Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 31, 2011

biaDAP !!! 9 kepala babi di Masjid

Ini perbuatan melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak sensitif langsung.

Kita tahu juga apa motif sebenar? 9 kepala babi di kawasan umat Islam dan pintu masuk Masjid adalah sesuatu yang hina.

Ini lah akibatnya apabila politik kebencian merasuk hati manusia. Pihak berkuasa wajib menyiasat dan mencegah dari perkara ini berulang.

Kepada mereka yang bertanggungjawab, hehehe jgn cuba bermain api. Takut terbakar diri !!!

Friday, December 30, 2011

Aspirasi Anjur Jelajah Aman Kampus Bukti Mahasiswa Aset Penting Negara

Mahasiswa adalah aset negara yang terpenting. Golongan ini juga memiliki peranan yang besar dalam mencorak masa depan agama, bangsa dan tanahair yang kita cintai ini yakni Malaysia, ujar Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).

 

Justeru itulah, pihak kerajaan senantiasa mengambil perhatian yang serius mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kemahasiswaan terutamanya berkenaan hal ehwal kebajikan mahasiswa agar mereka ini dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan kondusif dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

 

Sehubungan dengan itu, Aspirasi akan menganjurkan JELAJAH AMAN KAMPUS dengan kerjasama beberapa buah NGO dan Universiti yang bersandarkan kepada empat asas utama iaitu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di setiap kampus senantiasa dipelihara agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecermerlangan sahsiah diri dan akademik mahasiswa dapat direalisasikan.

 

"Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menyuntik semangat partriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik Negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

 

Ia juga diharap dapat ditenterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Negara melalui kutipan tandatangan mahasiswa dan warga kampus kelak," ujarnya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, sebentar tadi.

 

Tambahnya, usaha sebegini sangat penting dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan Negara yang memiliki keintelektual yang tinggi, semangat cintakan Negara yang menebal dalam diri mereka dan mampu menjadi penyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan Negara. Oleh yang demikian, peranan ini tidak hanya dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui peranan mereka tersendiri dalam menjayakan usaha ini

 

"Antaranya, mahasiswa itu sendiri haruslah mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa, keluarga, masyarakat dan Negara. Sudah pasti, tugas utama mereka adalah memperolehi keputusan akademik yang sangat cemerlang dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.

 

Dalam pada itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya masyarakat terutamanya mereka yang berada didalam atau sekitar mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan sebuah pesekitaran taman ilmu berjaya diwujudkan dalam ekosistem kemahasiswaan itu sendiri," ujarnya lagi.

 

Di samping itu, terdapat juga pemesongan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemerintah samaada diruang siber, didalam dan diluar kampus oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk merosakkan kepimpinan Negara dimasa hadapan.

 

Pelbagai strategi doktrinasi digunakan untuk mempengaruhi gaya pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerapkali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti menganggu waktu dan tumpuan mahasiswa mengikuti pengajian di kampus.

 

"Akibatnya, mereka hanya mampu memperolehi keputusan akademik setakat cukup makan sahaja dan apa yang menyedihkan lagi, ada juga yang terpaksa menambah tahun pengajian atau gagal dalam peperiksaan. Bagaimana harapan ibubapa mereka? Adakah ini erti sebuah perjuangan? Sehingga menyebabkan kesedihan dan kesusahan kepada ibubapa yang sentiasa mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pengajian," tambahnya.

Zahid wants to discuss defence issues with Opposition

KUALA LUMPUR: Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has invited Opposition leaders to meet and discuss defence issues. This, he said, was to ensure that the public would not have negative perceptions on matters related to national defence.

 

"Opposition leaders should provide proof before making accusations. What gave them the impression that the price of our Littoral Combat Ships (LCS) has increased?" he asked.

 

He was referring to allegations by PJ Utara MP Tony Pua that the ships' price has increased several fold since Boustead Naval Shipyard (BNS) was awarded a contract to build six LCS.

 

Zahid said the Opposition should not make assumptions because the LCS project had not been officially awarded to BNS, a company owned by the Malaysian Armed Forces Fund Board.

 

He said the shipyard was given a letter of intent by the ministry to build six LCS but this was different from a letter of offer, adding that the high price was because it would be built in Malaysia.

