Minda Hijrah Headline Animator

Friday, July 29, 2011

Zalim, Kejam, Yahudi - POLIS mangsa serangan politik JAHAT Pembangkang

Beginilah layanan pembangkang terhadap Polis. Langsung tidak menghargai kerja dan jasa Polis dan anggota keluarga mereka yang berkorban menjaga keamanan negara. 

Bila susah, pandai pula mereka buat laporan dan aduan kepada Polis. Tapi tuduhan dan maki hamun yang dihamburkan kepada Polis begitu teruk sekali.

Apa perasaan anggota keluarga mereka ? setiap kali anggota Polis keluar dari rumah utk bertugas, belum tentu diri mereka pulang bernyawa.

Ini lah perangai sebenar pembangkang dan penyokong mereka. Mungkin pembangkang lebih teruk dan jahanam apabila diberi kuasa kelak. 

Sebenarnya ini adalah Agenda YAHUDI pembangkang memburukkan anggota keselamatan negara.

Fikir-fikirkan lah ...

Balas dendam ? Setelah dia didapati bersalah kerana MENGGIGIT POLIS. Dia yang ganas dan kejam terhadap Polis.

Dah terbukti Mat Sabu berbohong apabila Polis mengeluarkan rakaman bahawa Land Rover Polis tidak melanggar beliau
Maki hamun terhadap Polis. Lebih kejam dari Yahudi dan Israel ?

Paling GILA, fitnah terhadap POLIS CUBA BUNUH ANWAR



 

Monday, July 25, 2011

Kini Ambiga persoal kewujudan Askar Wataniah

Inilah pemimpim pelampau yang memimpin gerakan bersama pembangkang utk mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Dan kini Ambiga mempersoalkan kewujudan Askar Wataniah di setiap Parlimen sedangkan ianya sangat penting untuk kedaulatan negara.

Kita mempersoalkan kenapa Ambiga begitu berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa jika bukan kerana mahu terus mencetuskan kekacauan di negara ini.

Dimanakah semangat PATRIOTIK Ambiga ? Kenapa perlu politikkan kewujudan Askar Wataniah ? Adakah sudah ada gerakan yang bekerjasama dengan orang asing yang mahu melancarkan perang terhadap DYMM Yang diPertuan Agong dan negara ?

Fikir-fikirkan lah .... oh ya ... Saya cadangkan Unit Amal PAS boleh menyertai Askar Wataniah supaya dapat kita bersama-sama mempertahankan negara dari anasir-anasir dalam dan luar negara.

Nota kaki - Maklumat tentang Askar Wataniah ada disini menurut wikipedia.

Friday, July 22, 2011

DAP - Anjing & Babi

Ramai kalangan rakan blogger menulis mengenai ulasan berita akhbar cina Nanyang Siang Pau pada 18 Julai tentang dakwaan DAP bahawa pada PRU 13 akan datang, jika letak calon ANJING pun tetap akan menang. Begitu juga kenyataan liar dilaman sosial terhadap Polis yang dihina sebagai ANJING kerajaan.

Penghinaan sedemikian rupa mengingatkan kita kepada awal pasca PRU 12 apabila DAP memanggang 5 ekor BABI sebagai simboliknya kemenangan 5 Negeri dan perkara besar yang dilakukan oleh kerajaan Selangor sebagai balasan kepada pengundi mereka ialah Projek Ternakan BABI bernilai RM100 juta.

Ironinya, BABI dan ANJING ini adalah binatang yang menurut ISLAM sebagai najis yang berat. Tanpa disedari, ini sebenarnya propaganda anti Islam dan anti Melayu yang dilaksanakan oleh DAP dan lebih malang lagi, ada segolongan orang Islam di pihak mereka yang sanggup bersama dan mengkafirkan golongan Islam yang tidak sehaluan dengan DAP.

Agak menarik juga, ada yang membuat analisa tentang maksud tersirat disebalik DAP sebagai Dogs And Pigs. 

