JHEV
 bukan sahaja membantu veteran ATM tetapi ini dilanjutkan kepada 
keluarga mereka sendiri. Ini adalah cara JHEV dalam menguruskan 
kebajikan veteran ATM. Kebajikan veteran ATM adalah melibatkan bukan 
sahaja pesara ATM itu malah keluarga persara atau kini dikenali sebagai 
veteran ATM.
Menggunakan
 konsep kesejahteraan – ukuran pemberian tidak terikat kepada veteran 
tetapi ahli keluarga veteran tersebut. Ini diakui oleh Encik Zulkifli 
Abdullah yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Rejimen Askar Melayu di 
Raja selama 15 tahun. Isteri Encik Zulkifli telah koma dan JHEV  telah
 memberi keluarga ini katil klinikal dan tilam ripple bagi isteri Encik 
Zulkifli. Semua ini adalah untuk memastikan keadaan isteri selesa 
sungguhpun dalam keadaan kritikal.
Apa
 yang boleh kita ambil iktibar adalah dalam konteks kebajikan ukuran 
kebajikan veteran ATM melangkau hanya kepada veteran itu sendiri tetapi 
kepada keluarga veteran itu. Keluarga veteran ATM juga telah banyak 
berkorban dalam masa ahli keluarga mereka berkhidmat dengan ATM. Ini 
adalah ukuran budi yang disampaikan oleh JHEV dan inilah yang sebenarnya
 perlu kita seluruh rakyat Malaysia fahami. Kerajaan tidak membiarkan 
mereka yang telah banyak berbudi begitu sahaja dan dalam keadaan seboleh
 mana – bantuan kebajikan dan usaha meningkatkan taraf ekonomi mereka 
tetap diberi perhatian. 
JHEV
 dalam merealisasikan khidmat telah melangkah jauh dalam usaha untuk 
mengukurkan makna kebajikan dan tahap sosioekonomi ahli veteran. Dalam 
keadaan yang amat terhad JHEV perlu mengagihkan apa yang ada untuk 
disalurkan kepada keluarga veteran dan veteran ATM sekali. Ini adalah 
khidmat yang benar-benar menunjukkan bahawa kerajaan melakukan yang 
terbaik untuk veteran ATM.
Kebajikan
 dalam ukuran kesejahteraan adalah satu formula yang dipegang oleh JHEV.
 Mengutamakan kesejahteraan keluarga melangkau had penerima bantuan 
kepada veteran ATM sahaja. Anak mereka, isteri atau suami mereka hatta 
seluruh keluarga akan diberi bantuan sekiranya mereka memerlukan. 
Bantuan pendidikan, saraan hidup dan kesihatan adalah bantuan yang 
dikatakan mengutamakan kesejahteraan keluarga veteran ATM. Dengan 
bantuan ini – keluarga veteran ATM dapat merasai nikmat hidup yang lebih
 selesa setelah berkhidmat dalam ATM.
Bantuan
 JHEV ini melalui semua peringkat, dari mula melangkah menjadi veteran 
ATM dan kepada mereka yang telah lama menjadi veteran ATM tanpa 
dihulurkan sentuhan budi oleh ATM sebelum ini. Usaha untuk mendapatkan 
maklumat veteran ATM terus dijalankan oleh JHEV bagi memastikan semua 
veteran ATM sedar akan kehadiran JHEV dan sedar bahawa Jabatan ini 
adalah untuk mereka, untuk kebajikan mereka dan untuk memastikan mereka 
tidak terpinggir setelah berkhidmat dalam ATM.
Ini
 adalah langkah yang paling baik oleh ATM – dengan menubuhkan jabatan 
ini dengan satu tujuan, yakni menjaga kebajikan veteran ATM yang telah 
lama menabur budi terhadap ATM dan negara ini khasnya.  
 


 
 
No comments:
Post a Comment