Husam Pantolan Meroyan apabila kalah di parlimen Putrajaya dan GAGAL menjadi Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan |
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengambil sikap acuh tak acuh terhadap tentangan Datuk Husam Musa yang membantah keras pelantikan barisan exco baru yang didakwa diluluskan tanpa mengikut prosedur.
Sebaliknya Ahmad yang menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui kerajaan negeri Kelantan berkata keputusan tersebut adalah muktamad.
"Saya rasa tak perlu untuk buat apa-apa lagi, keputusan muktamad.
"Saya rasa tidak perlu nak kata apa-apa lagi, tidak perlu saya komen lagi perkara ini," katanya kepada Antarapos.
Kejutan berlaku apabila senarai exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru menggugurkan Husam daripada dilantik semula walaupun sudah dua penggal memegang jawatan itu.
Ketiadaan Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.
Ia juga mendorong penyokong Husam berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau daripada barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baru.
Terdahulu, Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini adalah pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.
Husam pula menempelak barisan exco baru itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur.
No comments:
Post a Comment