Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 12, 2012

Veteran ATM Menerima Bantuan serta Balu #JHEVbantuVeteran



JHEV adalah Jabatan yang bertanggungjawab bagi membantu veteran ATM khususnya mereka yang telah lama berkhidmat dengan ATM serta mereka yang baru mahu melangkah keluar dari ATM. Bagi mereka yang sudah lama berkhidmat dengan ATM, semua usaha untuk meringankan beban tanggungan mereka khususnya perubatan dan perbelanjaan persekolahan keluarga di bantu sebelum veteran itu sendiri berjaya menguruskan semula tanggungjawab tersebut. 
Dalam pada itu juga JHEV tidak mengambil sikap tidak acuh kepada balu veteran ATM yang ada untuk meneruskan kehidupan mereka setelah kehilangan suami mereka. JHEV dalam menguruskan kebajikan veteran ATM turut mengambil inisiatif lebih dengan menghulurkan bantuan kepada bukan sahaja veteran ATM tetapi balu mereka sendiri.
Satu contoh yang ada adalah bantuan kepada Puan Shirley Marian Gordan yang mana suami mendiang Peter Edwars Silva meninggal akibat serangan angin ahmar. Suami beliau adalah veteran ATM dan telah berkhidmat dengan ATM selama 11 tahun. JHEV telah memberi Bantuan Sara Hidup kepada keluarga ini sejak 2010 dalam usaha meringankan bebanan kehidupan keluarga ini.


JHEV memainkan peranan yang amat besar kepada kebajikan veteran ATM termasuk keluarga mereka sendiri. Sentuhan JHEV adalah sebagai sentuhan bagi mengenang jasa dan sumbangan mereka yang kini sudah tidak lagi bersama-sama ATM. Kebajikan yang dijaga dan sentiasa perihatin kepada masalah veteran ATM adalah penting dan ini menunjukkan kepada semua warga ATM bahawa pengorbanan mereka selama ini tidak akan dilupai.
Langkah membantu bukan sahaja veteran ATM malah balu veteran ATM menunjukkan kepekaan JHEV dalam mengurus tadbir kebajikan mereka yang telah meninggalkan ATM. JHEV mempunyai cawangan – cawangan khas dalam Jabatan yang memperincikan tanggungjawab dalam membantu veteran ATM. Cawangan - cawangan ini adalah dari membantu pada peringkat pertama mereka melangkah keluar dari ATM sehingga kepada mengurus serta memastikan kebajikan mereka terjamin.
JHEV juga mengambil inisiatif bagi mendaftar mereka yang telah lama berhenti dari ATM sehingga menjangkau tarikh khidmat pada tahun 50an lagi. Ini penting untuk mendapatkan maklumat mereka yang benar-benar veteran – yang hari ini mungkin berusia antara 75 atau 80 tahun.
JHEV mengambil tanggungjawab mendaftar mereka bagi memastikan mereka yang telah lama bersara juga mendapat perhatian JHEV. Kebajikan mereka penting sebagaimana pentingnya pengorbanan mereka terhadap nusa dan bangsa. Perlu ditegaskan bahawa usaha JHEV ini turut melibatkan kebajikan keluarga mereka yang mana veteran ATM itu telah meninggal dunia. Secara total JHEV mahu menyampaikan khidmat bakti kepada semua veteran ATM termasuk balu mereka agar jelas bahawa jasa mereka sentiasa disanjung tinggi. Usaha ini perlu diketengahkan sebagai satu inspirasi kepada semua anggota yang masih dan sedang berkhidmat dalam ATM.

No comments:

Post a Comment