 

"The price includes value-added offset programmes, transfer of technology. It does not include the price of sub-systems for each LCS," he said after opening the Islamic Dakwah Foundation Malaysia Carnival at Dataran Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman yesterday. Bernama

 

 

 

RockyKCD – Apa lagi yang Tony Pua mahukan selain terus menabur fitnah dan menyebarkan cerita bohong kepada rakyat. Sudah beberapa kali Menteri Pertahanan menjemput beliau dan ahli Parlimen Pembangkang membuat perbincangan tertutup termasuk mempelawa Tony Pua naik kapal Selam 3 hari 3 malam.

 

Apa agenda Tony Pua yang terus mempersoalkan isu keselamatan Negara ?

Thursday, December 29, 2011

Dr. MAZA bidas Ostad PKR Badrol Amin

Ketaksuban Ostad PKR Dr. Badrol Amin yang angkat Anwar Ibrahim seperti Imam Mahdi mendapat perhatian bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) dlm entri Twitternya.

Tetapi malangnya, muncul pencacai upahan PKR yang cuba mengalihkan isu juga dibidas oleh Dr. MAZA.

Ini lah perangai sebenar sosialis PKR yang mudah menjual agama Islam demi survival politik. Ini adalah SESAT dan MENYESATKAN !!!

Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi ? Oh! Please lah!!

Kontrak untuk isteri: Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman

Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

 

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.

 

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

 

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

 

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

 

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

 

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

 

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

 

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

 

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

 

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

 

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya

 

RockyKCD – Karier politik Nga Kor Ming semakin merundum setelah pendedahan salahguna kuasa oleh beliau untuk dapatkan projek untuk bini sendiri pada harga yang jauh lebih mahal.

 

Inikah ketelusan yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ? Rakyat sudah buka mata.

Kelab Chedet: Rasional disebalik AUKU



AUKU sebenarnya digubal ketika zaman Tun Husain Onn lagi, namun Tun Dr Mahathir sekali lagi telah memindanya bagi memastikan wang pelaburan kerajaan yang menanggung biasiswa para pelajar kita terutama pelajar Melayu tidak dipersia-siakan.

Semua majikan yang menyediakan biasiswa kepada mana-mana pelajar sudah tentu mahu pelajar mereka itu berjaya dengan cermerlang. Jika tidak, sudah tentu biasiswa itu akan ditarik balik. Begitu juga dengan kerajaan. Kerajaan mengeluarkan wang beratus juta ringgit semata-mata mahu melihat anak-anak Melayu kita mampu berjaya dalam pelajaran, sudah tentu kerajaan juga tidak mahu mereka mengabaikan pelajaran dengan membenarkan mereka menyertai demostrasi haram seperti mana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim

Sebab itu kerajaan buat undang-undang menghadkan para pelajar kita daripada terlibat dengan politik kerana mahu mereka menumpukan kepada pelajaran mereka. Kerajaan mahu melihat lebih ramai anak-anak Melayu berjaya dalam pelajaran supaya kerajaan boleh memberi mereka tempat dan jawatan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya dalam kerajaan.

Tapi malangnya, nama saja mereka itu pelajar universiti tetapi otak mereka masih letak dikaki, sebab itu senang sangat mereka terhasut dengan agenda pembangkang terutama DAP yang mahu melihat lebih ramai anak Melayu jadi bodoh dan pengangur.

Bila dah jadi pengangur besok maka senanglah mereka menyokong pembangkang kerana kerajaan dikatakan tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Yang pastinya anak-anak Cina juga yang akan berjaya besok, dan anak-anak Melayu pula akan terus menjadi kuli kepada mereka kerana gagal dalam pelajaran mereka.

Itu lah sebab kenapa DAP menyokong sangat agenda Anwar Ibrahim ini kerana mereka tahu yang Anwar Ibrahim sanggup membiarkan anak-anak Melayu jadi bodoh hanya untuk mendapat sokongan politik kepada mereka. Anwar mahu anak-anak Melayu terus makan taik orang Cina sebab tu dia suka melihat anak-anak Melayu jadi bodoh dan suka berdemostrasi macam dia dulu.


