Memartabatkan
pesara ATM yang kini dikenali sebagai veteran ATM adalah untuk memberi
ruangan pada mereka untuk merasakan bahawa mereka tidak dipinggirkan
sungguhpun telah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. JHEV dalam
matlamatnya mahu mendaftarkan sebanyak mungkin veteran ATM dan
seterusnya memperkenalkan kehadiran JHEV untuk membantu veteran ATM yang
memerlukan bantuan. Usaha JHEV adalah hasil inspirasi ATM
untuk memastikan kebajikan veteran ATM terjaga dan mengeluarkan veteran
ATM sekiranya mereka terperosok di bawah garis tahap kemiskinan.
Kebajikan adalah agenda utama dan dengan bantuan kebajikan martabat
veteran ATM dapat terbela.
Ini
penting agar seluruh rakyat sedar bahawa jasa setiap anggota ATM tidak
pernah dilupakan dan ini juga akan dapat menunjukkan kepada rakyat
keseluruhan bahawa bernaung di bawah ATM adalah naungan seumur hidup dan
bukan terbiar setelah meninggalkan perkhidmatan dengan ATM. Langkah
JHEV adalah bagi memastikan kebajikan dan sosioekonomi veteran ATM
terjaga dan terbela rapi. Ini adalah bagi memastikan pembelaan terhadap
veteran ATM dijalankan secara menyeluruh.
Pengkhususan
adalah mengenai kebajikan dan Skim Saraan Bantuan Hidup adalah antara
skim yang memartabatkan kembali veteran ATM dalam usaha membebaskan
mereka dalam kemelut kemiskinan. Asasnya adalah untuk mereka yang telah
menamatkan perkhidmatan dengan ATM masih hidup bersama-sama dengan ATM
dan masih terasa sebagai satu keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia.
Ini secara total dapat menunjukkan bahawa negara kita ini tidak lupa
kepada jasa dan pengorbanan veteran ATM. Sikap ini menunjukkan bahawa
ATM adalah berbeza. JHEV adalah jabatan dalam ATM yang sentiasa
menyentuh ahli veteran ATM dan sentiasa peka kepada masalah yang mereka
hadapi. Sungguhpun keupayaan adalah terhad tetapi usaha memenuhi dan
membesarkan keupayaan JHEV kini disokong oleh Yayasan Veteran ATM bagi
melebarkan sayap keupayaan keluar dari berlegar dalam ATM sahaja.
Penyertaan
menyeluruh rakyat Malaysia dipanggil oleh JHEV untuk sama-sama
membesarkan semangat kemanusiaan dalam warga ATM dan warga Veteran ATM.
Ini pasti akan menyuburkan perhubungan kita bersama-sama mereka yang
telah banyak berjasa terhadap negara dan tanah air ini
No comments:
Post a Comment