Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 20, 2012

Pelakon Abby Abadi Nekad Bantu PAS Untuk PRU13

Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

"Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi," katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah  di sebaliknya.

"Saya ingin membina rumah di syurga," katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.

Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan.

"Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan," katanya.

6 comments:

  1. ada aku kisah...sape lah kamu yg nk ugut2 org BN.bantu lah parti kamu se maunya...kami tetap bg undi kt BN.stakat pelakun gerak khas yg xseberapatu ada kmi kisah...obama pun kmi xambil pot pun....kmu jdi calun lg bgus...senang kmi wat perkiraan nanti....2008 bolih lah berkokok...tp PRU ni...no way wat parti pembangkang....

    ReplyDelete
  2. turun bersama muslimat PAS...pelik je bunyi...selalu nampak duduk dengan org2 lelaki PAS...

    ReplyDelete
  3. janda mulut hanyir ni buat LAWAK....Babi Abadi kau tahu x kau ni antara penyumbang yg akan membuat PAS a.k.a parti angguk saja & PKR a.k.a parti keluar ramai2 & keselurohan PR a.k.a penipu rakyat TUMBANG pada PRU13...lalalalala

    ReplyDelete
  4. Ramai benor yg cemburu penghijrahan Abby ye..kenapa kamu kesah?Bab mengutuk pasti org melayu lah juaranya.

    ReplyDelete
  5. Membina rumah di dalam syorga. Macam pelik ja

    ReplyDelete
  6. Ababi abdi nak turun kempen untuk hamPAS?? kahkah kah kah..siapa la nak dengar kau akap ABABI ABDI..kau meroyan jer la sorang-sorang

    ReplyDelete