Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 22, 2011

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - CUEPACS

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

 

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

 

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

 

 

RockyKCD – Isu SBPA ini memang menjadi topic perbualan hangat dikalangan kakitangan kerajaan. Kebanyakan mereka mendakwa bahawa SBPA hanya untungkan pegawai atasan dan golongan pekerja bawahan tidak dapat menikmati kenaikan gaji yang baik. Ada yang memberitahu saya bahawa ada golongan pekerja awam yang hanya dapat naik gaji RM2.50 ke RM4.00 sahaja sedangkan jawatan JUSA menikmati kenaikan gaji ribu-ribuan.

 

Diharapkan kerajaan boleh kaji semula SBPA. Dan kenapa CUEPACS tak dipanggil JPA bila nak buat SBPA ?
 

No comments:

Post a Comment