Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 8, 2013

[Kejam] Wanita Dibelasah Dalam Pantang: Dakwa Sering Dijadikan 'Karung Tinju' Suami



Seorang ibu muda yang menjadi mangsa belasahan suaminya di Kampung Repoh di sini pada Sabtu lalu mendakwa dia kerap dijadikan 'karung tinju' oleh lelaki tersebut hanya kerana kesalahan kecil seperti lambat memasak nasi atau terlepas menjawab panggilan telefon.
Anira Aziz, 27, mendakwa, kejadian pada Sabtu lalu merupakan salah satu daripada berpuluh kejadian dia dipukul selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata. Anira mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu.

"Saya dipukul hampir setiap minggu angkara sikap cemburu buta suami. Saya kini sudah serik untuk meneruskan kehidupan bersamanya selepas dia memukul saya depan orang kampung dalam keadaan yang mengaibkan.

"Dia memukul saya atas alasan yang remeh seperti lambat masak nasi atau terlepas menjawab panggilan telefon. Dia melarang saya keluar sesuka hati kerana bimbang saya akan menjalinkan hubungan sulit ketika dia bekerja di Kuala Lumpur," dakwanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Repoh di sini.


Semalam Kosmo! melaporkan, polis menahan seorang buruh kontrak berusia 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia membelasah isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua kerana cemburu buta pada pukul 5 pagi Sabtu lalu.
Wanita itu teruk dibelasah menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan turut dikelar dengan pisau oleh suaminya yang naik angin selepas mendakwa melihat kehadiran orang ketiga di dalam rumah sewa mereka ketika dia pulang dari Kuala Lumpur untuk menziarahi anak dan isterinya.
Tidak cukup dengan membelasah isterinya, lelaki itu dikatakan telah membakar motosikal jenis Modenas Kriss dan pakaian milik wanita itu.
Menurut Anira, selama ini dia dapat bertahan tinggal bersama suaminya kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.
Mengulas lanjut, Anira menafikan dia berlaku curang terhadap suaminya, namun mengakui terdapat dua lelaki berusia 15 dan 17 tahun yang datang ke rumahnya pada pagi itu.
"Mereka datang kerana terdengar anak saya yang berusia 40 hari menangis pagi itu disebabkan perut kembung," dakwanya.
Tambahnya, ketika itulah suaminya tiba dari Kuala Lumpur dan terus naik angin apabila melihat selipar dua lelaki itu berada di luar lalu membelasahnya.
Katanya, dua lelaki itu yang cemas kemudia melarikan diri melalui pintu belakang manakala dia terus dibelasah selama dua jam di dalam dan di luar rumah.
Sehubungan itu katanya, dia akan memohon cerai selepas kecederaan di badan dan mukanya pulih selain merancang untuk menetap bersama ibunya di sini.

No comments:

Post a Comment