Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 8, 2013

[Pakatan Rusuh] PR Beri Petanda Cetus Kekecohan Jika Tidak Dapat Stadium #KL121




Pakatan Rakyat (PR) hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya situasi tegang sekiranya mereka tidak mendapat kelulusan bagi menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari nanti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, PR akan melakukan apa sahaja cara untuk memastikan matlamat penganjuran himpunan itu tercapai sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak memberi kebenaran menggunakan stadium tersebut.
"Sehingga sekarang kita tidak dapat apa-apa maklum balas sama ada daripada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pengurusan Stadium Merdeka.

"Apa yang berlaku seterusnya... we will cross the bridge until we come into it (kita akan tangani isu itu apabila ia tiba)," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Sekretariat himpunan itu, Mohamad Sabu berkata pihaknya telah menghantar surat kepada pihak stadium pada 26 Disember lepas, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa jawapan lagi.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sekretariat tersebut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi kebenaran kepada mereka menggunakan Stadium Merdeka.

Jelas Mat Sabu, sekretariat himpunan tidak mempunyai apa-apa alternatif lokasi sekiranya pihak stadium tidak membenarkan himpunan mereka dijalankan di situ.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Rani menggesa seluruh rakyat untuk mula bergerak ke Kuala Lumpur seawal 11 Januari dan menasihatkan orang ramai khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

"Kami menyeru seluruh rakyat hadir awal dan menjaga tatasusila serta tidak menghiraukan provokasi yang dilakukan bagi menjaga keharmonian dalam himpunan ini.

"Sebagai komitmen untuk menghimpunkan satu juta rakyat di Kuala Lumpur, PR Selangor telah melakukan mobilasi sejumlah 300,000 rakyat yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong PR," kata beliau.

4 comments:

  1. menyusahkan xhabis2.....lain yg kena balun dpt sedap ,pencacai lak yg lebih sudu drp kuah.... kahhhh3..bodoh ke xbodoh?

    ReplyDelete
  2. Apa lagi puak2 penyokong Kerajaan, UMNO,NGO,Silat Gayong,Polis, Tentera, MCA, Gerakan,Vetren Askar,Perkasa dan lain2 nya.Inilah masanya bagi kita untuk menunjukan kekuatan majoriti rakyaat Malaysia dengan turun beramai2 bagi menghalang pencetus kekacawan dan pengkhianat Negara ini.Selama ini kita terus berdiam diri sahaja membiarkan perilaku biadap pehak2 pencetus keganasan ini.

    ReplyDelete
  3. Bosanla dgn BABI2 neh...apakata kali ini biar tentera yg amek alih jaga BABI demo ini...tolongla...xkan krn nak memuaskan nafsu glngn MINORITI , hak kami golongan MAJORITI yg mahukan keamanan dan ketenteraman di nafikan...

    ReplyDelete
  4. hi mat sabu bagus kamu kacau bini org dari buat himpunan. tapi pas kata jika mati masuk surga

    ReplyDelete