Penulis : Nordin, Exco Kelab Chedet
Sumber dan perbincangan lanjut di portal Kelab Chedet

UMNO Gombak raikan Pelajar Cemerlang SRJK (T) Batu Caves

Tuduhan pakatan pembangkang bahawa UMNO adalah sebuah parti RASIS dan perkauman ternyata hanya fitnah semata-mata. Sejak merdeka dengan pembentukan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, keharmonian antara kaum di Malaysia menjadi keutaman pimpinan negara bagi memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Tradisi bersama rakyat berbilang kaum dengan fenomena '1Malaysia' yang diamalkan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang setiap tahun meraikan sambutan Deepavali di Batu Caves diteruskan oleh UMNO bahagian Gombak.

Bertempat di Plaza UMNO Jalan Batu Caves pada 27 Disember 2011, pelajar-pelajar SRJK Tamil Batu Caves yang cemerlang dalam UPSR tahun ini bersama PIBG diraikan oleh UMNO bahagian Gombak.

Setiap pelajar yang mendapat 7A menerima saguhati RM100, 6A saguhati RM70 dan 5A saguhati RM50.

Penghargaan para pelajar cemerlang disampaikan oleh Ketua UMNO bahagian Gombak, Haji Rahim Kamarudin. Dalam majlis yang sama, Haji Rahim turut menyampaikan sumbangan RM3000 kepada PIBG SRJK Tamil Batu Caves.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda MIC Batu Caves Saudara Gobi bersama-sama rakan-rakan MIC, AJK PIBG dan ibubapa.

Wednesday, December 28, 2011

Ostad PKR cakap Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi

Makin lama makin biol puak sosialis PKR termasuk golongan agama yang bersama mereka. Kot ye pun terdesak nak backing Anwar Ibrahim, takkan la sampai sanggup menyamakan Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi. Rosak Ajaran Islam dek penangan ilmuan Islam seperti Ostad Dr. Badrol Amin yang berkiblatkan PKR.

 

Dalam banyak kisah, Imam Mahdi muncul sebagai penyelamat umat manusia, tapi ini Imam Anwar Ibrahim pula gunakan umat manusia untuk selamatkan dirinya sendiri.

Eksklusif ! PKR Gombak makin LUMPUH, AMK Hulu Kelang sertai UMNO

Semalam dapat saya bersembang dgn bro Jeff, kepala AMK Taman Permata, kubu kuat Azmin Ali selama ini.  Dia juga yang membawa keluar 500 ahli AMK Hulu Kelang masuk UMNO Sabtu lalu (25 Disember 2011) .

 

Banyak perkara yang dibongkar. Dasyat juga rekod peribadinya, 2 kali masuk ISA dan 16 kali masuk penjara demi Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Bergolak gadai demi perjuangan yang sia-sia selama 13 tahun.

 

So soalan cepu emas kepada beliau "Kenapa keluar PKR dan masuk UMNO?" jawapan beliau ringkas, "Selalu ditipu pemimpin PKR terutamanya AZMIN ALI !!!" wow … panas tu. Kata beliau lagi, orang-orang kesayangan Azmin Ali sahaja yang hidup senang lenang bila PKR berkuasa di Selangor !!!

 

Dan apa yang menarik nya apabila bro jeff kata keperibadian dan sikap terbuka Ketua UMNO bahagian Gombak. Haji Rahim Kamarudin untuk menerima beliau dan ratusan anak muda menyebabkan beliau mahu bersama UMNO dan menebuskan kembali kesilapan lalu.

 

Yang pasti kata beliau, PKR dah makin LUMPUH di Gombak. Azmin Ali tengah cari tempat Selamat untuk bertanding dalam PRU 13 nanti. Tapi dimana ya ?

 

Tunggu pendedahan seterusnya. Bro Jeff dah janji mahu kasi temubual eksklusif. Habis la Azmin Ali :)

 

 

500 Anggota AMK Hulu Kelang Sertai UMNO

 

KUALA LUMPUR: 500 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

 

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

 

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

 

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun...dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara...tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

 

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai Umno kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

 

 

Tuesday, December 27, 2011

Dr Mahathir atasi krisis kewangan



Oleh Nor Mohamed Yakcop

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.

Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.

Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!

Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.

Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.

Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.

Laporan

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.

Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.

Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan 

Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.

Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.

Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.
Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.

Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.

Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.

Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.

Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

Saturday, December 24, 2011

LIVE ! UMNO XPLORACE - CP 1 - PWTC to MeMorial Tun Razak

Cukup meriah. Skang dalam LRT ke Bandaraya. Kecoh KL dibuatnya !!

LIVE: UMNO XPLORACE @ PWTC

Pagi ini media-media berkumpul menyertai UMNO XPLORACE di PWTC. Kelihatan Papa Rock Ramli disini bersama SUK UMNO Dato' Raouf. Peserta lebih kurang 120 orang dgn setiap kumpulan wajib dianggotai 3 laki dan 1 perempuan.

Hadiah lumayan RM20,000 utk kumpulan yang menang. Setiap kumpulan dijanjikan hadiah jika tamat perlumbaan.

Dapatkan lintas langsung nanti :)

Friday, December 23, 2011

Isu Dakwat Kekal : KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG PERKASA

Saya ingin mengulas kenyataan saya atas tajuk Perkasa Tolak Dakwat Kekal yang telah disiarkan baru-baru ini dalam laman web ini dan beberapa laman web berita lain yang mendapat reaksi negatif dari sesetengah pembaca. Namun tidak sedikit menyokong kenyataan saya itu. Apa pun saya perlu jelaskan kenyataan saya tersebut supaya semua pihak faham apa yang saya maksudkan.

 

Pertamanya ingin saya maklumkan bahawa kenyataan Perkasa berkaitan isu 'Dakwat Kekal' itu adalah pandangan saya secara peribadi. Kenyataan itu tidak mewakili Perkasa sama sekali.

 

Keduanya, apa yang saya ingin sampaikan dalam kenyataan saya itu adalah untuk pengetahuan pihak tertentu bahawa ramai di kalangan masyarakat Melayu yang tidak setuju akan penggunaan dakwat kekal dicalitkan pada jari pada PRU 13 nanti.

 

Sebagai Setiausaha Agung sebuah NGO yang sangat dikenali sekarang, saya sentiasa menjadi tempat orang-orang Melayu melepaskan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu negara. Bukan sedikit. Setiap hari ramai yang mengirim pandangan atau rasa marah terhadap pihak-pihak tertentu pada sesuatu isu melalui email, surat dan sms kepada saya.

 

Ianya termasuk juga isu dakwat kekal untuk PRU 13. Untuk isu ini terlalu banyak saya menerima maklum balas yang negatif sekali. Mereka ramai tidak menyokong. Isunya menjadi tanda tanya sama ada dakwat yang akan kekal untuk beberapa hari itu, ada masalah untuk mengerjakan solat dan lain-lain berkaitan mengerjakan ibadat atau tidak . Kata mereka walaupun diluluskan oleh badan Agama Islam sekalipun, mereka masih merasa was-was.

 

Biasanya orang Islam jika was-was dalam sesuatu perkara mereka tidak lakukan ataupun menolaknya. Ini yang menjadi kebimbangan saya. Saya bimbang jika mereka merasa was-was, mereka tidak akan keluar mengundi. Kenyataan saya tempoh hari saya tidak nyata pun menggesa ahli Perkasa dan orang Melayu jangan keluar mengundi. Saya memaksudkan bimbang mereka tidak keluar mengundi.

 

Dengan kurangnya pengundi Melayu keluar mengundi nanti, sudah pasti ada pihak yang mendapat kesan buruk dan ada pihak mendapat kesan cukup baik. Bila mengatakan ada pihak yang akan mendapat kesan buruk daripada kekurangan pengundi Melayu keluar mengundi, saya lihat inilah satu agenda sesetengah pihak akan mencapai objektifnya.

 

Apa yang saya nyatakan di atas adalah pandangan dari pelbagai pihak yang menolak penggunaan dakwat kekal pada PRU 13. Kita perlu juga mendengar pandangan mereka. Itu yang saya rasa perlu ketengahkan hal ini.

 

Untuk menghindar pengundi dari mengundi dua atau tiga kali ada banyak caranya. Mengapa penggunaan dakwat kekal dipilih. Yang menjadi persoalan saya, benarkah ada pengundi mengundi dua kali sebelum ini? Tuduhan ada pengundi melakukan dua kali kerap dikaitkan dengan parti memerintah. Apakah ia benar? Jika benar mengapa beberapa negeri jatuh ke pihak lain pada PRU12. Kalau benar, mengapa kerajaan yang ada tidak dapat mengekalkan lebih 2/3 kerusi di Parlimen?

