Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 12, 2012

Veteran ATM Menerima Bantuan untuk Keluar Garis Kemiskinan #JHEVbantuVeteran



Adalah amat penting pesara ATM yang mula bergelar veteran ATM tidak hidup melarat dan termasuk dalam statistik para kemiskinan dalam negara ini. JHEV amat mengambil berat agar mereka yang sudah bersara tidak menambah kepada statistik pendapatan dibawa garis kemiskinan dan langkah-langkah sokongan sentiasa diambil untuk mengeluarkan veteran ATM dari garis kemiskinan ini.
Langkah utama untuk tujuan mengeluarkan mana-mana veteran ATM dari terletak di bawah Paras Garis Kemiskinan lantas memulakan langkah utama untuk meringankan bebanan mereka dengan memberi bantuan sementara sebelum langkah-langkah susulan dilaksanakan. Bantuan asas bagi memastikan kesejahteraan kualiti hidup tercapai adalah dengan memberi Bantuan Sara Hidup, bantuan persekolahan , bantuan peralatan pesakit , bantuan kemasukan ke IPTA dan lain-lain asas bantuan sementara bagi meringankan beban kehidupan veteran ATM.
Ini merupakan langkah asas yang merujuk kepada kesejahteraan kehidupan veteran ATM sebelum mengambil langkah lain yang merujuk kepada usaha untuk mendapatkan pekerjaan lain dan peluang perniagaan bagi mengubah nasib pesara atau veteran ATM. Tindakan ini adalah untuk mengatur agar veteran ATM yang termasuk di dalam statistik pendapatan di bawah garis kemiskinan dapat bebaskan.
Tindakan JHEV memperuntukkan melebihi 10 juta untuk tujuan asas membantu meringankan bebanan kehidupan veteran adalah langkah yang perlu untuk menunjukkan veteran ATM tidak dipinggirkan setelah menabur khidmat bakti kepada rakyat. Usaha berterusan dijalankan dengan memberi taklimat penerangan termasuk usaha mendapatkan pekerjaan.

JHEV mengambil kira langkah asas – yakni sewaktu mereka mula melangkah memasuki kategori veteran ATM dengan memberi taklimat dan penerangan apabila mereka melangkah keluar dari ATM serta disusuli dengan pendaftaran mereka sebagai veteran ATM dan merencana dan membantu mereka yang menghadapi masalah asas selepas tidak lagi berkhidmat dengan ATM.
JHEV juga adalah jabatan yang akan bertanggungjawab memberi khidmat dengan mengadakan program penggalakan dan memantau usahawan veteran ATM dalam urusan memantapkan lagi perniagaan dan memperkembangkan perniagaan mereka.
Usaha secara kolektif ini diharap dapat mencorak kehidupan yang lebih sempurna kepada veteran ATM dan agar mereka dapat melakar kehidupan semula di luar ATM. Tindakan bantuan asas adalah untuk menyediakan kemudahan asas sebelum langkah seterusnya dapat dilaksanakan. JHEV dalam melaksanakan tugas mengendali hal ehwal veteran ini sedar keutuhan sosio ekonomi mereka yang kita menjadi veteran ATM penting bagi meneruskan kesinambungan hidup keluarga mereka yang bergelar veteran ATM. Langkah tersusun perlu ada sungguhpun dalam taklimat-taklimat JHEV menggariskan bahawa usaha sokongan JHEV perlu ada dengan inisiatif sendiri bagi mengubah nasib veteran ATM.
Setakat ini JHEV sentiasa mengambil berat masalah dan sebarang masalah yang diadukan akan di nilai oleh cawangan Perhubungan Awam JHEV bagi berusaha memperbaiki lagi perkhidmatan JHEV demi menjaga kebajikan veteran ATM yang telah banyak menabur budi kepada tanah air. 

No comments:

Post a Comment