Untuk mereka yang masih waras, jom kita menilai kembali sokongan perjuangan politik DAP, parti chauvinis cina yang sememangnya membenci Melayu dan Islam, dulu kini dan selamanya.




Tuesday, July 19, 2011

Barua Melayu DAP : DAP bukan untuk Cina sahaja

Seperti yang pernah DS Zahid Hamidi komen tentang kewujudan portal Roketkini, kini satu per satu barua Melayu memberi testimonial yang baik terhadap DAP.
 
Seorang barua dibawah ini siap cakap yang dia tak berminat dgn PAS dan UMNO. Mcm skrip drama Tamil, nama Lim Guan Eng diangkat sebagai pemimpin contoh.
 
Inilah contoh propaganda DAP yang mahu memikat hati orang Melayu supaya menjauhi parti2 politik berteraskan bangsa Melayu seperti UMNO dan DAP.
 
Awas ! Jangan terperangkap !
 
DAP bukan untuk orang Cina sahaja

14 July 2011

Saya Mat bin Awang lahir di Kuala Terengganu tetapi sudah menjadi orang Kuala Lumpur. Kampung saya di daerah Kuala Terengganu ramai penyokong PAS dan Umno. Saya terdedah dengan fahaman kedua-dua parti itu sejak awal lagi.

Tetapi saya tidak minat dengan kedua-duanya. Saya lebih minat DAP terutama Lim Guan Eng yang bagi saya berjuang tanpa mengira kaum. Dalam beberapa tahun lagi saya yakin DAP boleh menjadi parti nasional dan persepsi perkauman akan terhapus.

DAP bersama dengan parti-parti yang berjuang untuk rakyat perlu menerajui negara. DAP  boleh membawa kemajuan dan keadilan sebenar kepada rakyat. Pemimpinnya berjuang untuk rakyat.

Saya berharap orang Melayu tidak termakan dengan propaganda dan momokan bahawa DAP parti kaum Cina. Kita sudah moden jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah itu.

Mat Awang
Kuala Lumpur
13 JULAI 2011-07-14

Penjelasan SCORPENE tidak boleh menyelam

Pembangkang tidak ada kerja lain selain mahu membusuk nama kerajaan semata-mata kuasa politik yang mereka idamkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri, selagi itu pembangkang terus memburuk dan menghancurkan nama bangsa, agama dan negara.
 
Yang mahu diserangnya adalah ahli politik tetapi nama negara dan Kementerian Pertahanan menjadi BUSUK. Jasa Angkatan tentera dipersetankan.
 
Fikirkan lah jika spesis penipu pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim diangkat menjadi pemimpin kerajaan. Jangan menyesal di kemudian hari.
 
DAP anti Melayu !
 
 
 
1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.
 
2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.
3. Orangramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.
4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.
5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan "hear say".
6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.
MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM
7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.
8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan).
9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan).
10.Untuk maklumat para pembaca sekelian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut).
11.Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.
12.Perkataan "Tidak Boleh Menyelam" ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.
13.KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.
14.Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR.
15.Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna.
16.Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.
KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT
17.Saya benar berharap supaya pembaca saya terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.
18.Saya sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa.
19.Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja.
20.Dalam senario Malaysia, saya lihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura.
21.Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat saya dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat.
LANGKAH TLDM TEPAT
22.Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa.
23.Sekali lagi saya ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis.
24.Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu.
25.Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya.
26.Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.
27.Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.
28.Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.
29.Saya berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran.
30.Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita,MALAYSIA.

Sunday, July 17, 2011

Bersih & Pelacur - Cerita Imiginasi Songsang PAS & Hanipa Maidin.


Kalangan pemimpin Parti Islam  Semalaysia (PAS) semakin hebat membuat propaganda dalam ceramah-ceramah mereka sehingga sanggup mengeluarkan kisah-kisah sensasi bagi mengHALALkan sokongan mereka terhadap Ambiga dan demonstrasi haram Bersih.

Jika kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin PAS Kelantan dalam satu ceramah menceritaka kan kisah bohong bahawa Tun Mahathir dan cucunya menonton filem lucah. Propaganda menggunakan cerita bohong dan sensasi semakin sebati dalam PAS.

