Segala
jasa veteran ATM perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Penglibatan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara seharusnya
tidak dilupakan dan sebarang kontribusi kita untuk membantu mereka tidak
akan dapat menyamai jasa yang telah mereka curahkan pada negara ini.
JHEV
adalah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang bertanggungjawab untuk
mendapatkan maklumat menyeluruh warga ATM yang telah bersara untuk
didaftarkan agar dapat merapatkan semula bekas warga ATM dengan ATM agar
JHEV dapat mengemaskan seluruh pangkalan data mengenai bekas warga ATM
dalam usaha JHEV untuk membuka peluang dan memberikan ruangan untuk
membalas jasa mereka terhadap negara ini.
Banyak
ruangan yang telah diberi khususnya dalam memperkembangkan kedudukan
ekonomi bekas warga ATM atau kini dikenali sebagai veteran ATM.
Memperkukuhkan kedudukan ekonomi veteran ATM adalah satu harapan unggul
JHEV untuk melihat veteran ATM berjaya dalam membentuk kekuatan untuk
berniaga. JHEV dalam program mereka sering mengadakan latihan peralihan
bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara untuk meneruskan hidup
mereka dengan lebih kompetitif di pasaran terbuka. Saingan untuk mereka
adalah amat tinggi dalam bidang perniagaan dan JHEV akan membantu dalam
urusan mendidik dan memberi mereka kelengkapan ilmu sebelum mereka
melangkah dalam bidang perniagaan.
Kekuatan
ekonomi veteran ATM harus hadir dengan pegangan ilmu yang ada dan dapat
menggunakan pengalaman sewaktu dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk
dimanfaatkan setelah tamat perkhidmatan dengan Angkatan Tentera
Malaysia. Kekukuhan ekonomi perlu agar mereka yang telah banyak
berkorban untuk negara tidak terserap dalam kancah kemiskinan setelah
meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyediaan
adalah meningkatkan taraf hidup veteran ATM sedikit sebanyak memberi
ruangan baru kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia untuk beraksi
dalam pasaran terbuka perniagaan. Beberapa hasil kejayaan mereka telah
dirakam oleh JHEV dengan kejayaan membuka perniagaan sendiri seperti
restoran, penyediaan makanan dan kanopi, menubuhkan syarikat yang
bersesuaian dengan kemahiran sewaktu berkhidmat dengan Angkatan Tentera
Malaysia seperti membaiki kenderaan dan kilang pembuatan bateri serta
lain-lain segmen ekonomi yang dapat menjayakan tahap kehidupan mereka.
Bantuan
asas dalam usaha memantapkan seorang veteran untuk menempuh kehidupan
di luar sirkulasi Angkatan
Tentera Malaysia telah memberi mereka peluang
yang besar untuk menempuh kejayaan demi kejayaan dalam saingan
perniagaan. Usaha ini adalah ibarat memberi mereka pancing untuk
memancing dan tidak semata-mata memberi mereka ikan untuk dimakan
sahaja. Hasrat JHEV adalah untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia dapat
menempuhi kehidupan yang lebih kukuh setelah bergerak keluar dan
semestinya melakukan semua ini bagi menjamin kehidupan veteran Angkatan
Tentera Malaysia terjamin. JHEV percaya bahawa sekiranya kita semua
sedar akan jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan
kedaulatan negara maka pemberian bantuan dalam apa bentuk dan bukan
sahaja wang ringgit akan dapat membantu kita mengenang dan membalas budi
mereka yang telah banyak berkorban untuk negara.
No comments:
Post a Comment