 

Saya juga ingin menyentuh sindiran Mahfuz Naib Presiden PAS yang bertanya "ini fakwa siapa? Fatwa Perkasa" atas kenyataan saya itu. Kepada YB Mahfuz perlu ingat apa yang saya nyatakan bukan orang Melayu Perkasa atau UMNO, ia juga termasuk Melayu dalam PAS juga. Melayu dalam PAS orang Islam juga. Mereka pun pasti ada was-was dalam penggunaan dakwat kekal itu. Saya nyata kebimbangan saya termasuk Melayu dalam PAS juga. Kalau UMNO dan PAS hilang kuasa maknanya hilanglah kuasa Melayu. Perlu diingat mainan mereka. Boleh jadi ada calon bebas dari kalangan orang bukan Melayu diletakkan di kawasan Melayu UMNO dan Melayu PAS bertanding yang jumlah pengundi Melayu hanya 65%-70%. Bukan Melayu 30%-35%. Jika pengundi Melayu tidak keluar mengundi lebih 20% disebabkan dakwat kekal, tinggalah 45%-55% pengundi Melayu. Terbahagi dua pula pengundi Melayu tak sampai 30% tinggal. Pengundi bukan Melayu punya rekod keluar mengundi tinggi. Solid 35% kepada mereka, kawasan majoriti Melayu akan menjadi hak mereka. Kerusi di Parlimen mungkin mereka boleh kuasai lebih dari separuh. Maka hilanglah kuasa Melayu. Itu yang membimbangkan saya.

 

Kepada YB Mahfuz, cukup-cukuplah bermain politik. YB orang politik tak semua hal perlu di politikkan. Ingat juga kuasa Melayu, asyik syok berpolitik tak perasan pihak lain susun strategi merampas kuasa bangsa sendiri. Apa pun saya tak hairan dengan pemimpin PAS seperti Mahfuz ini. YB ni hanya pentingkan kerusinya saja. Hak dan kuasa Melayu kemudian kira. Kalau kuasa Melayu hilang tidak mengapa walau hanya tinggal satu kerusi untuk beliau. YB seperti sudah biasa menjadi barua dan pencacai.

 

Akhir sekali saya ambil kesempatan pada kenyataan peribadi saya ini untuk mengajak semua ahli Perkasa dan orang Melayu keluar mengundi pada PRU13 nanti bila mana pihak berkuasa Agama Islam mengesahkan bahawa dakwat kekal yang akan digunakan itu boleh dibawa solat dan lain-lain amal ibadat. Keluarlah tanpa ada rasa was-was dan pilihlah kerajaan yang benar-benar boleh menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Islam dan Raja-Raja Melayu.

 

Kemungkinan saya tidak keluar mengundi dalam kenyataan saya baru-baru ini, ia adalah hanya kemungkinan sahaja.

 

Sekian

 
Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung Perkasa.

Kenapa kita marah Adam Adli?

Dia nak bergambar separuh bogel sambil pegang anu, kita tak kisah. Dia nak bergambar sambil peluk manja pinggang Anwar Ibrahim, kita tak kisah.

Yang kita marah sebab dia masuk premis UMNO dan buat macam harta mak bapak dia. Tapi biasala bila hal ini dipolitikkan oleh PKR sampai Adam Adli jadi bodoh buat report polis sebab dapat surat hadir tatatertib.

Aku kalau orang mai umah, lepas tu sesuka hati alih barang, mau aku pijak aja. Lebih2 yang jenis macam Adam Adli yang suka buat kecoh.

