Minda Hijrah Headline Animator

Friday, July 1, 2011

BERSIH 2.0 - Muslihat JAHAT di sebalik protes terhadap SPR


Kita memang mengetahui bahawa agenda Bersih bukan sekadar menyatakan ketidakpuasan hati terhadap SPR tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Perlantikan Ambiga yang terang dan jelas pendokong ISLAM MURTAD dan amalan Pluralisme sebagai Pengerusi Bersih adalah permulaan kepada agenda tidak baik dalam Bersih. Kenapa tidak dilantik kalangan ahli politik dari PAS seperti Khalid Samad atau Nasrudin Hassan kerana ahli PAS yang diwar-warkan  peserta demo yang paling ramai dikerahkan keluar ke jalan raya nanti?

Jika SPR yang menjadi sasaran, kenapa tidak dibuat demonstrasi jalanan di Pejabat SPR ? kenapa pilih jalanraya dan menyusahkan warga KL yang lain ?

Jika tujuan utama adalah utk menghantar memo kepada DYMM YDP Agong, kenapa perlu berarak ratusan ribu penyokong seolah-olah mahu melancarkan perang terhadap Baginda dan Kerajaan yang SAH dipilih melalui proses demokrasi ? Sedangkan pihak berkuasa telah memberi pilihan supaya perhimpunan boleh dianjurkan dalam stadium.

Jika Hak Berhimpun yang selalu mereka laungkan terutamanya 'Bastard' Majlis Peguam dan Profesor kangkung Aziz Bahri digunapakai, bagaimana dengan HAK pengguna jalanraya, HAK peniaga, HAK keselamtan pekerja di Kuala Lumpur pada 9 Julai? Hanya kerana HAK berhimpun digunapakai maka  Bersih dan pakatan pembangkang PERSETANKAN hak-hak orang lain.

Tiada siapa halang Bersih mahu berhimpun dan menghantar memo yang DYMM YDP Agong jika kena pada caranya. Tetapi cara dan gerak kerja mereka penuh muslihat hanya semata-mata mahu memiliki kuasa politik dan menjayakan agenda Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Terkini apabila penyokong Bersih mengangkat Chin Peng, Rashid Maidin sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN dan menghina mereka yang berkorban demi kemerdekaan seperti Tunku Abd Rahman sebagai barua BRITISH dengan kenyataan terbaru Setiausaha Parti Sosialis Malaysia,

Bersih sekadar kulit hadapan sahaja tetapi agenda licik disebalik nya cukup kotor dan jahat. Dan kita wajib menentang. Dan ini adalah JIHAD.

1 comment:

  1. bangang tak leh diajar pandai takleh diikut..tapir boto lah budak2 pengotor ni hu hu

    ReplyDelete