Pertingkahan dalam talian yang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin terdahulu, Dr Syed Husin Ali telah mewujudkan reaksi segera daripada penyokong-penyokong parti yang merayu agar mereka menghentikannya.
Syed Husin menghantar 'tweet' kepada Azmin berikutan kenyataan pada sidang akhbar mengenai urusan parti dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
Syed Husin mempersoalkan mengapa Azmin menggunakan media dan berkata, ini hanya akan menyebabkan Umno akan "menari-nari gembira".
Beliau berkata Azmin mungkin telah membuat kesalahan, sambil menambah tindakan dan kenyataan beliau boleh menjejaskan kredibiliti parti.
Azmin membalas dengan dua 'tweet', memberitahu Syed Husin untuk menghentikan kepura-puraan dan mendakwa persoalan kredibiliti hanya timbul jika ia menjejaskan orang lain tetapi tidak dirinya (Syed Husin).
Dalam 'tweet' kedua, Azmin memberitahu Syed Husin bahawa beliau juga tahu apa yang telah berlaku dan mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR itu juga telah menghantar 'tweet' "menyerang" pemimpin parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memilih saudaranya.
Dalam perang 'kata-kata' di antara kedua-dua mereka, ia telah mendorong pelbagai reaksi daripada penyokong parti termasuk @syamrin81 yang menulis supaya kedua-dua mereka tidak bergaduh di Twitter tetapi menyelesaikannya secara tertutup.
"Jangan gunakan serangan peluru di Twitter. Tunjukkan kematangan anda. Fikirkan ia sebagai satu pergaduhan di antara suami dan isteri. YB Azmin, anda adalah seorang pemimpin yang disanjungi. "
@Hanifwahid bersetuju dengan berkata: "Tidak adakah ruang lain untuk membincangkan semua ini?"
Seorang lagi pengguna @HussainMohdAmin memberitahu kepada mereka supaya menghentikan pertelingkahan dan menasihati Syed Husin supaya berehat dan Azmin untuk bersabar.
"Penat sgt tu. Sabar la jika x dpt jd MB. Lain kali cube lg," katanya di Twitter.
@eddyquay berkata tindakan Azmin perlu dibiarkan kerana adalah hak beliau untuk membuat sebarang komen.
Seorang lagi, @PakcikJoe memberitahu Azmin dan Syed Husin supaya bertenang.
"Relax la ... rakyat br nak Bersatu yg korang Dok berebut Jawatan ni dah kenape? PTT la x Menang persekutuan.
Sama je mangkok 2 orang niee....2X5 5X2
ReplyDelete~~~4X4 Said~~
Ia mengambarkan sikap pemimpin Melayu yang kurang matang dan menguntungkan kaum lain...
ReplyDeletesembang kencang je dua2 nya. sama je. dua-dua pentingkan diri
ReplyDeleteKah kah kah...sandiwara yg S Husin melatah... 1...s husin memang semi type... 1/2 ok dan 1/2 ko..ikut self interest..nya.
ReplyDeleteAnwar dan Azimin bersandiwara...untuk blur kan Pas dan Dap untk sokong PKR ..menggunakan alasan Khalid perlu sambung tugas..jadi kerusi MB dipersetujui..
Salepas diendorsekan untk PKR... maka Azimin (dlm perancangan anwara) akan disputekan pencalonan Khalid...tanpa mesyuarat parti..dan Azimin perlu dipilih sebab hariki parti..dia lebih senior...
Tapi malang Pas dan Dap sokong sebab Khalid perlu sambung tugas semula...Kalau MB baru..yg adi asas pertimbangan...tentu Pas jadi Pilihan Utamanya.
BN pun tau...ini sandiwara Anwar azimin...dan tak ambil pusing pon..Sebab yg nak dikelentongkan adalah Pas dan Dap..
Ini percubaan kedua Anwar Azimin nak downgrade Khalid...dulu pun begitu...lantang mendedahkan kepincangan Khalid..termasuk vedio khalid dipejabat....
Anwar dan assistnya dipejabat Penasihat Ekonomi Selangor...dah lama dikontrol perbelanjaan kesana kesini (oversea trip) tanpa balikan hasil... sbb tu Rafizi terpaksa letak jawatan... Khalid dah mula cerdik..dalam gelagat Anwar..
Apakata...Kalau ahli Pas hantar memo pd penasihat agama Istana dan Sultan untuk memilih adun dari Pas yang mendapat kerusi melebihi PKR untuk MB...ini jadikan asas Untuk Sultan memilih Calon dari Pas...