Umno akan terus menggalas tanggungjawab dalam memperkasa agama Islam
sungguhpun dicemuh oleh PAS , kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.
Beliau berkata, Umno kini sudah membuka laluan untuk terus membuktikan
kepada masyarakat kemampuan memartabatkan agama rasmi itu.
Justeru katanya, Umno akan terus bersungguh-sungguh memperjuangkan
Islam sekiranya parti itu diberi mandat untuk memerintah negara pada
pilihan raya akan datang.
"Umno sekarang ini membuka laluan. Dalam perhimpunan agung baru-baru
ini pun kita sudah jelaskan tentang kedudukan dan usaha kita untuk
memartabatkan Islam.
"Sekiranya kita diberikan kepercayaan oleh rakyat pada kali ini, saya
secara peribadinya akan bersungguh-sungguh untuk buktikan Islam itu
dipotretkan dalam Umno dan negara," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Presiden Jalur Tiga
(Jati) Datuk Dr Hasan Ali yang mencadangkan umat Islam di negara ini
mencari alternatif dan kaedah baru untuk memastikan agama Islam terus
dimartabat, berbanding bergantung kepada PAS serta pakatan pembangkang.
Beliau berkata tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha
PAS memartabatkan Islam, serta sikap keakuran kepimpinan PAS, yang
dikatakan memperjuang agama, terhadap bangkangan itu jelas mengecewakan
rakyat.
Dalam pada itu, Fathul turut bersetuju dengan kenyataan Hasan kerana melihat PAS terpaksa tunduk kepada DAP dalam banyak hal.
Menurutnya, sekiranya PAS tidak bersama Pakatan Rakyat (Pakatan) maka
banyak pihak akan lebih menghormati pendirian dan prinsip parti Islam
itu.
"Sekiranya PAS masih bersama Pakatan, saya bersetuju (dengan kenyataan
Hasan Ali) sebab manifesto Pakatan tidak menggambarkan agenda Islam
secara jelas.
"Sekiranya PAS keluar bersendirian dan tidak bersama dengan Pakatan,
maka kita akan hormati dengan prinsipnya. Alangkah baiknya jika PAS
dapat bekerjasama dengan Umno dalam hal kebaikan dan kebajikan.
"PAS kebanyakannya memerlukan izin DAP untuk bercakap dan bertindak
dalam hal-hal Islam. Bukan semua hal, tapi isu-isu yang menjadi dasar
PAS," katanya.
Tahniah dan Syabas...
ReplyDeleteUMNO perlu letak sarjana-sarjana Islam di barisan hadapan Majlis tertinggi mereka terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 1/3. Itu baru benar menunjukkan UMNO benar ingin martabatkan Islam.
ReplyDeleteTetapi, dari dulu kini dan selama-lamanya, itu yang masih mustahil didalam UMNO.