Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 28, 2010

Isa Samad : Dari Zero menjadi Hero



1. Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda menimbulkan reaksi berbeza dikalangan rakyat Malaysia. Kredibiliti beliau dipersoalkan oleh pembangkang malah ada kalangan penyokong kerajaan juga meragui perlantikan ini.

2. Untuk rekod, Tan Sri Isa Samad telah mengejutkan semua pihak apabila memenangi jawatan Naib PresidenUMNO pada pemilihan tahun 2005 sebelum semua jawatan parti dilucutkan dan penggantungan selama 6 tahun iaitu 2 penggal oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan politik wang. Semasa itu beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

3. Karier poltik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini dianggap berakhir tetapi dalam politik segalanya mungkin. Pada 2009, Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang menyaksikan UMNO dipaksa meletakkan beliau sebagai calon ADUN selepas siri kekalahan BN dalam beberapa PRK kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya, Tan Sri Isa Samad dicalonkan dan menang dengan majoriti yang besar di PRK Bagan Pinang.

4. Beberapa bulan selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN, khabar angin Laut China Selatan bertiup kencang bahawa ada perubahan pucuk pimpinan di Negeri Sembilan. Namun begitu, ianya berakhir apabila Tan Sri Isa Samad dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO negeri. Beliau banyak memberi sumbangan dalam program penerangan UMNO terutamanya apabila menghadapi beberapa siri PRK di Hulu Selangor dan Galas. Pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan kepetahan memberi ceremah merupakan aset terpenting dalam semua program penerangan yang beliau hadiri.

5. Kisah politik anak jati Negeri Sembilan yang penuh warna - warni ini diteruskan apabila desas desus perlantikan beliau sebagai Pengerusi Felda, sebuah agensi kerajaan yang paling berjaya dalam pembangunan ekonomi orang Melayu telah disahkan berkuatkuasa 1 Januari 2011.
6. Kepada rakyat Malaysia, berilah peluang kepada Tan Sri Isa Samad membuktikan keupayaannya menerajui Felda. Kepada Tan Sri Isa diucapkan 'Selamat Maju Jaya'. Teguran dan kritikan tetap diteruskan jika berlaku salah urus tadbir Felda.

Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia


No comments:

Post a Comment