Terbaru, Hanipa Maidin peguam PAS menggunakan kisah bohong dan tidak ada kesahihannya dengan BANGGA mengistiharkan bahawa seorang pelacur mohon cuti utk hadiri Bersih.

Pembohongan dan cerita sensasi ini digunakan Hanipa Maidin mungkin utk terus mendapatkan sokongan terhadap Bersih dan ada yang membisikkan ke telinga saya bahawa Hanipa Maidin  mengambil kesempatan mahu 'rating' politik nya naik.

Hanipa Maidin kalau desperate sangat pun untuk popular, jangan la dibanggakan sangat kisah bohong dan imiginasi songsang kamu. Takkan PAS sanggup mengheret pelacur ke kancah politik kamu!

 Petikan Malaysiakini.
"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Monday, July 11, 2011

Patriot & Bukit Bintang - Sinar Pemuda UMNO pada 9 Julai 2011

Kumpulan Patriot yang  diwakili majoriti Pemuda UMNO Malaysia mengotakan kata untuk membuat perhimpunan dan berarak di Jalan Bukit Bintang disebalik larangan pihak Polis pada 9 Julai 2011. Maklumat tentang perhimpunan disalurkan melalui Tweeter dan Facebook oleh bekas ketua Wira Perkasa, Arman Azha dan Exco Pemuda, Lokman Noor Adam.


Perhimpunan dan perarakan di jalan Bukit Bintang mengakibatkan hampir kesemua kedai di sepanjang Jalan Bukit Bintang menuju ke persimpangan Pudu DITUTUP.

Juga menarik perhatian pelancong asing yang sempat mengambil baju Patriot sebagai kenangan






Yang paling mencuri tumpuan dan  perhatian ialah kehadiran Ketua Pemuda UMNO dan juga ahli Parlimen Rembau,  Khairy Jamaluddin dan pemimpin lain Azeez Rahim, Reezal Merican, Zaki Zahid, Ungku Salleh (KP Selangor), Megat Zulkornain (KP Gombak), Megat Firdaus dan ramai lagi



dan membentuk barisan hadapan ketika berarak menuju Stadium Merdeka. Keberanian Pemuda UMNO telah 'hilang' puluhan tahun.


Inilah barisan Polis dan FRU yang telah bersedia di Jalan Pudu untuk menghadapi kumpulan Patriot.




dan akhirnya pihak Polis dan FRU mengambil tindakan selepas kumpulan Patriot enggan bersurai


Selepas bertahan dari asakan dan sekatan pihak berkuasa dengan  beberapa pemimpin ditangkap termasuk Khairy Jamaluddin, Zaki Zahid, Megat Firdaus, Azeez Rahim dan puluhan Patriot juga ditangkap, akhirnya Patriot bersurai.




Biar apa kata pelbagai pihak, 9 Julai 2011 saya menyaksikan Pemuda UMNO diketuai Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan pemimpin-pemimpin Pemuda yang berani dengan suntikan pengalaman bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha serta para Pemuda yang 'berhati kering' membuatkan Jalan Bukit Bintang 'milik mereka'. Sesuatu yang sebenarnya telah lama hilang dalam Pemuda UMNO dan hanya mampu didengari dan dibaca dalam catatan sejarah.

Jumlah kehadiran Patriot mungkin terlalu kecil tetapi ianya adalah satu permulaan yang baik bagi Pemuda keluar dari zaman kegelapan dan zon selesa.

9 Julai 2011 saya menyaksikan 'Khairy Jamaludin & Geng' turun ke jalanraya di Bukti Bintang untuk menyampaikan mesej bahawa Pemuda UMNO Malaysia MAHU kembali kepada jalan yang pernah membawa kegemilangan mereka ketika era 70-80an di mana "keberanian menyatakan pendirian tidak kira sekatan undang2 selagi ianya untuk memeprtahankan Agama, Bangsa dan Negara".

