Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 25, 2013

[Konvensyen Pakatan] Anwar jadi PM - Perwakilan PR sambut hambar



Perwakilan di konvensyen Pakatan Rakyat memberikan sambutan hambar kepada desakan Lim Guan Eng supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
 
Sambutan dingin itu menyerlahkan isu kepimpinan Pakatan Rakyat susulan keengganan PAS untuk mencalonkan Anwar secara terbuka bagi jawatan tertinggi itu.
 
Sebilangan besar perwakilan yang hadir hari ini adalah akar umbi PKR dan PAS dan dewan persidangan agak “sunyi” apabila Guan Eng menyatakan sokongan bulat beliau untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.
 
Pengisytiharan terbuka Guan Eng yang saban kali diulang sebelum ini bertentangan dengan ketetapan tidak rasmi PAS yang mengambil sikap tunggu dan lihat.
 
Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik menjadi PM jika PRU memihak kepada Pakatan Rakyat.
 
"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
 
"Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan... bergantung kepada keputusan," katanya kepadaAntarapos semalam.

10 comments:

  1. ini bukanlah masalah besar kepada rakyat. bagi rakyat, yg penting umno wajib dihumban. pas atau pkr ada ramai yg berkelibar utk jawatan pm. yg pastinya rakyat mahu pm selain dari umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah fikiran singkat. Semua blakang kira. Dah kalau PR memang (Nauzubillah) mereka akan bercakaran lah siapa nak jadi PM. Rakyat ternganga. Bagus punya plan.

      Delete
  2. hentam sajalah labu.....

    ReplyDelete
  3. 'Perwakian PR sambut hambar'..ni tandanya PR nak mampus terutama sekali PAS & PKR..manusia yang gila nak jadi PM manyak kuat kencing punya olang..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  4. apa pulak x jd masalah...pasti lungkup negara ku tercinta ini bila puak badigol2 ni berkuasa...

    ReplyDelete
  5. Jahanam negara aku klu pr ambil alih......jadi kerajaan negeri pun lintang pukang lagi ada hati nk mentadbir negara...yaallah ya tuhan ku selamatkan malaysia dari pakatan rakyat aminnnnnn.....

    ReplyDelete
  6. Konvensyen besar sangat ke..? Pagi dan petang tadi, nak park kereta kat SACC di basement, dapat je.. Banyak juga kosongnya. Mcm tak ramai je.. Apahal ni..?

    ReplyDelete
  7. Boleh ke PR menang PRU 13?
    Berat nak difikirkan kerana rakyat melayu & india anti DAP.
    Gelagat LGE menghambarkan rakyat...kiasu!

    ReplyDelete
  8. Kalau sabah pun si nuar tu boleh gadaikan...ni kan pulak malaysia...nauzubillah kalau anuar jd PM apa jadi kat rakyat Malaysia ni..

    ReplyDelete
  9. Jawapnya DAP la.. "Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan... bergantung kepada keputusan," katanya kepadaAntarapos semalam.

    ReplyDelete