TERKINI : Dr. Khir Toyo bersalah atas tuduhan RASUAH

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

 

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

 

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

 

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

 

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

 

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

 

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

 

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

 

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

 

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

 

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

 

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. - MKINI

Thursday, December 22, 2011

Zahid Hamidi : Krisis Dalaman Pas Satu Realiti, Jangan Cuba Babitkan UMNO



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wajar bagi Pas menuduh UMNO memperalatkan dua pemimpin parti pembangkang itu sebagai ejen UMNO berikutan kritikan terbuka mereka terhadap kepimpinan Pas sendiri.
Beliau berkata UMNO tidak pernah mencampuri urusan dalaman Pas dan ini terbukti apabila bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sendiri menyifatkan beberapa pihak dalam parti itu cepat melatah ekoran kenyataan beliau sebelum ini.
“Selain kenyataan Nasharudin, kritikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa Pas perlu kembali ke landasan perjuangan sebenar berdasarkan prinsip Islam, menunjukkan kelemahan di pihak parti itu sendiri,” katanya.
Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Nasharudin dan Hasan ketika ditemui pemberita selepas Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Sungai Besi di sini.
Katanya apa yang Nasarudin dan Hasan nyatakan adalah sesuatu yang sedang menjadi realiti dalam Pas sebab UMNO tidak pernah memperalat sesiapa di dalam hal-ehwal parti lain.
Semalam, Nasharudin dalam satu kenyataan mengatakan beberapa pihak dalam Pas cepat melatah ekoran menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan parti sebagai terperangkap dalam agenda UMNO - UMNO-ONLINE

Adam Adli : Apa erti BEBAS bila berpelukan dengan Anwar Ibrahim ?

Adam Adli sudah menjadi terkenal kerana tindakan beliau menurunkan bendera PM semasa demo sekumpulan mahasiswa yang menuntut penghapusan AUKU.

 

Apa yang menarik disini ialah pelajar UPSI ini mendakwa kononya sebagai pejuang keBEBASan akademik untuk mahasiswa tetapi realitinya adalah alat politik Anwar Ibrahim dan PKR untuk menghasut pelajar dan membuat kekacauan.

 

Dan ini wajib dihentikan segera supaya para pelajar terutamanya orang Melayu tidak masuk ke dalam perangkap politik kotor pembangkang.

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - CUEPACS

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

 

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

 

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

 

 

RockyKCD – Isu SBPA ini memang menjadi topic perbualan hangat dikalangan kakitangan kerajaan. Kebanyakan mereka mendakwa bahawa SBPA hanya untungkan pegawai atasan dan golongan pekerja bawahan tidak dapat menikmati kenaikan gaji yang baik. Ada yang memberitahu saya bahawa ada golongan pekerja awam yang hanya dapat naik gaji RM2.50 ke RM4.00 sahaja sedangkan jawatan JUSA menikmati kenaikan gaji ribu-ribuan.

 

Diharapkan kerajaan boleh kaji semula SBPA. Dan kenapa CUEPACS tak dipanggil JPA bila nak buat SBPA ?
 

Ustaz Nasha selar SUA PAS Mustafa Ali

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dengan menuduh tindakan beliau menyuarakan pandangan berbeza dari pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

 

Sambil menyifatkan tuduhan tersebut terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran serta langsung tidak berasas, Nasharuddin berkata, sepanjang pembabitannya dalam Pas, belum pernah beliau mengungkap kenyataan akan menyertai UMNO sebagaimana ditafsir oleh pihak-pihak tersebut.

 

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar. Saya tidak mempunyai niat sebesar zarah pun untuk menyertai UMNO.

 

"Dakwaan kononnya saya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas iaitu UMNO adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas. Malah, belum pernah saya ungkap mahu menyertai UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin yang mengkritik perjalanan sistem parti itu sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

 

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa parti tersebut tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Pas untuk menyertai UMNO, malah yakin perjuangan parti itu tetap teguh walaupun pemimpin berkenaan meninggalkan parti.

 

Dalam pada itu, Nasharuddin berharap, penjelasan beliau kali ini memadai untuk menghentikan segala tuduhan oleh pihak tertentu yang mempersoalkan kesetiaannya kepada Pas.

 

Menyentuh mengenai pelbagai tohmahan yang diterimanya, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia sebahagian daripada hakikat perjalanan hidup yang terpaksa diharungi oleh seorang pendakwah sepertinya, dalam usaha memartabatkan Islam.

 

"Saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan di pentas politik nasional pasti mengundang 1,001 macam cabaran dan dugaan. Saya akur sepenuhnya dengan jalan dakwah yang saya lalui ketika ini malah ia telah lebih awal disusuri oleh para nabi, sahabat dan ulama," katanya.