Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 25, 2013

FITNAH - Tun Mahathir Jawab Anwar Ibrahim




1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.
7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.
8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.
9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.
10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.
11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.
12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.
13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.
14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.
15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.
16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.
17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?
18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

8 comments:

  1. PELIWAT DAN PENZINA ANTARABANGSA TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI....TAKKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM PUNYAI PM BEGITU HEBAT.......TAPI DAHSYAT !

    ReplyDelete
  2. PELIWAT DAN PENZINAH ANTARABANGSA CUMA LAYAK JADI BARUA BANGSAT YAHUDI!!!

    MUSIBAT KO PELIWZT DAN PENZINAH TEGAR!!!

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum...
    org jahat akan menuduh org len jahat tuk tutup kejahatan sendiri....
    saya lebih cayer baba tun m dari anwar sekuarga.....org yg mengamalkan kroni moni koni mmg akan menuding jari kearah org len...hanya mangkuk ayun tingkat phd mata ringgit jew yg akan percaya anuwar....

    ReplyDelete
  4. Kami bersamamu Tun M...byk tau dari org yg kenal Tun.

    ReplyDelete
  5. Datangnya DAJJAL bersama SYURGA di tangan kanan dan NERAKA ditangan sendiri. Lalu ramai lah manusia yang berbondong masuk ke SYURGA DAJJAL yang sebenarnya adalah NERAKA ALLAH

    ReplyDelete
  6. Mahathir berbohong lagi...
    Dah lupa kah Tun M, masa jadi PM dulu... Bukan kah anak Tun dapat projek perkapalan Petronas, dan lepas tu lingkup, terus Petronas terpaksa beli akhirnya.
    Mula-mula KPB, kemudian MISC dan akhirnya Petronas....
    Kami masih ingat Tongkah wahai Tun...

    http://www.atimes.com/se-asia/AF22Ae02.html
    http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/2/business/12661275&sec=business
    http://www.themalaysianinsider.com/litee/sideviews/article/stop-lying-mahathir-othman-wahab/


    Tun M mudah lupa?? Ataupun Tun M suka berbohong?

    http://www.tranungkite.net/psiber/ali/ali022.htm
    http://www.keadilandaily.com/kaut-untung-anak-beranak-mahathir-malukan-negara/
    http://www.pencacai-semalaysia.com/2012/11/mahathir-mengamuk-marah-wartawan-bising.html


    Kami tahu, manusia yang paling gusar dan gelisah apabila PR menang PRU adalah Tun dan sekeluarga. Tambahan pula, Tun lah yang memenjarakan DSAI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, betul, betul...itu lah antara punca nya MISC lingkop. Dah nyayuk kot Tun ni? atau buat2 lupa.

      Delete
  7. misc bukan anak Tun punya!! itu glc negara! lagipun petronas pemegang saham terbesar misc!! cuba pergi baca la apa dia MISC??? berapa puluh ribu pekerja misc? kalu Tun tak bertindak menyelamatkan syarikat, ke mana berpuluh ribu rakyat tu nak kerja pulak? kamu nak bagi kerja kpd mereka semua? jgn fikir selapis!! akai ada ka???

    meh baca pasal misc kebanggaan berjuta rakyat malaysia:
    http://www.misc.com.my/corporateinfo.php

    ReplyDelete