Pihak kerajaan telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan hari ini Parlimen akan mengadakan pengundian untuk menggantung ketua Pembangkang selama enam bulan.
Saya kurang pasti sama ada tindakan ini baik atau tidak baik, secara pintas lalu mungkin kerajaan berpendapat ianya baik untuk mereka kerana dapat mengenepikan ketua pembangkang buat seketika. Alasan kerajaan tuduhan Anwar yang mengaitkan APCO dengan Israel itu dikatakan amat keterlaluan sehingga mewajarkan mereka menggantung ketua pembangkang hingga enam bulan.
Nama lagi pembangkang, apakah kerajaan mengharapkan pembangkang hanya akan memberi kritikan membina untuk menolong parti kerajaan saja? Bagi rakyat, jika kerajaan dapat membuktikan bahawa tuduhan ketua pembangkang ini tidak benar itu sudah memadai tetapi jika beliau digantung bermakna kerajaan bukan saja menghukum beliau tetapi turut tidak menghormati khendak rakyat yang inginkan beliau menjadi wakil mereka di Parlimen.
Tentu akan ada pihak yang mengatakan, jika Anwar bersikap bertanggungjawab terhadap pengundi beliau, beliau perlu berhati-hati dan mematui peraturan supaya tidak dikenakan tindakan, apakah mencari kelemahan dan mendedahkan kelemahan kerajaan itu TIDAK termasuk dalam tugas pembangkang???
Secara pribadi saya kurang bersetuju kerajaan mengantung ketua pembangkang ini walau pun saya amat meluat menegok muka Anwar. Ini bukan soal saya atau anda meluat dengan muka dia, ini adalah soal membabitkan hak bersuara wakil rakyat yang cuba disekat hanya untuk menjaga imej pihak tertentu.
Mungkin ada implikasi buruk yang menanti kerajaan nanti, itu yang tidak baiknya, bukannya tak ambil tindakan itu bermaksud kita suka atau takut kepada Anwar.

Ulasan ;
1. Dalam banyak siri ceramah, Anwar dan pemimpin parti pembangkang mencanang isu APCO, YAHUDI yang dikaitkan dengan Kerajaan & UMNO,
2. Kenapa perlu menggunakan kuasa speaker untuk menutup mulut Anwar Ibrahim dan konco-konconya? Banyak lagi undang-undang yang boleh dikenakan termasuk Akta Hasutan.
3. Populariti Anwar dan konco-konconya dijulang kembali akibat tindakan penggantungan ini.
Nordin (Penulis) & RockY-MY (Pengulas) adalah Exco Kelab Chedet Malaysia
Perbincangan terbuka di http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=56251#56251
Dec 16, 10 12:37PM
BREAKING NEWS Parliament has suspended Anwar for six months without debate as Pakatan MPs staged a walkout in protest.
Undian bukan melulu. Ada peraturan khas untuk mereka disabitkan. Cuma mereka tidak meramalkan bahawa mereka bakal terjebak dalam permasalahan ini. Bila beberapa orang ini terkeluar maka besar kemungkinan majoriti 2/3 bakal dicapai. Lebih senang buat keputusan. Lebih mudah memerintah tanpa "permainan politik - membosankan". Rakyat dahagakan ketenangan politik. Mahukan fokus kepada kehidupan dan realiti dan bukannya cerita-cerita "dongeng badut moden". Mempunyai pembangkang tidak semestinya membawa kebaikan. Dalam tradisi timur, kepatuhan kepada konsensus tanpa "bertegang urat" sangat penting.Adab sopan, bahasa yang kemas dan teratur serta penuh hormat lebih disanjung dari "jerit-keriau, bak orang mabuk".
ReplyDeletePaling menyedihkan ialah orang-orang ini mencaci negara. Tidak cukup tanah keseberang mereka jaja. Sempudal dengan pelbagai skandal dan perbicaraan memuatkan rakyat meluat!