Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu Terkini - 12 KERETA KEBAL , HELIKOPTER TENTERA Akan Tiba Lahad Datu

Yo Kiram ! Here We Come !


Pasukan keselamatan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan, berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di sini secara berperingkat.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan semua ketua polis daerah menambah bilangan anggota polis dan mewujudkan pos kawalan di kawasan sekitar Felda Sahabat dan kawasan
operasi.

Beliau berkata pos kawalan itu juga melibatkan kawasan dari Lahad Datu ke Felda Sahabat, laluan pengganas dan kawasan penempatan awam bagi menambah keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan.

Beliau berkata polis akan memanfaatkan sumber manusia dalam menambah bilangan secara berperingkat dengan menggunakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan lain-lain jabatan.

Mengenai pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera, Panglima Angkatan Tentera berkata empat musuh ditembak mati dalam kejadian itu.

"Semalam pasukan keselamatan menemui dua mayat musuh dan dalam operasi penggeledahan pagi ini, dua lagi mayat musuh ditemui dalam kawasan Sungai Nyamuk," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan yang gugur semalam.

9 comments:

  1. Sudah masa nya lanun Sulu membaca kenduri arwah untuk diri sendiri..misi menceroboh Negeri Sabah yang berdaulat adalah Misi Membunuh Diri ...!

    ReplyDelete
  2. sokong kerajaan tambah aset utk angkatan tentera...
    beli senjata yg moden, kalu bole tambah pesawat atau kereta kebal skali.
    kuatkan sistem pertahan negara.....

    ReplyDelete

  3. setuju....bole k aku jdi sukarelawan tentera berjuang bersama tentera kita d lahad datu...utk menjaga tanah air...tpi aku msih kerja dgn kerajaan...senjata dn tektik, kirany aku mahir juga...bole k kerajaan malaysia bgi peluang...?



    takbirrrr....

    ReplyDelete
  4. Kita x de satelite kan mcm tentera US, Israel....tgk musuh, tembak peluru pepandu melalui satelite je

    ReplyDelete
  5. Mudah2an semua anggota keselamatan kita malaysia akan selamat hendakNya.amin

    ReplyDelete
  6. Pengganas yang menceroboh tak perlu ditangkap...akan membebankan negara nak bagi makan, pakaian, perlindungan dan boleh menjadi duri dalam daging dalam penjara...mungkin akan mereka akan menghasut ahli2 dalam penjara untuk menguhuruharakan negara...pandangan saya, jgn berlembut...pasukan keselamatan dah gugur 10 orang...pengganas perlu dihapuskan supaya menjadi ikhtibar kepada mereka yang berangan2 nak mencabuli negara ini...

    ReplyDelete
  7. semoga semua pasukan keselamatan, dilindungi tuhan. Amin

    ReplyDelete
  8. doakan semua anggota keselamatan kita dilindungi TUHAN..

    ReplyDelete
  9. 1 peluru 1 musuh.....1 kelopak peluru 1 musuhpun ok juga !!!

    ReplyDelete