Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 20, 2012

Dr. Asri: 'Isu Amanat Hadi harus dihentikan'

Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu. 

"Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

"Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.

"Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

"Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi," katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

"Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera," katanya.

Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.

"Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.

"Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi," katanya.

5 comments:

  1. Irama "UMNO KAFIR" didendangkan oleh PAS dulu mungkin lain dari sekarang tapi liriknya tetap SAMA! Isu ini di"refresh" dan jadi memuncak sejak keluarnya fatwa N.Aziz "UMNO MURTAD" demi membela doa berbaur Syiah "KO BN" oleh adiknya Nik Razi baru-baru ini.

    Tidak perlu Dr. Asri bersikap seperti Asobiyah berterusan memberi komen yang berat sebelah demi melindungi sesama wahabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Dr. Asri tak tahu ke, ustaz pas di surau-surau masih mendedangkan isu ini, malah masih terus mendadik dada ahli umno tak masuk surga juga yang menyokongnya. Malah ustaz Hambali yang sering berceramah di surau-surau seperti di Surau Taman Indah tg. rambutan berani berkata jangan minta sufaat nabi dan nik aziz kelak diakhirat jika masih menyokong UMNO.Saya kira ada udang disebalik mee, bila Dr. Asri kuluarkan ungkapan bahawa perjuangan PAS makin realistik bila bergabung dengan PR- nampak makin ketara nak jadi calon dalam Piliharaya 13 nanti. fikirkanlah hai semua yang tahu menilai.

      Delete
  2. sesungguhnya saya sebagai melayu wanita sudah tak sanggup membaca kata maki hamun sesama melayu, semakin hari semakin sayu bukan semakin bersemangat...mungkin ada juga benarnya permintaan dari dr asri, sememangnya kita sgt tercalar dgn kata-kata kejam sebegini dan parutnya tetap berbekas, tapi demi perpaduan umat Islam, nak tak nak sesuatu perlu dileraikan. Moga dengan permohonan maaf ayahanda hadi terubat sedikit kesedihan orang melayu dan perseteruan mampu dikurangkan. Percayalah, ianya membawa banyak kebaikan andaikata ayahanda hadi sudi memohon maaf, setiap manusia tak lari dari kesalahan...berlembut hati ya ayahanda

    ReplyDelete
  3. Masih terdapat ahli-ahli PAS yang menganggap orang yang menyokong UMNO kafir...Dr. Asri perlu kaji sehingga ke akar umbi...bukan buat kenyataan yang berat sebelah..??

    ReplyDelete
  4. Aku sokong PAS,Bapak aku sokong PAS,Keluarga aku sokong PAS,Cikgu Sekolah aku sokong PAS,Ust tempat sokong PAS,orang Kampung aku sokong PAS, tapi diorang semua tak kafirkan UMNO pun?

    ReplyDelete