleh sebab itu, Al-Quran dan Hadis bukan lagi sumber Ilmu petunjuk kepada perjuangan PAS tetapi Buku Jingga!

Lebih malang lagi, negeri Kedah yang dikuasai majoriti PAS ini diserang hebat hanya kerana KUIN dibawah kerajaan negeri menguatkuasa undang-undang yang sedia ada.

Bagi sosialis PKR, semuanya mahu dilakukan atas nama Kebebasan termasuk pemimpin Agung mereka mahu melupuskan undang-undang LIWAT yang dianggap LAPOK.

Kenapa ini berlaku? Jawapan nya mudah kerana sosialis PKR mahukan para homoseksual diberikan kebebasan sebagai hak asasi manusia.

Bagi RAKYAT, satu sahaja mesej kepada sosialis PKR, "KEPALA OTAK KAMU wahai penyokong kaum Nabi Luth!!!"

Berbalik kepada AUKU, bagi sosialis PKR, Mahasiswa TIDAK PERLU undang-undang. Mahasiswa boleh lakukan apa saja yang mereka mahukan TERMASUK amalan homoseksual. Sedangkan AUKU bukan sekadar yang berkaitan himpunan haram tetapi garis panduan kepada melahirkan Mahasiswa yang BERDISPLIN.

Sosialis PKR kali ini menggunakan NGO yang kononnya BEBAS tetapi ditaja oleh mereka untuk menghentam Menteri Besar Kedah dengan melabelkan YAB dengan sikap BEBAL dan SOMBONG.

RAKYAT sentiasa berdiri teguh atas dasar kebenaran dan keadilan. Bukan sekadar kebebasan dan hak asasi manusia yang TIDAK berasaskan nilai-nilai hidup yang diperintahkan oleh Islam dan ajaran agama lain.

Malangnya ini tidak diendahkan oleh sosialis PKR melalui NGO tajaan mereka yang berpaksikan kepada Agama baru mereka iaitu KEBEBASAN INDIVIDU. Ini lah agama baru puak sosialis ini yang akan merosakkan umat Islam khusunya dan rakyat Malaysia amnya JIKA mereka diberi peluang memerintah.

RAKYAT perlu sedar bahaya perjuangan puak sosialis ini. Penyokong PAS harus sedar POLITIK JAHAT puak sosialis PKR. Bagi puak sosialis ini, ISLAM adalah penghalang utama kepada perjuangan mereka. Sebab itu juga, agama PLURALISME disebarkan walaupun bertentangan dengan perintah Allah dalam Al-Quran!

Bangkitlah ! Bangkitlah RAKYAT MALAYSIA !!! Bangkitlah ! Bangkitlah umat Islam!!! Puak Sosialis sedang membawa rakyat ke jalan yang SESAT !!!

2 comments:

  1. hebatnye PKR ni....sbenarnye bukan PKR yg hebat mana pon...cuma PAS yg bodoh, dalam Pakatan Rakyat X ubah spt belaci PKR n DAP

    ReplyDelete
  2. Pas sudahle bodoh bahkan diperbodohkan pula jadi bertambah bodoh la..tapi yang herannya dia nak gunakan kebodohannya itu untuk memperbodohkan orang lain pula yang bodoh juga, jadi terhasillah penyokong bodoh yang sanggup memperbodohkan diri untuk melakukan kerja bodoh. Tapi dia tak mengaku dia bodoh tapi menuduh puak lain pulak yang bodoh.

    ReplyDelete