Malah pada 10 Julai 2011 di Dewan Merdeka PWTC menyaksikan ramai kalangan penyokong menyatakaan sokongan kepada Ketua Pemuda UMNO ini dihadapan Perdana Menteri dan barisan kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan.


Ini pandangan saya yang berada di Jalan Bukit Bintang pada 9 Julai 2011.- Rocky-my Mohamad, 2.05 am 11 Julai 2011






Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0 : Iblis betina yg menjelma - Kang Nasir


Hebat sungguh Si iblis betina dunia moden,Dengan mudah dapat mempengaruhi hati jiwa org islam.
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".
(Al-Baqarah - ayat 169 )


Kpd Saudara2 ku yg gagah PERKASA.
Juga saudara2 ku yg PEMUDA UMNO.

Membina API amat mudah.
Dengan sampah saraf.
Dengan renjisan naik minyak,
Dengan tiupan angin adu domba,
Dengan melagakan batu dgn hati batu.
Dengan melagakan besi dgn tulang besi.
Dengan melagakan hati BATU & tulang BESI.
Dan sebaliknya.


Sebaiknya kita jauhi api.
Kerana Allah telah pun menciptakan mahkluk dari api.
Bagi tujuan ini..


Teringat kata2 rakan fb ustaz Nawawi Dahalan.
Untuk mencuci najis,
Bukan melemurkan dgn najis.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
( Al-Hujurat : ayat 10 )


kang.nasir@yahoo.com.
(28062011)

Friday, July 1, 2011

BERSIH 2.0 - Muslihat JAHAT di sebalik protes terhadap SPR


Kita memang mengetahui bahawa agenda Bersih bukan sekadar menyatakan ketidakpuasan hati terhadap SPR tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Perlantikan Ambiga yang terang dan jelas pendokong ISLAM MURTAD dan amalan Pluralisme sebagai Pengerusi Bersih adalah permulaan kepada agenda tidak baik dalam Bersih. Kenapa tidak dilantik kalangan ahli politik dari PAS seperti Khalid Samad atau Nasrudin Hassan kerana ahli PAS yang diwar-warkan  peserta demo yang paling ramai dikerahkan keluar ke jalan raya nanti?

Jika SPR yang menjadi sasaran, kenapa tidak dibuat demonstrasi jalanan di Pejabat SPR ? kenapa pilih jalanraya dan menyusahkan warga KL yang lain ?

Jika tujuan utama adalah utk menghantar memo kepada DYMM YDP Agong, kenapa perlu berarak ratusan ribu penyokong seolah-olah mahu melancarkan perang terhadap Baginda dan Kerajaan yang SAH dipilih melalui proses demokrasi ? Sedangkan pihak berkuasa telah memberi pilihan supaya perhimpunan boleh dianjurkan dalam stadium.

Jika Hak Berhimpun yang selalu mereka laungkan terutamanya 'Bastard' Majlis Peguam dan Profesor kangkung Aziz Bahri digunapakai, bagaimana dengan HAK pengguna jalanraya, HAK peniaga, HAK keselamtan pekerja di Kuala Lumpur pada 9 Julai? Hanya kerana HAK berhimpun digunapakai maka  Bersih dan pakatan pembangkang PERSETANKAN hak-hak orang lain.

Tiada siapa halang Bersih mahu berhimpun dan menghantar memo yang DYMM YDP Agong jika kena pada caranya. Tetapi cara dan gerak kerja mereka penuh muslihat hanya semata-mata mahu memiliki kuasa politik dan menjayakan agenda Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Terkini apabila penyokong Bersih mengangkat Chin Peng, Rashid Maidin sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN dan menghina mereka yang berkorban demi kemerdekaan seperti Tunku Abd Rahman sebagai barua BRITISH dengan kenyataan terbaru Setiausaha Parti Sosialis Malaysia,

Bersih sekadar kulit hadapan sahaja tetapi agenda licik disebalik nya cukup kotor dan jahat. Dan kita wajib menentang. Dan ini adalah JIHAD.