Minda Hijrah Headline Animator

Monday, March 18, 2013

[Pemimpin Tidak Bermoral] DAP kata kepimpinan Anwar, Azmin rapuh



DAP melihat kepimpinan Ketua Umum PKR, Seri Anwar dan Timbalan Presiden PKR sebagai rapuh, kata bekas pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu.

Malah, Jafrei Nordin mendakwa DAP yakin Anwar adalah individu yang dikatakan mirip dengan seorang lelaki, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita berbangsa Cina di sebuah hotel pada 2011.

DAP juga percaya Azmin adalah lelaki yang didedahkan melakukan seks oral dengan pasangannya dalam sebuah tandas, disebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya, kata Jafrei.

Namun beliau berkata, keyakinan itu hanya kedengaran di peringkat dalaman parti sahaja.

Diperingkat pandangan umum, DAP terpaksa menafikan susuk tubuh itu adalah milik Anwar dan Azmin, katanya lagi.

"Apabila berlaku skandal 'China Doll', DAP parti pertama yang mengatakan 'Yes', 'This is right', 'This is him' di peringkat dalaman.

"Tetapi di peringkat pandangan umum di luar, mereka juga parti pertama yang menafikan skandal itu. Begitu juga Azmin," ujar Jafrei ketika diwawancara oleh Utusan Malaysia.

Selepas dikaitkan dengan seorang lelaki yang mirip wajahnya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, Anwar sekali lagi dipalit skandal yang sama. Tetapi kali ini pasangannya adalah lelaki.

Pendedahan itu dibuat melalui laman blog rajagoyang. Sekurang-kurangnya 13 keping gambar hitam putih dimuatnaikkan yang memaparkan kronologi lelaki mirip Anwar melakukan aksi 'intim' dengan pasangan lelakinya itu.

Manakala Azmin pula sebelum ini dikaitkan dengan pendedahan beberapa keping gambar berwarna yang memaparkan seorang lelaki miripnya sedang melakukan seks oral dengan pasangan wanitanya.

Bagaimanapun Anwar dan juga Azmin menafikan susuk tubuh itu milik mereka.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga menafikan dakwaan itu dan menuding jari kepada seteru politiknya, umno Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Jarfei juga memberitahu, sepanjang berada dalam kepimpinan DAP, beliau mengetahui banyak perkara dan keyakinannya pada demokrasi DAP semakin menipis apabila ia melibatkan kepentingan dan kebajikan orang Melayu Islam.

Beliau juga memberitahu, DAP langsung tidak gerun kepada Umno Barisan Nasional tetapi parti itu bimbangkan PAS.

Walaubagaimanapun, DAP telah mengesan kelemahan PAS contohnya isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

"Hasan dikeluarkan kerana vokal dalam mempersoalkan isu-isu rumah urut yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

"Nasharuddin pula dipecat daripada majlis syura ulama kerana menampakkan sokongan kepada kerajaan walhal beliau bersama Perdana Menteri ke Gaza kerana atas urusan kesepaduan umat dan penyatuan umat," ujar Jafrei.

Penyingkiran dua tokoh politik itu membuatkan Jafrei tawar hati dan berkeputusan untuk meninggalkan DAP.

Katanya, pendedahan yang dibuatnya adalah semata-mata mahu membuka mata dan menyedarkan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain agar tidak terus ditipu DAP.

No comments:

Post a Comment