Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 28, 2010

Isa Samad : Dari Zero menjadi Hero



1. Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda menimbulkan reaksi berbeza dikalangan rakyat Malaysia. Kredibiliti beliau dipersoalkan oleh pembangkang malah ada kalangan penyokong kerajaan juga meragui perlantikan ini.

2. Untuk rekod, Tan Sri Isa Samad telah mengejutkan semua pihak apabila memenangi jawatan Naib PresidenUMNO pada pemilihan tahun 2005 sebelum semua jawatan parti dilucutkan dan penggantungan selama 6 tahun iaitu 2 penggal oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan politik wang. Semasa itu beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

3. Karier poltik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini dianggap berakhir tetapi dalam politik segalanya mungkin. Pada 2009, Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang menyaksikan UMNO dipaksa meletakkan beliau sebagai calon ADUN selepas siri kekalahan BN dalam beberapa PRK kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya, Tan Sri Isa Samad dicalonkan dan menang dengan majoriti yang besar di PRK Bagan Pinang.

4. Beberapa bulan selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN, khabar angin Laut China Selatan bertiup kencang bahawa ada perubahan pucuk pimpinan di Negeri Sembilan. Namun begitu, ianya berakhir apabila Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO negeri. Beliau banyak memberi sumbangan dalam program penerangan UMNO terutamanya apabila menghadapi beberapa siri PRK di Hulu Selangor dan Galas. Pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan kepetahan memberi ceremah merupakan aset terpenting dalam semua program penerangan yang beliau hadiri.

5. Kisah politik anak jati Negeri Sembilan yang penuh warna - warni ini diteruskan apabila desas desus perlantikan beliau sebagai Pengerusi Felda, sebuah agensi kerajaan yang paling berjaya dalam pembangunan ekonomi orang Melayu telah disahkan berkuatkuasa 1 Januari 2011.
6. Kepada rakyat Malaysia, berilah peluang kepada Tan Sri Isa Samad membuktikan keupayaannya menerajui Felda. Kepada Tan Sri Isa diucapkan 'Selamat Maju Jaya'. Teguran dan kritikan tetap diteruskan jika berlaku salah urus tadbir Felda.

Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia


Monday, December 27, 2010

TERKINI : Tan Sri Isa Samad diumumkan Pengerusi Felda.

Spekulasi perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda akhirnya terjawab apabila beliau disahkankan sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Januari 2011 melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Diharapkan Tan Sri Isa mampu membawa kejayaan kepada Felda.



Jasa Tan Sri Yusoff Noor juga wajar dikenang. Beliau telah banyak membawa perubahan dalam Felda terutamanya membawa Felda terkenal di peringkat antarabangsa dan mengharungi saat getir termasuk serangan dari pembangkang sehinggakan Felda diistiharkan BANGKRAP oleh pembangkang.

Berita pengesahan dipetik dari Utusan Online.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

27/12/2010 1:18pm

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.
Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.
Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. – Bernama

Sunday, December 26, 2010

TERKINI: MALAYSIA BOLEH ! Tahniah Pasukan Malaysia ! Menang 3-0 dengan Indonesia

Di Medan Selera Taman Melawati ,  kedua-dua penyokong pasukan Malaysia & Indonesia begitu bersemangat menonton siaran langsung perlawanan akhir pertama Piala AFF SUZUKI yang dipaparkan oleh hampir keseluruhan peniaga disini. Provokasi kedua-dua pihak bermula sebaik sahaja wisel sepak berlangsung sehingga ke akhir permainan walaupun para penyokong Indonesia kelihatan sedih apabila pasukan Harimau Malaya membelasah 3-0 pada separuh masa kedua.


Tahniah kepada pasukan Malaysia! Anda semua kebanggaan negara. Teruskan perjuangan apabila perlawanan akhir kedua di Jakarta nanti.

Malaysia Boleh !

