Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 8, 2013

[Pakatan Songlap] Tabung Memali: PAS cuba lepas tangan




Antarapos.com - PAS hari ini mengambil sikap lepas tangan bersabit dakwaan pecah amanah Tabung Memali apabila pemimpinnya mendakwa 'tidak tahu menahu' tentang kewujudan tabung tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata beliau tidak terlibat dan enggan mengulas lanjut.

Beliau juga mencabar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat agar membuat laporan polis.

"Silakan buat laporan. Saya tidak terlibat dan tidak tahu.

"Kalau betul dia ada buktikan, sila nyatakan. Saya tidak tahu ia diwujudkan di Memali," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Sementara seorang lagi Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar juga menafikan bahawa PAS pernah meminta wang RM3000 daripada setiap balu bagi tujuan kos guaman.

"Minta apa? Kita tidak pernah minta apa-apa pun (RM 3,000). Saya tidak baca komen dia jadi saya tidak mahu ulas panjang," ujar Mahfuz.

Kenyataan Mahfuz itu bertentangan dengan pengesahan yang dibuat Exco PAS Kedah, Datuk Pharolrazi Zawawi.

Pharolrazi memberitahu Antarapos, wang itu memang dikutip untuk tujuan membiayai kos guaman dan tidak pernah disalahgunakan terutamanya dalam menjaga kebajikan balu-balu mangsa Memali.

Isu tabung Memali timbul apabila Bekas Exco Pemuda PAS Kedah, Zainon Ahmad kelmarin mendedahkan setiap balu yang tatkala itu menerima pampasan RM20,000 daripada kerajaan dimestikan membayar RM3000 untuk membiayai kos guaman walhal PAS Kedah secara berterusan meminta sumbangan daripada orang ramai untuk tujuan yang sama.

Zainon juga berkata bukan sahaja balu malah anak-anak yatim juga tidak mendapat sepenuhnya bantuan yang disalurkan oleh orang ramai.

Justeru beliau mempersoalkan kewajaran PAS Kedah berbuat demikian dan mempersoalkan berapakah jumlah hasil kutipan dana itu serta kemanakah ia disalurkan ?

Untuk rekod, tabung Memali ditubuhkan sejak 1985 sehingga 2002 sebelum ditutup mantan Presiden parti, Allahyarham Fadzil Noor bagi mengelakkan fitnah.

No comments:

Post a Comment