Ramai ternanti-nantikan reaksi Tun Mahathir tentang PRU13 dan Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Tun Mahathir nampaknya sudah sedikit sebanyak memberikan penjelasan dan pandangan peribadi beliau walaupun pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Tun Mahathir dan kumpulan penyokongnya dari blogger yang kononnya penyokong Perdana Menteri. Kumpulan ini masih terus mengelupur dan menabur fitnah kononnya Tun Mahathir mahu menjatuhkan Perdana Menteri. Ini adalah permainan politik yang bahaya dan memecahbelahkan UMNO itu sendiri.
UMNO mengamalkan prinsip demokrasi. Sesiapa yang layak berhak bertanding boleh bertanding dan setiap ahli UMNO berhak mengeluarkan pandangan mereka sendiri. Malangnya ada yang mengambil kesempatan menjadi batu api demi sesuap nasi. Lebih malang lagi, mereka menjual nama Perdana Menteri dan memburukkan Tun Mahathir.
Hari ini mereka akan kata 'Kami Sokong Najib Razak' tapi jika berlaku perubahan pucuk pimpinan, mereka akan tukar sokongan kepada Perdana Menteri yang baru pula. Bagi saya, "Saya tetap sokong Tun Mahathir walaupon pon beliau tidak berkuasa lagi"
Sokong tiada pertandingan bukan maknanya DS Najib mesti kekal sebagai Presiden. Tiada pertandingan sekiranya TS Muhyiddin dicalonkan sebulat suara oleh para perwakilan UMNO semasa Mesyuarat Agung masing-masing. Tiada pertandingan sekiranya DS Najib melepaskan jawatan secara sukarela sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdullah.
ReplyDelete