Kemeriahan Bola Sepak Malaysia & Manchester United Menentang Sunderland

Sambutan Krismas kali ini disambut dengan meriah dan aman di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia pula, masing- masing berebut tiket bagi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang jiran, Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Ramai juga yang kecewa kerana gagal mendapat tiket. Seluruh rakyat Malaysia diseru memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kita. Kemenangan hari ini adalah penting sebagai bekalan untuk menghadapi perlawanan akhir kedua di Indonesia. Apa yang pasti, kemeriahan Boxing Day Liga Perdana Inggeris akan ditenggalamkan dengan kemeriahan Bola Sepak Piala AFF Suzuki malam ini.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, tumpuan seterusnya adalah perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Sunderland jam 11.00 malam selepas perlawanan menentang Chelsea ditangguhkan akibat cuaca buruk. Kemenangan adalah penting bagi mengekalkan kedudukan tangga teratas liga. Dan banyak lagi perlawanan yang bakal berlangsung malam ini.

Bersama-samalah kita menyokong pasukan Malaysia malam ini walaupun dimana anda berada. Sokongan anda adalah penting. Dan kepada penyokong Manchester United, jangan lupa teruskan sokongan anda bagi memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah milik pasukan kesayangan kita.

Malaysia Boleh ! Go Manchester United !

Thursday, December 16, 2010

Anwar & konco-konconya tidak wajar digantung ?



Pihak kerajaan telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan hari ini Parlimen akan mengadakan pengundian untuk menggantung ketua Pembangkang selama enam bulan.

Saya kurang pasti sama ada tindakan ini baik atau tidak baik, secara pintas lalu mungkin kerajaan berpendapat ianya baik untuk mereka kerana dapat mengenepikan ketua pembangkang buat seketika. Alasan kerajaan tuduhan Anwar yang mengaitkan APCO dengan Israel itu dikatakan amat keterlaluan sehingga mewajarkan mereka menggantung ketua pembangkang hingga enam bulan.

Nama lagi pembangkang, apakah kerajaan mengharapkan pembangkang hanya akan memberi kritikan membina untuk menolong parti kerajaan saja? Bagi rakyat, jika kerajaan dapat membuktikan bahawa tuduhan ketua pembangkang ini tidak benar itu sudah memadai tetapi jika beliau digantung bermakna kerajaan bukan saja menghukum beliau tetapi turut tidak menghormati khendak rakyat yang inginkan beliau menjadi wakil mereka di Parlimen.

Tentu akan ada pihak yang mengatakan, jika Anwar bersikap bertanggungjawab terhadap pengundi beliau, beliau perlu berhati-hati dan mematui peraturan supaya tidak dikenakan tindakan, apakah mencari kelemahan dan mendedahkan kelemahan kerajaan itu TIDAK termasuk dalam tugas pembangkang???

Secara pribadi saya kurang bersetuju kerajaan mengantung ketua pembangkang ini walau pun saya amat meluat menegok muka Anwar. Ini bukan soal saya atau anda meluat dengan muka dia, ini adalah soal membabitkan hak bersuara wakil rakyat yang cuba disekat hanya untuk menjaga imej pihak tertentu.

Mungkin ada implikasi buruk yang menanti kerajaan nanti, itu yang tidak baiknya, bukannya tak ambil tindakan itu bermaksud kita suka atau takut kepada Anwar.

Ulasan  ;
1. Dalam banyak siri ceramah, Anwar dan pemimpin parti pembangkang mencanang isu APCO, YAHUDI yang dikaitkan dengan Kerajaan & UMNO,

2. Kenapa perlu menggunakan kuasa speaker untuk menutup mulut Anwar Ibrahim dan konco-konconya? Banyak lagi undang-undang yang boleh dikenakan termasuk Akta Hasutan.

3. Populariti Anwar dan konco-konconya dijulang kembali akibat tindakan penggantungan ini.

Nordin (Penulis) & RockY-MY (Pengulas) adalah Exco Kelab Chedet Malaysia


Dec 16, 10 12:37PM
BREAKING NEWS Parliament has suspended Anwar for six months without debate as Pakatan MPs staged a walkout in protest.