Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, semangat beliau dan
penduduk setempat tidak luntur untuk terus menentang projek Lynas
walaupun operasi loji pemprosesan di Gebeng, yang tertangguh, dilaporkan
sudah bermula baru-baru ini.
Fuziah berkata, beliau telah menyuarakan isu ini sejak 2008 secara bersendirian sehinggalah wujud kesedaran di kalangan rakyat.
"Apa yang belum kita buat? Ke mahkamah sudah, buat semakan kehakiman sudah... jalan kaki, naik basikal, panjang bukit hingga hantar memorandum pun sudah dibuat.
"Tetapi rintihan itu semua ibarat jatuh ke 'telinga yang pekak dan tuli'. Kerajaan tidak respons kepada suara rakyat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
"Apa yang belum kita buat? Ke mahkamah sudah, buat semakan kehakiman sudah... jalan kaki, naik basikal, panjang bukit hingga hantar memorandum pun sudah dibuat.
"Tetapi rintihan itu semua ibarat jatuh ke 'telinga yang pekak dan tuli'. Kerajaan tidak respons kepada suara rakyat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Minggu lalu, Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis berkata,
permulaan operasi itu sedang berjalan di loji Lynas Advanced Materials
Plant.
Operasi itu bermula susulan siri bantahan, kajian kendalian pihak
kerajaan, demonstrasi dan prosiding mahkamah, yang bermula sejak tahun
lalu.
Katanya, melalui jualan komersial dan pengeluaran hasil akan dapat dijalankan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Mengulas perkara berkaitan, Fuziah yang juga Naib Presiden PKR turut
meluahkan kekesalannya kerana isu lebih besar tidak diberi penerangan
yang konkrit terutamanya berkaitan pengurusan sisa buangan radioaktif
yang lebih konkrit.
"Kesan radioaktif yang sebenarnya akan mencemarkan alam sekitar dan ekosistem, sebaliknya isu itu sengaja ditutup "Sebaliknya isu radiasi pula yang diperbesarkan.
Sama ada saya ataupun rakyat Kuantan tidak pernah menolak pembangunan
tetapi banyak lagi pelaburan yang boleh dibuat," dakwanya lagi.
Beliau menambah, apabila membicarakan mengenai isu alam, bukan keuntungan yang menjadi matlamat sebaliknya, "dunia yang bagaimana yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti?"
Beliau menambah, apabila membicarakan mengenai isu alam, bukan keuntungan yang menjadi matlamat sebaliknya, "dunia yang bagaimana yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti?"
Katanya lagi, "biarlah rakyat sendiri yang buat keputusan selepas ini pada pilihan raya."
YB Fuziah,
ReplyDeleteMinta jasa baik YB agar tidak menggunakan ayat 'rakyat Kuantan...'seolah olah seluruh rakyat Kuantan menyokong YB.
Terharu bilamana Wargakerja Lynas yg beragama Islam berdoa menandakan kesyukuran bilamana Lynas beroperasi.
Cukup cukuplah YB Fuziah...
Puziah ni bukan paham bahasa. Kebodohan melantun lantun. Rakyat akan hukum doa dalam PRU 13 nanti
ReplyDeleteYB Fuziah,
ReplyDeletesebenar YB telah gagal untuk mengatasi kepakaran ahli nya dalam bidang ini..usah la nak menegak benang basah...YB tunggu lah PRU13..adakah perkataan YB masih kekal di hadapan nama YB.
Allah akan berlaku adil kepada umat ny.
YB Fuziah Salleh yang dihormati,
ReplyDeleteSungguh bersimpati mendengar rintihannya... tetapi saya lebih bersimpati mendengar rintihan anak-anak melayu yang bekerja di Lynas itu... sungguh terharu melihat mereka berdoa agar mereka terus berkerja di sana. Lebih baik YB Fuziah perjuangkan isu rakyat Kuantan yang sebenarnya (isu kemiskinan, isu pengangguran) daripada isu yang orang dah tahu temberangnya ni. Tak perlu jemput Sinar Harian pun, luahkan saja pada sahabat terdekat. Ataupun, YB Fuziah kena belajar kimia agaknya... bukalah buku kimia, bacalah sikit, bukankah Allah menyuruh kita membaca? setahu saya lanthanides tak radioaktif pun... dulu diberi peluang memberi bukti, diboikot... bila dah terbukti tidak berbahaya, bising2 sebar cerita auta... Taubatlah YB Fuziah, ingat, PKR dan Pakatan Rakyat tak kuat pun, cuma tahun 2008 rakyat ingin 'mengajar' kerajaan agar buat kerja dengan lebih efisien... Wallahu a'lam...
Fuziah thoron memnag benci anak melayu berjaya. Lagi suka anak melayu mundur sbb lebih mudah kenetipu dgn pakatan
Delete