Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, January 25, 2012

PAS: Parti Adat & Sukan, hanya LAYAK kutip sampah selepas ceramah DAP & PKR

Mahu berguling saya tergelak apabila ramai kalangan RAKYAT sudah menggelarkan PAS sebagai Parti Adat & Sukan selepas isu perlantikan EXCO Kerajaan negeri Selangor YB Dr. Yunus Hairi yang dilantik hanya menjaga Adat Resam, Belia dan Sukan. Sedangkan mantan Exco yang digantinya iaitu YB Dr. Hasan Ali memegang portfolio penting seperti Hal Ehwal Islam dan Infrastuktur Awam.

 

Isu ini menjadi tamparan hebat kepada PAS yang kononnya parti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang tetapi TIDAK LAYAK memegang portfolio Hal-Ehwal Islam di Pualau Pinang dan Selangor.

 

Sebagai Parti Adat & Sukan yang baru, PAS dijangka memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang. Unit Amal PAS yang terkenal dengan disiplinnya dan terdiri dri kalangan belia mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh DAP dan PKR.

 

Mungkin  Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilantik ini bakal memperkenalkan beberapa sukan yang popular dalam PAS seperti acara MENJAGA LALULINTAS  sebelum ceramah, KUTIP DUIT semasa ceramah dan KUTIP SAMPAH selepas ceramah DAP & PKR. Semua ini dianggap acara sukan terpenting dalam PAS untuk sihat tubuh badan.

 

Ini tugas penting YB Dr. Yunus Hairi kerana ceramah-ceramah anjuran pakatan pembangkang memang banyak. Sebab itu dia diberi tanggungjawab besar menjaga Belia dan Sukan di Selangor kerana Hal Ehwal Islam bukan lagi agenda perjuangan PAS. Ianya kini dipikul oleh PKR dan DAP.

 

Antara acara sukan lain yang boleh diperkenalkan ialah acara maki-hamun individu dan berkumpulan, nyanyian berkumpulan Muslimah PAS ikut rentak gospel gereja tertutup dan terbuka dan yang pasti mendapat sambutan ramai ialah acara baring atas jalan raya bersama lembu.

 

Benar la kata Khalid Samad. Langkah PKR mengambil alih Hal Ehwal Islam dari PAS adalah bijak. Sebab sudah lama PAS SESAT dengan pelbagai fatwa mengarut seperti Undi PAS masuk Syurga, PAS berkawan dengan SYaitan, Tuhan itu Samseng dan Mencarut. Dan ini semua telah merosakkan akidah ahli PAS.

 

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada PKR yang sudah mengganti PAS dalam Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi adakah umat Islam Malaysia mahu ini terus berlaku ?

 

Padah jika pihak sosialis kuasai perjuangan Islam. Budaya homoseksual pon akan menjadi HALAL nanti !!!

No comments:

Post a Comment