Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, January 9, 2013

Nik Aziz Setuju Kristian Guna Kalimah Allah - TAKBIR!

Antarapos.com - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.


Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.

Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.

Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu.

12 comments:

  1. kalu gitu caranye samala bg org kapir ni guna masjid utk menyebar ugama mereka.memang nik ajis ni manusia tolol

    ReplyDelete
  2. Memang dah bagi guna masjid pun. Lepas ni mudah la Ambiga ( puteri Balqis PAS) murtadkan ahli2 PAS. Tuhan pun dah sama nama?!!

    Lepas ni Father Joseph Lim Guan Eng boleh mohon ndak murtadkan Melayu dalam masjid pulak. PAS mesti setuju punya walaupun buat2 malu kucing pada mulanya.

    TAKeBIR!x3

    ReplyDelete
  3. kenape mesti ada versi melayu utk bible???

    ReplyDelete
  4. Astgahfirulla...apa nak jadi ni..esok2 nak bezakan bible dgn tafsir al-quran pon susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro....kenapa susah nk bezakan Al-Quran dgn bible????bukankah Allah telah berfirma bahawasanya Al-Quran akn ttp sempurna sampai akhir alam.....so, kita yg perlu martabatkan Al-Quran dgn membaca dan memahami, Insyallah.....kita selamat....
      Satu je timbul persoalan diminda,sejauh mana kemampuan para pendakwah kita utk mengharungi dunia tanpa sempadan kini....adakah pendakwah kita telah kalah tanpa berjuang?????...wallahualam..

      Delete
    2. kita org dewasa mungkin dpt bezakan, tetapi anak2 kita sendiri akan berhadapan masalah, fikiran mereka lurus. wallahualam

      Delete
  5. penuhkan iman di dada n penuhkan masjid baru nak komen n boleh tegakkan agama...kuat kan tiang dulu derr...

    ReplyDelete
  6. nak dakwah ape benda ,penggunaan kalimah ALLAH tue dlm bahasa melayu bukan nya dlm bahasa tamil ke, mandarin ker @ english .... x paham la aku cara nik aziz nk berdakwah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro....kalimah Allah bukan istilah dlm bahasa melayu...Kalam Allah adalah bahasa Al-Quran.......Wallahualam

      Delete
  7. Mungkin Nik Aziz terlepas pandang mengenai perkara saperti cerita di bawah:

    Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini… (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

    Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

    Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

    Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka…

    Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

    Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi… lah, buku dakwah Kristian rupanya..

    risau gak klu jadi camni kat mesia

    di tengah tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “Rumah Allah”…mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular .

    ReplyDelete