Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 24, 2012

BAUCHAR BUKU 1MALAYSIA: JOM KE MPH tawarkan diskaun tambahan.

Nampaknya setiap Kedai Buku MPH penuh dengan adik-adik pelajar IPTA/IPTS yang sibuk membeli buku rujukan selepas kerajaan BN menunaikan janji Bauchar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan pemberian bernilai RM200.

Walaupun diperlekehkan oleh pakatan pembangkang, ramai kalangan ibu bapa dilihat bersyukur dengan BB1M. Sedikit sebanyak dapat la mengurangkan beban mereka.

Jika masih ada BB1M, jangan lupa singgah di mana-mana cawangan MPH Bookstore berhampiran kerana ada tawaran diskaun tambahan. Hehe apa dia? Dengan setiap pembelian RM100 guna BB1M bagi RM5 voucher PERCUMA. Makna nya kalau pakai abes RM200 BB1M, dapat ler RM10 voucher PERCUMA. Kan itu kira pembelian bijak.

Jadi kepada adik-adik dan ibubapa, JOM ke MPH !!! Sokong perniagaan orang Melayu !!!

No comments:

Post a Comment