Kalangan pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) semakin hebat membuat propaganda dalam ceramah-ceramah mereka sehingga sanggup mengeluarkan kisah-kisah sensasi bagi mengHALALkan sokongan mereka terhadap Ambiga dan demonstrasi haram Bersih.
Jika kita masih ingat bagaimana seorang pemimpin PAS Kelantan dalam satu ceramah menceritaka kan kisah bohong bahawa Tun Mahathir dan cucunya menonton filem lucah. Propaganda menggunakan cerita bohong dan sensasi semakin sebati dalam PAS.
Terbaru, Hanipa Maidin peguam PAS menggunakan kisah bohong dan tidak ada kesahihannya dengan BANGGA mengistiharkan bahawa seorang pelacur mohon cuti utk hadiri Bersih.
Pembohongan dan cerita sensasi ini digunakan Hanipa Maidin mungkin utk terus mendapatkan sokongan terhadap Bersih dan ada yang membisikkan ke telinga saya bahawa Hanipa Maidin mengambil kesempatan mahu 'rating' politik nya naik.
Hanipa Maidin kalau desperate sangat pun untuk popular, jangan la dibanggakan sangat kisah bohong dan imiginasi songsang kamu. Takkan PAS sanggup mengheret pelacur ke kancah politik kamu!
Petikan Malaysiakini.
"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.
"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.
"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

apa nk heran... tokeh pelacur tu kan shbt dorang gak... si DAP. molek benar la tu... nanti DAP pun leh supply pelacur utk hanipa plak.
ReplyDelete