Minda Hijrah Headline Animator

Monday, July 11, 2011

Patriot & Bukit Bintang - Sinar Pemuda UMNO pada 9 Julai 2011

Kumpulan Patriot yang  diwakili majoriti Pemuda UMNO Malaysia mengotakan kata untuk membuat perhimpunan dan berarak di Jalan Bukit Bintang disebalik larangan pihak Polis pada 9 Julai 2011. Maklumat tentang perhimpunan disalurkan melalui Tweeter dan Facebook oleh bekas ketua Wira Perkasa, Arman Azha dan Exco Pemuda, Lokman Noor Adam.


Perhimpunan dan perarakan di jalan Bukit Bintang mengakibatkan hampir kesemua kedai di sepanjang Jalan Bukit Bintang menuju ke persimpangan Pudu DITUTUP.

Juga menarik perhatian pelancong asing yang sempat mengambil baju Patriot sebagai kenangan






Yang paling mencuri tumpuan dan  perhatian ialah kehadiran Ketua Pemuda UMNO dan juga ahli Parlimen Rembau,  Khairy Jamaluddin dan pemimpin lain Azeez Rahim, Reezal Merican, Zaki Zahid, Ungku Salleh (KP Selangor), Megat Zulkornain (KP Gombak), Megat Firdaus dan ramai lagi



dan membentuk barisan hadapan ketika berarak menuju Stadium Merdeka. Keberanian Pemuda UMNO telah 'hilang' puluhan tahun.


Inilah barisan Polis dan FRU yang telah bersedia di Jalan Pudu untuk menghadapi kumpulan Patriot.




dan akhirnya pihak Polis dan FRU mengambil tindakan selepas kumpulan Patriot enggan bersurai


Selepas bertahan dari asakan dan sekatan pihak berkuasa dengan  beberapa pemimpin ditangkap termasuk Khairy Jamaluddin, Zaki Zahid, Megat Firdaus, Azeez Rahim dan puluhan Patriot juga ditangkap, akhirnya Patriot bersurai.




Biar apa kata pelbagai pihak, 9 Julai 2011 saya menyaksikan Pemuda UMNO diketuai Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan pemimpin-pemimpin Pemuda yang berani dengan suntikan pengalaman bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha serta para Pemuda yang 'berhati kering' membuatkan Jalan Bukit Bintang 'milik mereka'. Sesuatu yang sebenarnya telah lama hilang dalam Pemuda UMNO dan hanya mampu didengari dan dibaca dalam catatan sejarah.

Jumlah kehadiran Patriot mungkin terlalu kecil tetapi ianya adalah satu permulaan yang baik bagi Pemuda keluar dari zaman kegelapan dan zon selesa.

9 Julai 2011 saya menyaksikan 'Khairy Jamaludin & Geng' turun ke jalanraya di Bukti Bintang untuk menyampaikan mesej bahawa Pemuda UMNO Malaysia MAHU kembali kepada jalan yang pernah membawa kegemilangan mereka ketika era 70-80an di mana "keberanian menyatakan pendirian tidak kira sekatan undang2 selagi ianya untuk memeprtahankan Agama, Bangsa dan Negara".

Malah pada 10 Julai 2011 di Dewan Merdeka PWTC menyaksikan ramai kalangan penyokong menyatakaan sokongan kepada Ketua Pemuda UMNO ini dihadapan Perdana Menteri dan barisan kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan.


Ini pandangan saya yang berada di Jalan Bukit Bintang pada 9 Julai 2011.- Rocky-my Mohamad, 2.05 am 11 Julai 2011






6 comments:

  1. berapa jumlah pemuda dan adakah kj sebagai pemuda gagal meraih sokongan pemuda utk sama2 turun ber"patriot"? adakah sebahagian besar pemuda "cintakan keamanan"? dan adakah kj sebenarnya ditolak oleh sebahagian besar pemuda? YA, benar..ia adalah satu titik permulaan bagi menghidupkan semula "ROH" pemuda tetapi sejauh mana mereka mampu meraih sokongan secara total dan konklusif berbanding "bersih"? bagi saya, perjalanan beliau 'masih jauh'....

    ReplyDelete
  2. Saya kagum dengan keberanian pemuda UMNO,telah lama kita tidak melihat ini selepas zaman allahyarham dato harun idris,tapi bagi saya sekarang bukan lah zaman menunjukkan siapa yang lebih kuat,saya lebih suka jika kita gunakan akal yang di berikan Allah,kita harus berkumpul di satu tempat yng aman dan tunggu pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,jika keadaan memerlukan baru lah kita gempur semua pengkianat negara yang menyusahkan warga yang cintakan keamanan,

    ReplyDelete
  3. semua yang berhimpun tu bodoh2 belaka... aku pernah pangkah PAS, aku jugak pernah pangkah BN... semua sama je, jalan dpn rumah aku x berturap sejak 15 tahun dulu. Lampu jalan pun x de, kena suruh tnb pasang dan bayar bill sendiri... fikir2 la sendiri

    ReplyDelete
  4. Brapa kerugian yg dialami peniaga2 cina kt bkt bintang? Ada sapa2 buat temuduga tak? Kalau x byk rugi boleh lah jadikan bkt bintang sebagai venue utama utk setiap perarakan demonstrasi. Saya sokong penuh.

    ReplyDelete
  5. Pemuda umno ni mmg BANGANG! Ckp BERSIH 2.0 tu HARAM! Habih tu yg pertubuhan korang ngan perhimpunan korang ni HALAL ke!Sama 2X5 Berkumpul mcm segerombolan khinzir lapar. Umpama ibu ketam nk ajar anak brjalan lurus,die sindri jalan senget!Perumpamaan Pak Pandir Moden: ADA OTAK PANDAI,ADA AKAL PAKAI,ADA BIJAK GADAI,ADA TANGAN TADAH,ADA MARUAH CAMPAK!(Aku X pemuda bukit bintang zaman Dato Raub jd Ketua pemuda bahagian dulu)

    ReplyDelete
  6. Sape kate FRU pilih bulu?? Sape yg degil x dengar arahan waktu berkumpul dulu kami dapat kami balun.Tak kire dorang ni dr parti pembangkang ke atau org umno ke kami balun.Itu prinsip kami... Sedap jgk terajang org umno ni bukan senang nk dapat peluang mcmni x datang selalu..- KOPERAL FRU 4A Cheras-

    ReplyDelete