Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu Terkini - Tian Chua didakwa di bawah Akta Hasutan 1948



Naib Presiden PKR, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Batu, didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 ​​pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.



Tian Chua diwakili oleh N Surendran, Latheefa Koya, Willian Leong, Eric Paulsen dan dua yang lain.

"Ini adalah bermotifkan politik. Saya akan bersihkan nama sama dalam kes fitnah ini terhadap saya," kata belliau selepas hakim membacakan pertuduhan.

Hakim menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan.

Mahkamah dimaklumkan oleh Surendren bahawa pihak pembelaan bercadang untuk membatalkan pertuduhan tersebut.

Beliau didakwa bercakap kepada KeadilanDaily.com bahawa kejadian tembak-menembak di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang anggota polis diperingkat awal insiden pencerobhan sebagai satu konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat seluruh negara.

2 comments:

  1. Apa cer ni... Abg Jib tuduh anwar sebagai dalang tak plak dikena kan tindakan... Ini lah dasar yg menyebabkan kami org atas pagar menyampah dgn UMNGOK.... Dasar kasta telah menular dlm masyarakat malaysia.

    ReplyDelete
  2. tengok air muka tian chua ni mmg jelas nampak manusia gila glamer, perasan bagus.....orang macam ni akan buat apa saja to be in the limelight.. dan kena sebut juga; inilah budaya yang diperkenalkan oleh AI...... morality tolak tepi, everybody can be bought or sold at a price because people are easy to fool

    ReplyDelete