Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, June 19, 2013

Tiada paksaan ahli PAS sertai #Blackout505 - Haron Din


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa mereka bagi menyertai perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini.
 
Katanya, perhimpunan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu dianggap bukan acara rasmi parti.
 
"Itu suatu agenda parti yang selama ini diamalkan iaitu kita patut mendengar kenyataan Presiden atau Ketua Penerangan atau sesiapa yang dilantik parti jadi bila Presiden kata begitu, saya berpegang dengan itu dan bukannya pemimpin lain (Husam).

 
"Saya sendiri pula dari dahulu tidak sertai perhimpunan atas sebab kemampuan dan kesihatan. Jantung saya bukan sihat sangat, dari dahulu tidak kerana kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
 
Haron mengulas percanggahan kenyataan Abdul Hadi semalam yang tidak memaksa ahli PAS menyertai perhimpunan sebegitu sedangkan Naib Presiden Datuk Husam Musa sebelum ini mendakwa pemimpin yang tidak menyokongnya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.
 
Beliau juga berkata dirinya akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan ADUN Salor itu yang melabelkan pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan berkenaan.
 
Dalam satu perhimpunan anjuran NGO di Kelantan minggu lalu, Husam turut mendakwa pemimpin PAS yang tidak menyokong perhimpunan itu sebagai menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan serta mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.
 
Haron menambah, dari segi prinsip, Islam tidak melarang umatnya daripada menyertai sebarang perhimpunan selagi ia tidak mengundang padah.

3 comments:

  1. Aku tahu kenapa dia org move date dari 16 ke 22. Sbb 16 tu kebanyakan org melayu belum gaji. 22 tu at least gomen dah gaji

    ReplyDelete
  2. Ini satu lagi jenis ulamak yang celupar. Dahlah bersekongkol dengan parti yang memperalatkan agama Islam untuk kepentingan parti politik. Sungguh tak bermaruah. Mengajak rakyat menentang kerajaan yang dah menang dalam pilihanraya. Jika benar SPR tak telus macam mana pakatan haram boleh menang banyak kerusi? Dan dapat memerintah 3 buah negeri. Rakyat jangan terikut sangat agenda bodoh mereka nanti digelar penderhaka. Allah melarang umat Islam berpecah. Jangan sampai bala Allah menimpa Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tangkap je mereka yang terlibat dalam perhimpunan. Lepas tu bagi surat berhenti kerja. Ada berani!!

    ReplyDelete